Kemalangan kapal selam Titan 2023

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 41°43′32″N 49°56′49″W / 41.72556°N 49.94694°W / 41.72556; -49.94694

Kemalangan kapal selam Titan 2023
Tarikh18 Jun 2023
LokasiLautan Atlantik Utara, berdekatan dengan bangkai kapal Titanic
JenisBencana maritim
PenyebabKegagalan fungsi badan tahan tekanan
HadirinOceanGate dan para penumpang
HasilKapal selam hancur akibat ledukan
Kematian5 (lihat senarai)
Map
Map
MV Polar Prince berlepas dari St. John's, Newfoundland (1), pada 16 Jun, dan tiba di tapak selam pada 17 Jun, tempat Titan dikerahkan dan mula turun ke dasar lautan keesokan harinya.

Pada 18 Jun 2023, kapal selam Titan yang dikendalikan oleh syarikat pelancongan dan penerokaan laut Amerika Syarikat OceanGate, meleduk dahsyat semasa ia turun ke dasar Lautan Atlantik Utara, kira-kira 400 batu nautika (740 km) dari pantai Newfoundland, Kanada. Kapal selam itu yang membawa lima individu terlibat dalam ekspedisi pelancong untuk meneroka bangkai kapal Titanic. Komunikasi dengan Titan terputus kira-kira 1 jam 45 minit selepas ia turun menuju ke dasar lautan di mana terletaknya Titanic. Pihak berkuasa telah dimaklumkan apabila kapal selam tersebut tidak kembali ke permukaan lautan pada masa yang dijangkakan pada hari itu.[1]

Berikutan pencarian menyeluruh selama hampir 80 jam, sebuah kenderaan bawah air (ROV) kendalian jauh yang dikerahkan dari kapal Horizon Arctic milik Kanada[2] menemui medan serpihan yang mengandungi serpihan Titan. Serpihan itu ditemui kira-kira 500 meter (1,600 kaki) dari haluan Titanic. Kawasan pencarian ditentukan berdasarkan penjejakan sonar Tentera Laut Amerika Syarikat, yang telah mengenal pasti isyarat akustik yang menunjukkan ledukan sekitar masa komunikasi dengan kapal selam itu hilang. Hal ini membuktikan bahawa Titan telah meleduk semasa ia sedang turun ke dasar lautan yang mengorbankan kesemua penumpangnya serta-merta.[3]

Pasukan antarabangsa, diketuai oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan Pengawal Pantai Kanada, menjalankan misi mencari dan menyelamat.[4] Operasi itu menerima bantuan daripada pesawat milik Tentera Udara Diraja Kanada dan Pengawal Kebangsaan Udara Amerika Syarikat, sebuah kapal dari Tentera Laut Diraja Kanada, dan pelbagai kapal komersial dan penyelidikan, bersama-sama dengan ROV.[5][6]

Ramai pakar industri telah meluahkan rasa bimbang berhubung keselamatan kapal selam Titan. Walau bagaimanapun, eksekutif OceanGate memutuskan untuk tidak meneruskan pensijilan untuk kapal selam itu. Mereka percaya bahawa protokol keselamatan yang ketat boleh menyekat inovasi dan memilih untuk mengutamakan kemajuan teknologi daripada mendapatkan pensijilan rasmi.[7]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

OceanGate[sunting | sunting sumber]

OceanGate ialah syarikat swasta yang diasaskan pada tahun 2009 oleh Stockton Rush dan Guillermo Söhnlein. Sejak tahun 2010, mereka telah menawarkan perjalanan berbayar kepada pelanggan menggunakan kapal selam yang dipajak. Syarikat itu berpangkalan di Everett, Washington, Amerika Syarikat. Pada tahun 2016, mereka membawa pelanggan menggunakan kapal selam Cyclops 1 buatan mereka untuk melawat tapak karam Andrea Doria. Dalam satu temu bual pada tahun 2019, Rush berkata bahawa Titanic ialah kapal karam paling terkenal yang terlintas di fikiran apabila orang berfikir tentang penerokaan bawah air.

Titanic[sunting | sunting sumber]

Titanic ialah kapal laut British yang tenggelam di Atlantik Utara pada 15 April 1912 selepas berlanggar dengan aisberg. Pada 1985, serpihan itu ditemui di dasar laut sekitar 400 batu nautika (740 km) dari pantai Newfoundland.[8] Bangkai kapal itu terletak pada kedalaman kira-kira 3,810 meter (12,500 kaki; 2,080 fathom).[9] Kisah tragedi kapal itu sangat masyhur dalam kalangan orang ramai.

