Kepler-37b

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepler-37b
Planet luar suria Kepler-37
Planet luar suria Kepler-37
Penemuan
Tarikh penemuan20 Februari 2013[1]
Kaedah pengesananTransit
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor0.1003 AU[2]
Tempoh orbit13.367308 hari[1]
Kecondongan88.63°[2]
Ciri-ciri fizikal
Min jejari0.303 R⊕[2]
Jisim≥0.01 M⊕
Suhu700 K[3]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kepler-37b merupakan sebuah planet luar suria yang mengorbit Kepler-37 dalam buruj Lyra. Sehingga kini, ia adalah planet luar suria terkecil yang pernah ditemui, dengan jisim yang lebih besar daripada bulan Bumi.[4]

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Kepler-37b ditemui bersama-sama dengan dua buah planet yang lain iaitu Kepler-37c dan Kepler-37d dengan teleskop angkasa Kepler, yang memerhati transit najam.[3][1] Untuk mendapatkan saiz yang tepat planet ini, para ahli falak terpaksa membandingkannya dengan saiz bintang induk menggunakan asteroseismologi dan Kepler-37 adalah bintang terkecil yang dikaji dengan menggunakan proses ini.[3] Kajian-kajian ini telah membolehkan saiz planet diperolehi dengan "ketepatan yang melampau". Sehingga kini, planet ini adalah yang terkecil ditemui di luar sistem suria.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Jarak planet ini dengan Bumi adalah kira-kira 210 tahun cahaya[5] dan ia mempunyai saiz yang sedikit lebih besar daripada bulan Bumi, dengan diameter kira-kira 3900 kilometer (2,400 batu).[6] Pihak NASA menyatakan bahawa berkemungkinan besar planet ini tidak mempunyai atmosfera dan tidak boleh menampung kehidupan.[3] Tambahan pula, planet ini mungkin terdiri daripada bahan-bahan berbatu.[3] Disebabkan jaraknya yang hampir dengan bintang, suhu purata planet ini dianggarkan sekitar 425 °C (800 °F).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Barclay, T.; Rowe, J. F.; Lissauer, J. J.; Huber, D.; Fressin, F.; Howell, S. B.; Bryson, S. T.; Chaplin, W. J.; Désert, J.-M.; Lopez, E. D.; Marcy, G. W.; Mullally, F.; Ragozzine, D.; Torres, G.; Adams, E. R.; Agol, E.; Barrado, D.; Basu, S.; Bedding, T. R.; Buchhave, L. A.; Charbonneau, D.; Christiansen, J. L.; Christensen-Dalsgaard, J.; Ciardi, D.; Cochran, W. D.; Dupree, A. K.; Elsworth, Y.; Everett, M.; Fischer, D. A.; Ford, E. B.; Fortney, J. J.; Geary, J. C.; Haas, M. R.; Handberg, R.; Hekker, S.; Henze, C. E.; Horch, E.; Howard, A. W.; Hunter, R. C.; Isaacson, H.; Jenkins, J. M.; Karoff, C.; Kawaler, S. D.; Kjeldsen, H.; Klaus, T. C.; Latham, D. W.; Li, J.; Lillo-Box, J.; Lund, M. N.; Lundkvist, M.; Metcalfe, T. S.; Miglio, A.; Morris, R. L.; Quintana, E. V.; Stello, D.; Smith, J. C.; Still, M.; Thompson, S. E. (2013-02-20). "A sub-Mercury-sized exoplanet". Nature. doi:10.1038/nature11914. ISSN 0028-0836. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  2. ^ a b c "Kepler-37 System". kepler.nasa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-16. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  3. ^ a b c d e f (Inggeris) "NASA's Kepler Mission Discovers Tiny Planet System". NASA. 20 Februari 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  4. ^ a b (Inggeris) "Tiniest Planet Yet Discovered by NASA Outside our Solar System". scienceworldreport.com. 21 Februari 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  5. ^ "NASA, using Kepler space telescope, finds smallest planet yet". Los Angeles Times. 20 Februari 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  6. ^ (Inggeris) "Astronomers Find the Tiniest Exoplanet Yet". Slate. 20 Februari 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
Didahului oleh
PSR B1257+12 A
Planet luar suria besar terkecil
2013 — 
Diikuti oleh:
terkini