Khalil Idham Lim Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khalil Idham Lim Abdullah
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Titi Serong
Dalam jawatan
2008 – 2013
Didahului oleh Abu Bakar Mat Ali
Digantikan oleh Abu Bakar Hussian
Butiran peribadi
LahirLim Chuan Hing
1964
Kampung Bekelam, Bachok, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanPerak Perak
PekerjaanAhli politik, Doktor

Khalil Idham Lim Abdullah atau Lim Chuan Hing ialah ahli politik Malaysia berbangsa Hokkien daripada Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak mewakili PAS pada 2008 hingga 2013.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Khalil Idham Lim dilahirkan pada tahun 1964 di Kg. Bekelam Bachok Kelantan. Beliau telah memeluk Islam pada 25 September 1985. Beliau melanjutkan pengajian di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Banda Aceh dalam pengajian sarjana muda Dakwah pada 1986 hingga 1992. Tesis beliau bagi pengajian ini bertajuk "Penerangan dan Penyiaran Agama Islam, Kajian Dakwah Kepada Non Muslim di Negeri Kelantan". Kemudian beliau mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1993 hingga 1995. Beliau turut mengambil Sijil Pengajian Bahasa Mandarin & Budaya Cina di Universiti Jinan, Guangzhou, China pada 1998 hingga 2000.

Penglibatan dalam politik dan kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau telah bertanding di DUN Titi Serong dan menang. Beliau juga pernah bertanding tetapi tewas di DUN Kuala Kurau, Perak pada 2004, dan Parlimen Kuala Kangsar pada 2013 dan 2018. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua Kawasan Kuala Kangsar (2017 - 2021) dan pernah menjadi Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak. Beliau turut aktif dalam bidang kemasyarakatan dengan menjadi Setiausaha Agung Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) dan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Perak (UMMAH Perak) dan menjadi penggerak Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]