Kapal selam Titan[sunting | sunting sumber]

Titan ialah sebuah kapal selam lima orang dikendalikan syarikat OceanGate, Inc. yang direka untuk menyelam sedalam 4,000 m (13,000 ka) "untuk tinjauan dan pemeriksaan tapak, penyelidikan dan pengumpulan data, pengeluaran filem dan media, dan ujian dalam perkakasan dan perisian", menurut syarikat itu.[10]

Kapal selam itu dibina sepanjang 22 kaki daripada gentian karbon dan titanium.[10] Kawalan sterengnya terdiri daripada Logitech G F710 (alat kawalan main video PC nirwayar) dengan kayu analog yang diubah suai.[11][12][13] Menurut OceanGate, kapal itu mengandungi sistem pemantauan untuk memantau kekuatan badan kapal secara berterusan.[10] Kapal itu mempunyai sokongan hayat untuk menyokong lima anak kapal selama 96 jam.[10] Pada Jun 2023, akaun media sosial pihak OceanGate di Twitter menyatakan bahawa capaian Internet daripada sistem satelit Starlink SpaceX sedang digunakan untuk menyokong ekspedisi mereka ke Titanic.[14][15][16]

Ekspedisi Titanic[sunting | sunting sumber]

Biasanya, setiap penyelaman mempunyai seorang juruterbang, tiga penumpang yang membayar, dan seorang pemandu di atas kapal.[17] Sebaik sahaja orang-orang ini berada di dalam kapal selam, palka ditutup dan mesti dibuka semula dari luar.[18] Penurunan dari permukaan ke Titanic biasanya mengambil masa tiga jam,[19] dengan penyelaman penuh mengambil masa kira-kira lapan jam.[17] Kapal selam Titan dijangka membunyikan ping keselamatan setiap 15 minit untuk dipantau anak kapal di atas air sepanjang perjalanan.[8] Kapal permukaan dan pasukan kru juga boleh berkomunikasi melalui mesej teks pendek.[20]

Pelanggan yang melakukan perjalanan ke Titanic dengan OceanGate, yang dirujuk sebagai "pakar misi" oleh syarikat itu,[21] membelanjakan US$250,000 untuk terlibat dalam ekspedisi lapan hari itu.[17][22]

Penulis dan wartawan teknologi David Pogue yang terlibat dalam ekspedisi tahun 2022 untuk laporan CBS News Sunday Morning[23] menyatakan bahawa semua penumpang yang memasuki Titan menandatangani suatu surat penepian yang mengesahkan pengetahuan mereka bahawa ia adalah kapal "eksperimen" "yang belum diluluskan atau diperakui oleh mana-mana badan kawal selia, dan boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, hilang upaya, trauma emosi atau kematian".[24] Penerbit televisyen Mike Reiss yang turut sama dalam ekspedisi itu menyatakan bahawa surat penepian itu "menyebut 'kematian' tiga kali pada halaman pertamanya."[25]

Pihak OceanGate berhasrat menjalankan beberapa ekspedisi ke Titanic pada tahun 2023, keadaaan cuaca buruk di Newfoundland memaksa syarikat itu hanya melancarkan satu ekspedisi setakat ini pada tahun tersebut.[17][19]

Keselamatan dan kebimbangan[sunting | sunting sumber]

Memandangkan Titan beroperasi di perairan antarabangsa dan tidak mengangkut penumpang dari pelabuhan, ia tidak tertakluk kepada peraturan keselamatan standard atau pensijilan daripada agensi kawal selia atau organisasi pihak ketiga.[26] Kekurangan pensijilan dan pengawasan kawal selia ini diakui oleh wartawan David Pogue, yang mengambil bahagian dalam satu ekspedisi dengan Titan pada tahun 2022.[27] Semua penumpang yang menaiki Titan dikehendaki menandatangani penepian yang mengakui bahawa Titan ialah kapal "percubaan" tanpa kelulusan atau pensijilan daripada mana-mana badan kawal selia, dan terdapat potensi risiko yang terlibat, termasuk kecederaan fizikal, hilang upaya, trauma emosi, atau kematian.[24] Penerbit televisyen Mike Reiss yang turut menyertai ekspedisi itu menyatakan bahawa penepian itu menyebut perkataan kematian tiga kali pada halaman pertama.[28]

