Kesepiawaian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Kesepiawaian (Bahasa Inggeris: fungibility) ialah sifat boleh tukar sesebuah barang atau komoditi (termasuk logam berharga, minyak mentah manis, saham syarikat, bon, mata wang dan sebagainya) kerana berkongsi piawai sama ―yakni "sepiawai" (fungible)[1]― secara unit individu di mana setiap bahagiannya tidak dapat dibezakan dari sebahagian yang lain.[2][3] Sebagai contoh: ketulan emas atau perak tulen mempunyai nilai sama dengan bilangan bahan sama yang muncul dalam apa jua rupa baik dalam bentuk kepingan wang, jongkong atau barang kemas; begitu juga dengan nilai mata wang di mana sekeping bernilai $100 boleh ditukar kecil dengan 2 keping $50, 10 keping $10 dan sebagainya selagi ia dalam mata wang yang sama.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Istilah perdagangan, perusahaan dan ilmu akaun, Inggeris-Melayu-Inggeris. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1973. m/s. 94.
  2. ^ Merriam-Webster. "Fungible (adjective)". Merriam-Webster Online Dictionary and Thesaurus. Merriam-Webster, Incorporated. Dicapai pada 22 August 2014.
  3. ^ "What is fungible? Definition and examples". Market Business News. Dicapai pada 2 April 2021.
  4. ^ Milton, Adam (15 February 2017). "Fungible, Trading Term Definition". The Balance. Dicapai pada 15 November 2015.