Kesateria Malta
Golongan Tentera Hospitaller Berdaulat Santo John dari Baitulmuqaddis, Rodos dan Malta (Itali: Sovrano Militare Ordine Ospedaliero di San Giovanni di Gerusalemme di Rodi e di Malta ; Latin: Supremus Militaris Ordo Hospitalarius Sancti Ioannis Hierosolymitani Rhodiensis et Melitensis ), atau nama pendeknya Kesateria Malta adalah golongan tentera kesateria dan bangsawan kerja amal Katolik.[1]
Entiti ini ada disebut sebagai "negara berdaulat terkecil di dunia",[2] namun ia tiada tanah milik sendiri tetapi sebaliknya beribupejabat di Palazzo Malta, Roma, Itali. Ia berhubungan diplomatik dengan 110 buah negara serta menganggotai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pemerhati.[3][4] bahkan ia juga memiliki bentuk pengenalan tersendiri seperti pasport dan setem.
Ia dipimpin seorang ketua bergelar "Putera dan Tuan Besar" (Itali: Principe e Gran Maestro , bahasa Inggeris: Prince and Grand Master ).[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Badan ini wujud sejak tahun 1048 dengan pengurniaan wewenang atau kebenaran mendirikan sebarang rumah ibadah atau perawatan untuk kemudahan penziarah yang berkunjung ke Yerusalem/Baitulmaqdis tidak kira agama dan bangsa oleh Khalifah Mesir kepada para saudagar dari Duci Amalfi. Badan ini diberi nama Golongan Santo Yohanes dari Yerusalem (Ordine di San Giovanni di Gerusalemme) dan dipimpin seorang rahib bernama Gerardo Sasso. Suatu watikah rasmi diberikan Paus Paschalis II - Pie postulatio voluntatis - tanggal 15 Februari 1113 memindahkan kedudukan ia kepada pentadbiran Takhta Suci serta memberikan kebebasan para anggota ia melantik ketua golongan itu sendiri.
Segala tanah pemilikan badan ini dirampas pihak Perancis semasa penaklukan mereka ke atas Malta tahun 1798, malah banyak aset yang tersisa di negara-negara Protestan juga diambil pada awal abad ke-19. Ia menandatangani Kongres Verona pada 1822 yang menjamin keberadaannya sebagai suatu badan berdaulat bebas.
Peranan
[sunting | sunting sumber]Keanggotaan
[sunting | sunting sumber]Badan ini dianggotai seramai 13,000 orang "kesateria" (cavalieri, knight) dan "srikandi" (dame), yang mengabadikan hidup berkhidmat merawat yang sakit, membantu yang miskin serta mempertahankan nama ajaran Kristian dengan kerjasama Gereja Katolik.[6] Badan ini turut bertindak melakukan kerja-kerja kemanusiaan di 120 buah negara serata dunia melalui 80,000 orang sukarelawan dan 42,000 sekutu bebas yang memberi bantuan dari segi perubatan mahupun paramedik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sovereign Order of Malta". Orderofmalta.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2008. Dicapai pada 12 April 2016.
- ^ "Pope Francis to receive Knights of Malta grand master Thursday - English". ANSA.it. 21 June 2016. Dicapai pada 16 October 2019.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBilateral_relations
- ^ "Malta Permanent Mission to the United Nations". Un.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2016. Dicapai pada 12 April 2016.
- ^ Keating, Joshua E. (19 Januari 2011). "Who Are the Knights of Malta — and What Do They Want?". Foreign Policy. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2018. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
- ^ Membri dell'Ordine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi (dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, dan Sepanyol)
- Constitution of the Sovereign Military Order of Malta