Pendekatan tidak konvensional kapal tersebut terhadap keselamatan dan peraturan telah dibangkitkan dalam artikel majalah Smithsonian tahun 2019. Ia merujuk kepada Rush selaku Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate yang menganggap beliau sebagai "pencipta yang berani."[29] Menurut Rush, beliau mengemukakan pendapatnya bahawa peraturan keselamatan tertentu, seperti Akta Keselamatan Kapal Penumpang Amerika Syarikat 1993, memberikan penekanan yang berlebihan terhadap keselamatan penumpang dengan mengorbankan inovasi komersial.[29][30] Dalam satu temu bual pada tahun 2022 bersama CBS News, Rush menyatakan bahawa terdapat seketika di mana tumpuan yang berlebihan terhadap keselamatan akan menjadi satu pembaziran sambil menambah bahawa aktiviti harian di luar keselesaan dan keselamatan seseorang juga mendatangkan risiko.[31] Beliau juga mengaku bahawa beliau telah melanggar beberapa peraturan dalam proses mencipta Titan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusannya adalah berdasarkan penaakulan logik dan prinsip kejuruteraan yang kukuh.[32]

OceanGate mempromosikan Titan sebagai satu-satunya kapal selam yang menggunakan sistem pemantauan kesihatan masa nyata bersepadu yang dipanggil RTM.[33] Sistem proprietari ini, yang dipatenkan oleh Rush,[34] menggunakan penderia akustik dan tolok terikan pada sempadan tekanan untuk menganalisis kesan peningkatan tekanan semasa penurunan kapal selam ke dasar lautan dan memantau kekuatan badan kapal dalam masa nyata. Tujuan sistem ini adalah untuk memberikan amaran awal tentang sebarang isu dan memberi masa yang mencukupi untuk menghentikan penurunan ke dasar lautan dan kembali ke permukaan lautan jika perlu.[33][35]

Kebimbangan terdahulu[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, David Lochridge, pengarah operasi marin OceanGate, menyediakan satu laporan yang menyatakan kebimbangannya berhubung keselamatan Titan. Menurut dokumen mahkamah, Lochridge mengesyorkan bahawa syarikat itu mempunyai Titan yang dinilai dan diperakui oleh agensi kawal selia. Walau bagaimanapun, OceanGate enggan meneruskan pensijilan itu atas sebab pertimbangan kos.[36] Lochridge juga menekankan bahawa ruang tontonan lutsinar di bahagian hadapan kapal selam hanya diperakui untuk kedalaman 1,300 m (4,300 kaki), yang jauh lebih rendah daripada kedalaman yang diperlukan untuk mencapai bangkai kapal Titanic.[37] Lochridge juga melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan ujian bukan pemusnah (NDT) badan kapal Titan sebelum penyelaman yang dikendalikan manusia. Beliau mendakwa bahawa beliau diberitahu bahawa pengimbasan atau pemeriksaan badan kapal tidak dapat dilakukan kerana ketebalan badan kapal. Situasi ini bermakna masalah yang berpotensi terjadi tidak dapat dikesan seperti delaminasi (pemisahan lapisan), keliangan (kehadiran liang atau lompang), dan lekatan gam yang tidak mencukupi pada Titan.[37][38][39]

Menurut OceanGate, mereka mendakwa bahawa Lochridge, yang bukan seorang jurutera, enggan menerima kelulusan keselamatan daripada pasukan kejuruteraan mereka. Mereka menegaskan bahawa penilaian mereka sendiri terhadap badan kapal Titan adalah lebih teliti daripada penilaian luaran yang dianggap perlu oleh Lochridge.[36] Sebagai tindak balas, OceanGate memfailkan saman terhadap Lochridge yang menuduhnya melanggar kontrak kerahsiaannya dan membuat kenyataan palsu. Sebaliknya, Lochridge menyaman balas sambil mendakwa penamatan salah sebagai pemberi maklumat kerana menimbulkan kebimbangan keselamatan tentang keselamatan operasi Titan. Kedua-dua pihak mencapai penyelesaian untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang.[40][37][41]

Pada tahun 2018, Persatuan Teknologi Marin menghantar surat kepada Rush menyatakan kebimbangan mereka tentang pembangunan 'TITAN' dan Ekspedisi Titanic yang dirancang. Mereka bimbang pendekatan eksperimen yang diambil boleh membawa kepada masalah dan membawa kesan yang serius kepada industri.[42] Rush memanggil salah seorang penandatangan surat itu dan menjelaskan bahawa beliau percaya piawaian industri menyekat inovasi.[36]

