Bilad al-Syam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k kategori
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Bot: Menggantikan CoA_of_Palaiologos_Dynasty.svg dengan Device_of_the_Palaiologos_Dynasty.svg.
Baris 12: Baris 12:
|year_end = abad ke-10
|year_end = abad ke-10
|p1 = Kawasan Uskup Timur
|p1 = Kawasan Uskup Timur
|flag_p1 = CoA_of_Palaiologos_Dynasty.svg
|flag_p1 =Device_of_the_Palaiologos_Dynasty.svg
|s1 = Kekhalifahan Fatimiyyah
|s1 = Kekhalifahan Fatimiyyah
|flag_s1 =
|flag_s1 =

Semakan pada 13:50, 3 September 2013

Bilad al-Sham
Bendera Levant
Bendera
Ibu negaraDamsyik
Bahasa yang umum digunakanBahasa Arab, Bahasa Aramia, Bahasa Yunani
Agama
Islam, Kristian, Agama Yahudi, Agama Samaria
KerajaanKekahlifahan
Didahului oleh
Diganti oleh
Kawasan Uskup Timur
Kekhalifahan Fatimiyyah
Empayar Seljuk

Bilad al-Sham (Bahasa Arab بلاد الشام, "negeri Syam") ialah wilayah kekhalifahan al-Rasyidin, Umayyah dan kemudiannya Abbasiyyah. Wilayah ini menggabungkan beberapa bekas wilayah Byzantine bernama Kawasan Uskup Timur, dan ditubuhkan sejenak selepas penaklukan Syria oleh orang Islam pada pertengahan abad ketujuh yang tamat pada Pertempuran Yarmuk.

Pada waktu penaklukan oleh tentera Rasyidin, wilayah ini diduduki oleh kebanyakannya petani Kristian mazhab Monophysite (pengikut syariat Nabi Yaakub) yang bertutur dalam Bahasa Aramia (seperti orang Mardah dan Malaki Byzantine), Arab Ghassan (Arab: الغساسنة‎ al-Ghasasinah) dan Nabatea (Arab:الأنباط‎ al-Anbat), dan juga kaum minoriti seperti orang Samaria, Yahudi dan Iturea. Identiti penduduk wilayah ini tidak bertukar menjadi Muslim dan Arab sehingga beberapa abad selepas wilayah ini ditakluk.

Pada zaman Umayyah, Syam dibahagikan kepada lima jund atau daerah tentera: Jund Dimashq, Jund Hims, Jund Filastin dan Jund al-Urdunn. Kemudian, Jund Qinnasrin ditubuhkan sebagai sebahagian Jund Hims. Bandar Damsyik merupakan ibu negara kekhalifahan Islam sehingga kemunculan Kekhalifahan Abbasiyyah.

Khilafah Fatimiyyah menakluk beberapa bahagian wilayah ini daripada Abbasiyyah sepanjang kurun kesepuluh. Wilayah terus kekal dalam berbagai bentuk sehinggalah serangan Empayar Seljuq dan Perang Salib abad ke-11.

Etimologi

Dari segi etiologi istilah ini bermaksud "tanah di tangan kiri" merujuk kepada hakikat bahawa bagi seseorang di Hijaz yang memandang ke arah timur, arah Utara terletak di kirinya (justeru sepadannya, nama Yaman, bermaksud "tanah di tangan kanan"). orth is to the left (so the name Yemen correspondingly means "land of the right hand"). Syam tiada kaitan dengan Sam (Arab: سام), anak Nabi Nuh.

Maksud geografi dan politik

Bilad al-Sham (juga ditransliterasi sebagai Bilad-ush-Sham, Cham di bawah pengaruh Perancis, dll) boleh digunakan sebagai nama am untuk merujuk kepada keseluruhan Levant atau Syria Raya. Wilayah ini juda kadang kalanya ditakrifkan sebagai wilayah yang dikuasai Damsyik. Malah perkataan al-Syam dalam bahasa Arab merujuk kepada Damsyik.

Rujukan