Kereta api tergelincir di Rahang 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kereta api penumpang Ekspres Rakyat tergelincir dan terjunam di Km 465 Seremban - Rembau berhampiran Kampung Baru Rahang, Negeri Sembilan pada 3 Mei 2008 jam 3.00 petang.

Yahya Osman (40) yang menjadi pemandu lokomotif terbunuh kerana tersepit. 12 penumpang lain cedera dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) dan dua daripada dimasukkan ke wad iaitu Chia Lian Heng, 73 dan Chong Wah Sin, 42, tetapi keadaan mereka dilaporkan stabil. Penumpang yang terkandas dipindahkan ke Stesen KTMB Tampin.

Kereta api itu mempunyai 12 gerabak membawa 210 penumpang dari stesen kereta api Butterworth, Pulau Pinang menuju ke stesen kereta api Tanjung Pagar di Singapura. Pengarah bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Salleh Sarbine bersama anggota lain dan penumpang yang terselamat membantu menyelamatkan mereka yang cedera. Punca kejadian akan disiasat oleh pihak kejuruteraan Keretapi Tanah Melayu Berhad. [1]

Kren dari depot Gemas dan Falim, Ipoh digunakan untuk kerja-kerja mengangkat gerabak yang jatuh 2 meter ke bawah dan membawanya ke depot Seremban untuk diperbaiki. Perkhidmatan antara bandar kereta api Tanah Melayu (KTM) bagi sektor selatan dan pantai timur dijangka pulih pada pukul 3.00 pagi hari Isnin, 5 Mei 2008.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]