Pada Mac 2018, Rob McCallum, seorang pakar dalam penerokaan laut dalam, menyatakan kebimbangan kepada Rush tentang potensi risiko kepada keselamatan pelanggan jika kapal selam digunakan untuk tujuan komersial tanpa ujian dan pengelasan yang betul. McCallum menasihatkan Rush supaya berhati-hati dan berjaga-jaga semasa ujian dan percubaan. Rush, sebaliknya, kecewa dengan pemain industri yang menggunakan hujah keselamatan untuk menghalang inovasi dan menganggapnya sebagai penghinaan peribadi. McCallum memberi amaran kepada Rush tentang risiko tergesa-gesa untuk mencapai Titanic, menggambarkan selari dengan kepercayaan bahawa Titanic yang asli tidak dapat ditenggelamkan. Sebagai tindak balas, peguam OceanGate mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap McCallum atas komennya.[43]

Pada tahun 2022, Ross Kemp, seorang pelakon dan penyampai televisyen Britain, telah berhasrat untuk membuat penggambaran dokumentari di mana beliau akan menyelam ke dasar lautan untuk melihat bangkai kapal Titanic dengan menggunakan Titan. Bagaimanapun, projek itu dibatalkan kerana syarikat pengeluaran, Atlantic Productions, menganggap kapal selam itu tidak selamat dan tidak sesuai untuk tujuan tersebut.[44]

Insiden terdahulu[sunting | sunting sumber]

Video luar
Ikon video Laporan CBS Sunday Morning / David Pogue tentang OceanGate, disiarkan pada 27 November 2022 (YouTube)

Pada tahun 2022, wartawan David Pogue berada di dalam kapal induk apabila Titan menghadapi kesukaran dan tidak dapat menemui Titanic semasa ia sedang turun ke dasar lautan.[45][46] Laporannya yang mempersoalkan keselamatan Titan mendapat perhatian meluas di media sosial selepas kapal selam itu terputus hubungan dengan kapal induknya pada Jun 2023.[47] Pogue berkata kepada Rush bahawa kapal selam itu nampaknya mempunyai elemen sementara yang menyerupai kepintaran MacGyver. Dalam konteks ini, merujuk kepada "MacGyver" ialah perbandingan dengan watak televisyen fiksyen Angus MacGyver, yang terkenal dengan kebolehannya mencipta penyelesaian sementara dan menyelesaikan masalah menggunakan kaedah tidak konvensional dan sumber yang tersedia. Pogue menekankan penggunaan alat kawalan permainan tanpa wayar Logitech F710 bernilai $30 yang diubah suai untuk stereng dan penggunaan paip pembinaan sebagai balast.[48]

Pada tahun yang sama, satu lagi insiden berlaku di mana salah satu pendorong pada Titan tersilap dipasang dalam orientasi yang salah. Akibatnya, apabila Titan cuba bergerak ke hadapan berhampiran dasar laut, ia mula berputar dalam bulatan. Untuk mengatasi isu ini, pengendali menemui jalan penyelesaian dengan menggunakan pengawal permainan ke sisi untuk mengemudi kapal selam itu.[49][50] Tambahan pula, menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada November 2022, OceanGate menyatakan bahawa semasa penyelaman berasingan pada tahun yang sama, kapal selam itu menghadapi masalah dengan baterinya. Akibatnya, ia terpaksa disambungkan secara manual ke pelantar pengangkat yang mengakibatkan kerosakan pada komponen luaran tertentu Titan.[51][52]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2023, Rush menawarkan Jay Bloom, seorang ahli perniagaan dari Las Vegas, tiket diskaun untuk pelayaran itu. Harga diskaun ialah $150,000 setiap tempat duduk dan bukannya harga penuh $250,000. Rush cuba meyakinkan Bloom bahawa perjalanan itu selamat sambil mendakwa "ia lebih selamat daripada menyeberang jalan". Bagaimanapun, Bloom memutuskan untuk tidak menerima tawaran itu atas sebab keselamatan. Perjalanan yang dijadualkan, pada mulanya ditetapkan pada bulan Mei, ditunda ke bulan Jun kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Persediaan – 16 hingga 17 Jun[sunting | sunting sumber]

MV Polar Prince mengangkut Titan dan kru ekspedisi ke tapak menyelam di atas bangkai kapal Titanic.

Pada 16 Jun 2023, ekspedisi ke Titanic berlepas dari St. John's, Newfoundland, menaiki MV Polar Prince, sebuah kapal penyelidikan dan ekspedisi.

