Kerukup Siam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Kerkup siam
Ceri kampung
Munting calab 070609 214 ipb.jpg
Pokok ceri kampung.
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Muntingia

Spesies:
M. calabura
Nama binomial
Muntingia calabura

Kerkup siam[1] (juga kerukup siam), kerkuk, ataupun ceri kampung (kekadang hanya disebut "ceri") ialah sejenis tumbuhan kecil yang mempunyai buah yang manis dan digemari oleh kanak-kanak. Tumbuhan ini mempunyai banyak nama lain seperti kersen, ceri Malaya, ceri Singapura, ceri Jepun, ceri Jamaica, ceri India barat, calabura, capulin dan beri Panama (Panama berry). Nama saintifiknya ialah Muntingia calabura dan merupakan spesies tunggal genus Muntingia.[2][3]

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kerkup siam berasal dari selatan Mexico, Caribbean, Amerika Tengah dan barat Amerika Selatan di selatan Peru dan Bolivia. Pada akhir abad ke-19, tumbuhan ini dibawa masuk ke Filipina dan dengan cepat tersebar ke seluruh wilayah Asia Tenggara. Kini, buah pokok ini diimport dari Asia Tenggara ke Eropah kerana pokoknya dikatakan hampir pupus di sana.

Benih ceri ini tidak boleh dicernakan oleh burung-burung yang memakannya. Oleh itu, burung pemakan benih seperti gagak dan merpati akan menyebarkan benihnya melalui najis yang dibuang.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Tidak putus membiak sepanjang tahun, buah ceri Malaya ini boleh dimakan begitu sahaja. Buah ini digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis semacam karamel dan berbau harum. Di Filipina dan Malaysia, pokok ini tumbuh merata dan oleh itu buahnya jarang dijual di pasaran. Kanak-kanak biasanya memakan buah yang dipetik terus dari pokok.

Di Mexico, daun pokok ceri ini boleh dibuat teh, dan buahnya dibuat jem ataupun dimakan secara segar. Di Brazil, pokok ini selalunya ditanam di tepi sungai. Buah yang jatuh ke dalam sungai akan dimakan oleh ikan yang kemudian akan ditangkap.

Pertumbuhan[sunting | sunting sumber]

Buah dan bunga kerkup siam.

Pokok ini mengeluarkan buah yang berwarna merah dan bunga berwarna putih. Pokok ini sering dijumpai di tepi jalanan dan di sekitar sungai. Pokoknya membesar dengan sungguh cepat, begitu juga dengan buahnya, dan tidak pernah putus berbunga.

Kitar hidup buah ialah bermula daripada bunga yang tumbuh begitu banyak yang kemudian akan didebungakan oleh serangga. Selepas itu, bunga yang telah didebungakan berubah menjadi putik berwarna hijau. Buahnya masak serentak dan selepas masak, bunga baru akan muncul. Selepas dipetik, tampuk buah akan meninggalkan kesan parut pada tempat tangkai dicabut.[4]

Gambar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "kerkup II". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "Muntingia calabura". Flora & Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 4 Januari 2022.
  3. ^ "Muntingia calabura L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. Dicapai pada 4 Januari 2022.
  4. ^ Warisan Petani (2 April 2017). "Pokok Ceri Kampung". Warisan Petani (Blogger). Dicapai pada 4 Januari 2022.