Gempa bumi Haiti 2010: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Baris 52: Baris 52:
[[Kategori:Haiti]]
[[Kategori:Haiti]]


[[ar:زلزال هايتي (2010)]]
[[ar:زلزال هايتي 2010]]
[[id:Gempa bumi Haiti 2010]]
[[id:Gempa bumi Haiti 2010]]
[[bs:Potres na Haitiju 2010.]]
[[bs:Potres na Haitiju 2010.]]

Semakan pada 06:48, 21 Januari 2010

2010 Haiti earthquake
Tarikh16:53:09, 12 Januari 2010 (-05:00) (2010-01-12T16:53:09-05:00)
21:53:09, 12 Januari 2010 (UTC) (2010-01-12T21:53:09Z)
Magnitud7.0 Mw
Kedalaman13 kilometer (8.1 bt)
Koordinat18°27′25″N 72°31′59″W / 18.457°N 72.533°W / 18.457; -72.533Koordinat: 18°27′25″N 72°31′59″W / 18.457°N 72.533°W / 18.457; -72.533
Kawasan terjejasHaiti
Keamatan maksimumMM X[1]
Gegaran susulan42[2]
Korban'Pengbumian' disahkan - 72,000 (kerajaan Haiti)[3] Jumlah korban dianggarkan sehingga 200,000 (kerajaan Haiti)[4]

Gempa bumi haiti 2010 merupakan sebuah malapetaka gempa bumi bermagnitud 7.0 Mw yang berpunca dari pusat gempa berhampiran Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) di barat Port-au-Prince, biu negara Haiti. Gempa bumi ini melanda pada pukul 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada 12 Januari 2010,[5][6] sedalam 13 km (8.1 batu). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat mencatat berlakunya sebanyak 33 gegaran penghujung, 14 daripadanya antata magnitud 5.0 hingga 5.9.[7] Persatuan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan lebih kurang tiga juta orang terjejas oleh gempa bumi ini;[8] the Haitian Interior Minister, Paul Antoine Bien-Aimé, kemudian pada 15 Januari menjangka bahawa bencana ini mungkin meragut sebanyak 100,000 hingga 200,000 nyawa.[4] Perdana Menteri Haiti Jean-Max Bellerive mengumumkan bahawa setakat 18 Januari, lebih 70,000 mayat telah dikebumikan dalam kubur ramai.[9]

Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan teruk di Port-au-Prince dan kawasan sekelilingnya. Banyak binaan mercu tanda terkemuka yang begitu dahsyat dirosakkan atau dibinasakan, termasuk Istana Presiden (tetapi Presiden René Préval terselamat), bangunan Dewan Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince, dan bangunan penjara utama.[10] Ibu pejabat Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti (MINUSTAH) yang terletak di ibu negara, turut runtuh dan Ketua Misi Hédi Annabi, timbalannya Luiz Carlos da Costa, dan pemangku pesuruhjaya polis disahkan terkorban.[11][12]

USGS intensity map

Titik gempa

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, lebih kurang 25 kilometer (16 bt) barat-barat daya dari Port-au-Princedengan titik kedalaman 13 kilometer (8.1 bt) pada jam 16:53 UTC-5.[5], terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di Teluk Guantanamo , pulau Cuba , di Kingston, Jamaica, di Caracas,Venezuela dan di Santo Domingo , Republik Dominican.

Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menyatakan terdapat 6 kali gempa dalam masa dua jam selepas gempa utama. Kadar gempa sekitar 5.9,[13] 5.5,[14] 5.1,[15] 4.8,[16] 4.5,[17] dan 4.5.[18]. Pertama dalam sembilan jam, 26 gempa susulan terjadi.

Dianggarkan 3 juta penduduk akan terjejas. Gempa sebesar ini pernah menghentam Haiti pada tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofisika USGS menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1 menghentam Republik Dominican dan Haiti yang menyebabkan tsunami dan menyebabkan 1.790 orang terbunuh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi[19] tetapi kemudian membatalkannya.[20]

Akibat

Wartawan televisyen Haiti, "Haitipal" melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di Pétionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Gempa bumi melanda kawasan yang teramai penduduknya di Haiti; bilangan mangsa terkorban dianggarkan meningkat dari 45,000 sebaik sahaja berlakunya gempa hingga 200,000 orang enam hari kemudian.[21][22][4] Sehari selepas gempa, Palang Merah Antarabangsa menganggarkan seramai 3 juta roang terjejas oleh gempa bumi.[8] Rayuan untuk bantuan antarabangsa dikeluarkan oleh para pegawai kerajaan Haiti, termasuk Raymond Joseph, duta Haiti ke Amerika Syarikat.[23]

Tindak balas

Heavy-lift helicopters ferry water from the offshore flotilla, 15 Januari.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa, Salvation Army,[24] PBB[25] and president René Préval[26] mula merayu bantuan kemanusiaan. Duta Joseph dan anak saudaranya, Wyclef Jean,[27] yang dilantik oleh Préval sebagai "duta merantau" Haiti,[28] turut sama merayu bantuan.