Kapal itu tiba di tapak selaman pada 17 Jun. Salah seorang penumpang, Hamish Harding, berkongsi di Facebook bahawa disebabkan keadaan musim sejuk yang teruk di Newfoundland, kemungkinan misi ini akan menjadi satu-satunya penyelaman manusia ke Titanic pada tahun 2023. Selepas menghadapi keadaan cuaca buruk, tempoh keadaan cuaca yang lebih baik muncul, memberi peluang kepada pasukan ekspedisi untuk meneruskan penyelaman mereka ke Titanic. Mereka merancang untuk mencuba menyelam pada hari berikutnya, dengan operasi dijadualkan bermula sekitar jam 04:00.

Penyelaman dan kehilangan – 18 Jun[sunting | sunting sumber]

Operasi penyelaman ubermula pada 18 Jun jam 9:30 pagi NDT (12:00 UTC). Pada mulanya, terdapat komunikasi berterusan antara Titan dan Polar Prince setiap 15 minit semasa satu setengah jam pertama selepas ia turun ke dasar lautan. Walau bagaimanapun, komunikasi terhenti selepas komunikasi terakhir dirakam pada 11:15 pagi (13:45 UTC). Kapal selam itu dijangka muncul semula pada pukul 4:30 petang (19:00 UTC). Kebimbangan mula timbul apabila Pengawal Pantai Amerika Syarikat dimaklumkan berhubung kapal yang hilang pada pukul 7:10 malam (21:40 UTC). Titan dilengkapi dengan bekalan udara pernafasan sehingga 96 jam untuk lima penumpangnya apabila ia mula menyelam. Sekiranya kapal selam itu kekal utuh, bekalan ini akan bertahan sehingga pagi 22 Jun 2023.

Selepas kapal selam itu hilang, Tentera Laut Amerika Syarikat menganalisis data daripada sistem pengesanan akustik mereka dan mengenal pasti tandatangan akustik yang konsisten dengan ledukan yang berlaku beberapa jam selepas Titan tenggelam. Maklumat ini telah dikongsikan dengan Pengawal Pantai selepas kapal selam itu dilaporkan hilang.

Misi mencari dan menyelamat – 18 hingga 22 Jun[sunting | sunting sumber]

Berikutan kehilangan Titan, misi mencari dan menyelamat diketuai oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat, dan Pengawal Pantai Kanada. Misi ini melibatkan pelbagai pesawat, kapal, dan kenderaan bawah air (ROV) yang dikendalikan dari jauh. Pencarian itu termasuk carian sonar permukaan dan bawah air.

Misi pencarian telah dijalankan oleh kru dari Sektor Timur Laut Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang berpangkalan di Boston, Tentera Udara Diraja Kanada, Tentera Laut Diraja Kanada dan organisasi lain. Pencarian itu mencabar kerana faktor seperti lokasi terpencil, keadaan cuaca buruk, kegelapan, keadaan laut dan suhu air. Kawasan pencarian meliputi kawasan yang luas, dan pesawat yang lalu lalang juga diminta memerhatikan sebarang tanda-tanda kapal selam yang hilang.

Beberapa aset terlibat dalam pencarian, termasuk ROV, pesawat dan kapal yang dilengkapi dengan keupayaan sonar. Bagaimanapun, penyiasatan awal berdasarkan data akustik yang diambil oleh pesawat Kanada tidak membuahkan hasil yang muktamad. Punca bunyi yang dikesan di dalam air masih tidak diketahui dan mungkin berpunca daripada pelbagai objek logam di sekitar lokasi Titanic.

Sumber tambahan, termasuk CCGS John Cabot, kapal komersial, dan lebih banyak kenderaan udara dan air, telah digunakan untuk membantu dalam usaha pencarian. Flyaway Deep Ocean Salvage System (FADOSS) Tentera Laut A.S. turut dibawa ke kawasan itu, tetapi cabaran logistik menghalang pengerahan segeranya.

Sepanjang misi mencari dan menyelamat, tumpuan kekal untuk mengesan dan menyelamatkan penumpang kapal selam itu. Walaupun terdapat kebimbangan mengenai kehabisan bekalan udara pada kapal selam, pihak berkuasa menekankan bahawa ia adalah operasi mencari dan menyelamat dan bukannya misi pemulihan.

ROV daripada Perkhidmatan Penyelidikan Pelagic dan RV L'Atalante Perancis telah digunakan untuk menjalankan carian di dasar laut, menggunakan keupayaan mereka untuk menghantar imej dari kedalaman.

