Siti Shahrizah bt Saifuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Eja)
Jump to navigation Jump to search
"Eja" dilencongkan di sini.
Eja
KelahiranSiti Shahrizah binti Saifuddin
(1972-01-18) 18 Januari 1972 (umur 47)
Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
Pekerjaan
Tahun aktif1997–kini
AnugerahPelakon Wanita Terbaik (FFM)

Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja (dilahirkan pada 18 Januari 1972) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan pengacara bersama Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003. Beliau turut mengacarakan beberapa rancangan lain termasuk rancangan untuk remaja, Zoom oleh Astro, di RTM1 mengenai fesyen dan gaya hidup - Gaya, dan Ntv7 dalam rancangan You Asked For It, program maklumria (infotainment).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Eja dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Kubu Baru, Selangor, merupakan anak pegawai polis marin. Beliau pada mulanya mengambil kursus setiausaha selepas tingkatan lima, sebelum memutuskan untuk menyertai Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari. Enam tahun kemudian, Eja menceburi bidang lakonan.

Pada tahun 1997, beliau ditawarkan bagi mengacara pelbagai rancangan muzik TV3, Video Skop.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2001 Sara Along Kamaruddin
2002 Anak Mami The Movie Prof Madya A. Razak Mohaideen
2006 Bilut Bade Hj. Azmi
Misi:1511 Camelia Young Juwahir
2007 Kayangan Y. M. Raja Ahmad Alauddin
2008 Sepi Kabir Bhatia
2009 Maut Bade Hj. Azmi
2010 Janin M. Hitler Zami
2015 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Aida Bernard Chauly

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Ejen 88 & 44
  • Rahsia Demi Rahsia
  • Teduh Kabus
  • Salam Taj Mahal (2000)
  • Kiranya Ku Tahu (2000)
  • Takhta Hati
  • Tiga Dara - Tan, Tin Tun
  • Rindu Semakin Jauh (2004)
  • Kalau Itu Takhdirnya (2004)
  • Masih Ada Cinta
  • Wajah Kekasih
  • Cinta Semerbak Kayu Manis
  • Mya Zara
  • Seputih Qaseh Ramadan
  • Rahsia Demi Rahsia
  • Sadiq & Co
  • Dinasti Bilut[1]
  • Dimata Mu Aku
  • Dijiwa Mu Dia (2002)
  • Pembunuh Upahan (2003)
  • Igawan (2004)
  • DNA Jasmin (2007)
  • Cahaya Hati arahan Rashid Sibir
  • Rama-Rama Terkopak Sayapnya (2007) di RTM
  • Talkin Terakhir arahan Ahmad Idham

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Janin Pelakon Wanita Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Dinasti Bilut di RTM1 mulai Isnin ini". Utusan Malaysia. 27 Oktober 2007. Dicapai 22 Disember 2011. 
  2. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]