Banyak negara telah membalas rayuan dengan melancarkan usaha pengumpulan dana, serta menghantar pasukan penyelamat. Negara jiran Republik Dominica ialah negara pertama yang menghulurkan bantuan kepada Haiti, sekaligus mengetepikan perbalahan antara kedua-dua negara sejak abad ke-19.[23] Pasukan Dominica menghantar makanan, air botol dan jentera berat untuk membersihkan runtuhan.[29] Hospital-hospital dan lapangan terbang di Haiti dibuka untuk menerima bantuan untuk diedarkan ke seluruh Haiti.[29] Negara-negara lain dari jauh turut menghantar kakitangan, ubat-ubatan, bahan-bahan dan bermacam-macam bentuk bantuan ke Haiti. Palang Merah Antarabangsa mengesahkan pihaknya sudah kekeringan bekalan di Haiti lalu merayu agar orang awam menghulurkan derma.[30]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pager2010rja6 tidak disediakan
  2. ^ "Earthquake List". United States Geological Survey. Dicapai pada 14 Januari 2010.
  3. ^ "Emergency declared as Marines head for Haiti". ABC News Online. ABC News Australia. 18 Januari 2010. Dicapai pada 18 Januari 2010.
  4. ^ a b c Sutton, Jane (15 January 2010). "Haiti quake death toll may hit 200,000-minister". Reuters Alertnet. Reuters. Dicapai pada 15 January 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ a b "USGS Magnitude 7.0 – HAITI REGION". Dicapai pada 13 Januari 2010.
  6. ^ Millar, Lisa (2010-01-17). "Tens of thousands isolated at quake epicentre". ABC News. Dicapai pada 2010-01-18. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ Earthquake Center, USGS. "Latest Earthquakes M5.0+ in the World – Past 7 days". Earthquake Hazards Program. United States Geological Survery. Dicapai pada 13 January 2010.
  8. ^ a b "Red Cross: 3M Haitians Affected by Quake". CBS News. 13 January 2010. Dicapai pada 13 January 2010.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated2 tidak disediakan
  10. ^ "Haiti After The Quake". Thaindian.com. Dicapai pada 2010-01-20.
  11. ^ "Briefing by Martin Nesirky, Spokesperson for the Secretary-General, and Jean Victor Nkolo, Spokesperson for the President of the General Assembly". United Nations. 13 January 2010. Dicapai pada 13 January 2010.
  12. ^ "Clinton visits quake-hit Haitians". BBC News. 16 January 2010. Dicapai pada 16 January 2010.
  13. ^ "Magnitude 5.9 – HAITI REGION". 2010-01-12. Dicapai pada 2010-01-12.
  14. ^ "Magnitude 5.5 – HAITI REGION". 2010-01-12. Dicapai pada 2010-01-12.
  15. ^ "Magnitude 5.1 – HAITI REGION". 2010-01-12. Dicapai pada 2010-01-12.
  16. ^ "Magnitude 4.8 – HAITI REGION". 2010-01-12. Dicapai pada 2010-01-12.
  17. ^ "Magnitude 4.5 – HAITI REGION". 2010-01-12. Dicapai pada 2010-01-12.
  18. ^ "Magnitude 4.5 – HAITI REGION". 2010-01-12. Dicapai pada 2010-01-12.
  19. ^ Katz, Jonathan M. (12 January 2010). "Many casualties expected after big quake in Haiti". Atlanta Journal-Constitution. Dicapai pada 12 January 2010.
  20. ^ "Tsunami Message Number 3". NOAA. Dicapai pada 12 January 2010.
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bbcfirst tidak disediakan
  22. ^ Leonard, Tom. Haiti earthquake: hundreds of thousands feared dead, The Daily Telegraph, 13 Januari 2010.
  23. ^ a b "Dominican Republic aid to Haiti eases historic tensions – CNN.com". Edition.cnn.com. Dicapai pada 15 January 2010.
  24. ^ "Charities plead for Haitian aid". The San Bernardino Sun. Dicapai pada 16 January 2010.
  25. ^ "Tensions Mount In Haiti Amid Plea For Aid". SKY News. Dicapai pada 16 Januari 2010.
  26. ^ "Thousands feared dead after powerful Haiti quake". The Miami Herald. Retrieved 16 January 2010.
  27. ^ "Appeals for aid after quake strikes Haiti". CNN. 13 Januari 2010. Dicapai pada 13 Januari 2010.
  28. ^ Reuters (3 January 2007). "Wyclef Jean to be Haiti's roving ambassador". MSNBC. Dicapai pada 13 January 2010.
  29. ^ a b Thursday, 14 January 2010 @ 19:45 UTC by Rocio Diaz. "Dominican Republic: Helping Neighboring Haiti After Earthquake". Global Voices Online. Dicapai pada 15 January 2010.
  30. ^ Associated Press (13 January 2010). "American Red Cross says it has run out of medical supplies in Haiti". Los Angeles Times. Dicapai pada 14 January 2010.