Penemuan serpihan – 22 Jun[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun, jam 1:18 petang (15:48 UTC), Sektor Timur Laut Pengawal Pantai A.S. mengumumkan penemuan medan serpihan Titan berhampiran tapak karam Titanic. Serpihan itu ditemui oleh ROV Odysseus 6k daripada Perkhidmatan Penyelidikan Pelagic semasa pencariannya dan kemudiannya disahkan sebagai sebahagian daripada Titan. Pada sidang media yang diadakan di Boston pada pukul 4:30 petang (19:00 UTC), Pengawal Pantai A.S. mendedahkan bahawa kapal selam itu telah mengalami kegagalan fungsi badan tahan tekanan, mengakibatkan ia meleduk dengan dahsyat. Kepingan Titan ditemui di dasar laut kira-kira 1,600 kaki (kira-kira 500 meter) dari haluan Titanic.

Serpihan yang dikenal pasti termasuk kon ekor (yang bukan sebahagian daripada kapal tekanan) dan loceng hujung hadapan dan belakang, yang merupakan sebahagian daripada kapal tekanan yang direka untuk melindungi anak kapal. Medan serpihan tertumpu di dua kawasan, dengan loceng hujung belakang berasingan daripada loceng hujung hadapan dan kon ekor.

Laksamana Muda John Mauger dari Pengawal Pantai A.S. menyatakan bahawa serpihan yang ditemui, termasuk komponen ruang tekanan, menunjukkan "kehilangan ruang tekanan." Ini menunjukkan bahawa Titan mengalami kegagalan teruk pada ruang pelindungnya, yang membawa kepada kemusnahannya. Pemulihan mayat penumpang yang berada di atas kapal karam itu masih tidak dapat dipastikan berikutan cabaran melampau dan keadaan persekitaran laut dalam yang teruk. Laut dalam menimbulkan kesukaran yang ketara untuk operasi pemulihan, menjadikannya persekitaran yang mencabar dan tidak mengizinkan untuk usaha pemulihan tersebut.

Misi selanjutnya – 23 Jun[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Penyelidikan Pelagic, pada 23 Jun, mengesahkan bahawa mereka telah memulakan misi baharu ke medan serpihan Titan. ROV Odysseus 6k telah digunakan dan sampai ke tapak dalam masa satu jam untuk menyambung semula carian dan dokumentasi serpihan. Bagaimanapun, dilaporkan bahawa serpihan dari Titan terlalu berat untuk diangkat oleh ROV Pelagic. Oleh itu, sebarang potensi pemulihan serpihan perlu dirancang untuk peringkat seterusnya kerana ia memerlukan peralatan dan teknik khusus.

Kepulangan kapal ke pelabuhan – 24 Jun[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun, MV Polar Prince, kapal sokongan untuk ekspedisi Titan, kembali ke pelabuhan St. John. Penyiasat menaiki kapal sokongan dalam usaha untuk memahami punca ledukan dahsyat Titan. Selain itu, bot lain diperhatikan di pelabuhan menunda pelantar pelancaran yang digunakan oleh Titan semasa ekspedisi. Usaha penyiasatan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan menganalisis peristiwa yang membawa kepada kehilangan kapal selam.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Insiden itu mengakibatkan kematian tragis lima nyawa:

  1. Shahzada Dawood (48): Seorang ahli perniagaan Pakistan-British yang dikaitkan dengan Dawood Hercules Corporation, cucu kepada industrialis Pakistan, Ahmed Dawood, dan pemegang amanah di Institut SETI. Beliau ialah salah seorang individu terkaya di Pakistan.
  2. Suleman Dawood (19): Anak kepada Shahzada Dawood dan pelajar di Universiti Strathclyde. Walaupun bimbang tentang ekspedisi itu, Suleman menyertai bapanya untuk memenuhi keinginannya.
  3. Hamish Harding (58): Seorang ahli perniagaan, juruterbang dan pelancong angkasa lepas British. Harding sebelum ini telah mencapai pelbagai pencapaian mencabar seperti menuruni Palung Mariana, mencatat rekod mengelilingi Bumi terpantas dan terbang ke angkasa menggunakan Blue Origin NS-21 pada tahun 2022.
  4. Paul-Henri Nargeolet (77): Bekas komander Tentera Laut Perancis, penyelam, dan juruterbang kapal selam. Nargeolet ialah ahli Institut Penyelidikan dan Eksploitasi Laut Perancis dan berkhidmat sebagai pengarah penyelidikan bawah air untuk E/M Group dan RMS Titanic, Inc., organisasi yang mempunyai hak menyelamatkan tapak serpihan Titanic. Beliau mengetuai banyak ekspedisi ke bangkai kapal dan memainkan peranan penting dalam pemulihan artifak, menjadikannya pengiktirafan sebagai pihak berkuasa terkemuka di tapak.
  5. Stockton Rush (61): Seorang juruterbang kapal selam Amerika, jurutera dan ahli perniagaan. Rush ialah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, syarikat yang mengendalikan kapal selam Titan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saharudin, Effi (Jun 20, 2023). "Kapal Selam Membawa Pelancong Ke Titanic Dilaporkan Hilang". Amanz. Dicapai pada Jun 24, 2023.
  2. ^ "MEDIA AVAILABILITY: Coast Guard to hold press briefing to discuss ROV findings". United States Coast Guard News.
  3. ^ Saharudin, Effi (Jun 23, 2023). "Kapal Selam Membawa Pelancong Ke Titanic Disahkan Telahpun Meleduk Pada Hari Pertama". Amanz. Dicapai pada Jun 24, 2023.
  4. ^ "Unified Command established for missing submersible from Polar Prince". Pengawal Pantai Amerika Syarikat. 20 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  5. ^ Petri, Alexandra E.; Lin, Summer (19 Jun 2023). "Titanic tourist submersible carrying 5 disappears on trip to see wreck in North Atlantic". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  6. ^ Liebermann, Oren; Britzky, Haley (20 Jun 2023). "US military moving military and commercial assets to help submersible search efforts". CNN. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  7. ^ Bogel-Burroughs, Nicholas; Gross, Jenny; Betts, Anna (20 Jun 2023). "OceanGate Was Warned of Potential for 'Catastrophic' Problems With Titanic Mission". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  8. ^ a b "Submersible used to take tourists to see Titanic wreck goes missing in Atlantic Ocean". Sky News (dalam bahasa Inggeris). 19 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  9. ^ Ax, Joseph; O'Brien, Brendan (21 Jun 2023). "Crews searching for Titanic submersible detect sounds- US Coast Guard". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  10. ^ a b c d "Titan Submersible". OceanGate. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  11. ^ Tassi, Paul (20 Jun 2023). "The Missing Titanic Submarine Was Using A $30 Video Game Controller". Forbes. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  12. ^ Gault, Matthew (20 Jun 2023). "Why Did the Missing Titanic Sub Use a $40 Video Game Controller?". VICE. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023. Gamepads are so good at controlling things, that the U.S. military frequently uses them.
  13. ^ Gach, Ethan (20 Jun 2023). "Why The Missing Titanic Tourist Sub Has Everyone Talking About A Cheap Old Gaming Controller". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023. The Titan was shown to be operated with a Logitech G Wireless Gamepad F710 at times in the past
  14. ^ Sen, Sumanti (20 Jun 2023). "Titanic tourist submersible missing with 5 onboard was using Elon Musk's Starlink satellites: 10 points update". Hindustan Times. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  15. ^ Ibrahim, Nur (20 Jun 2023). "Was the Missing Titanic Submersible Using Satellites from Elon Musk's Company?". Snopes (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  16. ^ a b c d Evans, Gareth; Gozzi, Laura (19 June 2023). "Titanic tourist submersible goes missing with search under way". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  17. ^ Treisman, Rachel (20 Jun 2023). "'Tiny sub, big ocean': Why the Titanic submersible search is so challenging". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  18. ^ a b "What we know about the passengers on board missing Titanic submersible". Sky News (dalam bahasa Inggeris). 19 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  19. ^ Whittle, Patrick; Ramer, Holly (20 Jun 2023). "In race against clock, expanding fleet of ships searches for submersible lost near Titanic wreck". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  20. ^ Regan, Helen; Yeung, Jessie; Renton, Adam; Said-Moorhouse, Lauren; Upright, Ed (20 Jun 2023). "The Titanic wreckage lies around 12,500 feet below sea level. Here's a look at the path to see it". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2023.
  21. ^ Enokido-Lineham, Olive (19 Jun 2023). "UK billionaire Hamish Harding on board missing Titanic submersible, family confirms". Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  22. ^ Pogue, David (27 November 2022). "Titanic: Visiting the most famous shipwreck in the world". CBS Sunday Morning. CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  23. ^ a b Murphy, Jessica (19 Jun 2023). "What we know about the search for the Oceangate submersible". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  24. ^ Baker, Sinéad. "Former passenger on Titan submersible says you have to sign a waiver that mentions death 3 times on the first page: 'So it's never far from your mind'". Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2023.
