Janin (filem): Perbezaan antara semakan
Baris 36: | Baris 36: | ||
== Pencapaian == |
== Pencapaian == |
||
Pemenang |
Pemenang |
||
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Anugerah Skrin 2011 - Siti Shahrizah (Eja) |
* Pelakon Wanita Terbaik Filem - Anugerah Skrin 2011 - Siti Shahrizah (Eja) |
||
Calon |
|||
* Filem Terbaik - Anugerah Skrin 2011 |
|||
== Pautan luar == |
== Pautan luar == |
Semakan pada 02:29, 9 November 2011
Janin | |
---|---|
Pengarah | M. Hitler Zami |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
Dibintangi | Eja Hairie Othman Sherie Merlis |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Janin ialah sebuah filem seram arahan pengarah berpengalaman, M. Hitler Zami yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 23 Disember 2010. Filem yang dibintangi oleh Eja, Hairie Othman, Zami Ismail, Sherie Merlis dan Seniman Kuswadinata ini membongkar masalah masyarakat yang tunduk kepada hasutan syaitan.
Plot
Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak dengan pencuri kecil bernama Esah.
Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.
Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera
Pelakon
Siti Shahrizah (Eja), Hairie Othman, Sherie Merlis, Kuswadinata, Mohd Zain, Zami Ismail, Datuk Rahim Razali, Rasyidah Jaafar
Pencapaian
Pemenang
- Pelakon Wanita Terbaik Filem - Anugerah Skrin 2011 - Siti Shahrizah (Eja)
Calon
- Filem Terbaik - Anugerah Skrin 2011