Kris (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan
Julia azrina (bincang | sumb.) kTiada ringkasan suntingan |
Julia azrina (bincang | sumb.) |
||
Baris 24: | Baris 24: | ||
== Sejarah == |
== Sejarah == |
||
Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal [[M. Nasir]]. |
Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal [[M. Nasir]]. Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan [[kumpulan Dinamik|Dinamik]], [[Kumpulan Wow|WOW]], [[Kumpulan Black Rose|Blackrose]], [[kumpulan Damasutra|Damasutra]] dan [[kumpulan Laksamana|Laksamana]]. |
||
Nama asal Kris ialah Rajawali tetapi ditukar setelah terdapat [[Kumpulan Rajawali|sebuah kumpulan rock lain]] yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut. |
|||
==Anggota kumpulan== |
==Anggota kumpulan== |
Semakan pada 03:05, 15 Ogos 2015
Kris | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik |
Instrumen | Vokal / Band |
Tahun aktif | 1990 - 1995 |
Syarikat rakaman | LIFE Records |
Pengkarya berkait | M. Nasir, Hattan |
Bekas ahli | Alim - Vokal Boy - Gitar Lomaq - Bass Joey - Drum |
Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Sejarah
Kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1990 dan merupakan anak didik komposer terkenal M. Nasir. Kemunculan mereka di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOW, Blackrose, Damasutra dan Laksamana.
Nama asal Kris ialah Rajawali tetapi ditukar setelah terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut.
Anggota kumpulan
Kumpulan Kris terdiri dari :-
- (Halim) Abdul Halim bin Bukhari - vokal
- (Boy) Mukhris Abdul Talib - gitar
- (Lomaq) Musa Mohamed Taib - bass
- (Joey) Abdul Hamid Sahlan - drum
Diskografi
Tiara (1991)
- Dilema Orang Kita (Yan/Ram Ghazali)
- Tiara (M.Nasir)
- Bidaian Selut (Aznan Alias/Sani Sudin)
- Penjara (Hattan/Nasir Jani)
- Kelip Kelip Dihembus Angin (Jai Mohd/Loloq)
- Hidup Berjudi (Aznan Alias/Bob)
- Persoalan Jiwa (Hattan/Siso)
- Tiara (instrumental) (M.Nasir)
- Melawan Emosi Diri (Wan Zul/Azam Dungun)
- Menanti (Jai Mohd/Usop)
Penerbit: M. Nasir
Ratna (1993)
- 3 Kali Putus Cinta (Kris/Loloq)
- Lagu Cenderawasih (M.Nasir/Nurbisa)
- Michelle (Hattan/Nurbisa)
- Muka Silver (Kris/Boy/Rosli Ali)
- Apa Kau Mahu (Kris/Boy/Rosli Ali)
- Ratna (M.Nasir)
- Papa Mama (M.Nasir)
- Mat Dispatch [Tentang Dunia Kurang Ajar] (M.Nasir)
- Syurga Jambul Terbakar (Kris/Nasir Jani)
- Misteri Kasih (Hattan/Abdi)
Penerbit: M. Nasir/Hattan
Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012)
Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.
Anugerah/Pencapaian
Kejayaan tertinggi Kris ialah di Juara Lagu 1991 di mana lagu Tiara telah membolot tiga hadiah iaitu Lirik Terbaik, tempat ketiga Persembahan Terbaik dan tempat ketiga Juara Lagu. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.