  25. ^ Porter, Tom (21 Jun 2023). "The missing Titanic sub fell outside safety rules by operating in international waters beyond the law, experts say". Insider.
  26. ^ Pogue, David (27 November 2022). "Titanic: Visiting the most famous shipwreck in the world". CBS Sunday Morning. CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  27. ^ Baker, Sinéad. "Former passenger on Titan submersible says you have to sign a waiver that mentions death 3 times on the first page: 'So it's never far from your mind'". Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2023.
  28. ^ a b Perrottet, Tony (Jun 2019). "A Deep Dive Into the Plans to Take Tourists to the 'Titanic'". Smithsonian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2019. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  29. ^ "H.R.1159 – Passenger Vessel Safety Act of 1993". United States Congress. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  30. ^ David Pogue. "Back to Titanic Part 1". Unsung Science (Audio siar). CBS News. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  31. ^ Mi expedición al TITANIC parte 1/4 | Alan por el mundo (dalam bahasa Inggeris). Peritiwa berlaku pada 24:16. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2023. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  32. ^ a b OceanGate Staff. "Titan 5-Person Submersible | 4,000 Meters". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2022. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  33. ^ US11,119,071 (Versi PDF) ([[{{{y}}}-{{{m}}}-{{{d}}}]]) Richard Stockton Rush, III Systems and methods for curing, testing, validating, rating, and monitoring the integrity of composite structures 
  34. ^ Broad, William J. (22 Jun 2023). "The director and deep-sea explorer James Cameron points to flaws in the Titan submersible's design". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2023. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  35. ^ a b c Bogel-Burroughs, Nicholas; Gross, Jenny; Betts, Anna (20 Jun 2023). "OceanGate Was Warned of Potential for 'Catastrophic' Problems With Titanic Mission". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  36. ^ a b c Strauss, Daniel; Varkiani, Adrienne Mahsa; Aronoff, Kate; Otten, Tori; Shephard, Alex; Otten, Tori; Otten, Tori; Otten, Tori; Shephard, Alex (1 November 2022). "Missing Titanic Sub Once Faced Massive Lawsuit Over Depths It Could Safely Travel To". The New Republic. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  37. ^ Harris, Mark (20 Jun 2023). "A whistleblower raised safety concerns about OceanGate's submersible in 2018. Then he was fired". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  38. ^ "Answer to Complaint – #7 in OceanGate Inc v. Lochridge (W.D. Wash., 2:18-cv-01083) – CourtListener.com". CourtListener (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Jun 2023.
  39. ^ "Complaint – #1, Att. #1 in OceanGate Inc v. Lochridge (W.D. Wash., 2:18-cv-01083) – CourtListener.com". CourtListener (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Jun 2023.
  40. ^ "Order Dismissing Case – #14 in OceanGate Inc v. Lochridge (W.D. Wash., 2:18-cv-01083) – CourtListener.com". CourtListener (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Jun 2023.
  41. ^ "Letter to OceanGate" (PDF). Marine Technology Society. 27 Mac 2018. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  42. ^ Morelle, Rebecca; Francis, Alison; Evans, Gareth (23 Jun 2023). "Titan sub CEO dismissed safety warnings as 'baseless cries', emails show". BBC News. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2023. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  43. ^ Russell, Rachel (24 Jun 2023). "Ross Kemp had planned to film TV show on Titanic sub". BBC News. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2023. Dicapai pada 24 Jun 2023.
  44. ^ A visit to RMS Titanic (Videotape) (dalam bahasa English). CBS News Sunday Morning. 12 December 2022 – melalui YouTube.CS1 maint: unrecognized language (link)
  45. ^ "UPDATED: 3 Ships Join in Search for Missing Submersible Titan, 2018 Lawsuit Alleged Flaws in Craft's Design". USNI News (dalam bahasa Inggeris). 21 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2023. Dicapai pada 22 Jun 2023.
  46. ^ Kanter, Jake (20 Jun 2023). "CBS Story On OceanGate's Missing Titanic Sub Goes Viral After Reporter David Pogue Got Jitters Over Its "Jerry-Rigged" Design". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Jun 2023.
  47. ^ Edwards, Benj (20 Jun 2023). "Submarine missing near Titanic used a US$30 Logitech gamepad for steering". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.
  48. ^ "Take Me to Titanic - Part Two". The Travel Show (dalam bahasa Inggeris). BBC. 00:07:40. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  49. ^ "The Return - Take Me To Titanic (Season 1, Episode 2)" (dalam bahasa Inggeris). Apple TV. 8 October 2022. 00:07:40. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  50. ^ Wuthmann, Walter. "The company that sent a tourist submersible to the Titanic wreck has faced safety questions before" (dalam bahasa Inggeris). WBUR-FM. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  51. ^ Finley, Ben; Ramer, Holly (19 Jun 2023). "Deep-sea craft carrying 5 people to Titanic wreckage reported missing, search underway" (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2023. Dicapai pada 21 Jun 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]