Hati Perempuan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 129: Baris 129:
# Takkan Pudar - Ernie Zakri
# Takkan Pudar - Ernie Zakri
{| class="wikitable"
{| class="wikitable"

==Rujukan==
{{reflist}}


{{turutan-tv
{{turutan-tv

Semakan pada 15:15, 15 Januari 2016

Hati Perempuan
poster hati perempuan
Memahami Hatimu Lebih Sukar Dari Memilikimu
Juga dikenali sebagai
Hati Perempuan by Nur Ain Al-Abbas
GenreDrama Cinta konflik
Ditulis olehNur Ain Al-Abbas (Novel) Skripwriter Nieza Nahar
PengarahKas Roshan
Dibintangi oleh
Syarul Ridzwan
Mia Ahmad
Hafreez Adam
Hafeez Mikhail
Nadzmi Adwal
Bella Nazari
Lagu pembukaanSampai Mati oleh Hazama
Lagu penutupBunga Dhia oleh Aiman Sidek
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28 episod 1 jam per tayangan
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
PenyuntingEddey Mat Napi
LokasiMalaysia
SinematografiMuhammad Mohd Rameli (Carlos)
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Julung kali ditayangkan di
Malaysia Malaysia
Siaran asal30 Mac 2015 – 14 Mei 2015 isnin - Khamis 7:00 PM - 8:00 PM
StatusTamat
Kronologi
MengikutiTeman Lelaki Upahan
Diikuti olehDia...Isteri Luar Biasa
Pautan luar
[creativeskill Tapak sesawang penerbitan] Creative Skill Solution Sdn Bhd

Hati Perempuan adalah drama Melayu adaptasi daripada novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas terbitan Karya Seni, Novel ini diadaptasikan ke layar TV oleh Creative Skill Solution dan ditayangkan di TV3 pada 30 Mac 2015 - 14 Mei 2015. Skrip drama 28 episod ini ditulis oleh Nieza Nahar dan diarahkan oleh Kas Roshan.

Drama ini dibintangi oleh Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai teraju utama, serta Hafreez Adam dan Bella Nazari sebagai watak antagonis.

Sinopsis

“Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikimu”

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak padaYuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril lah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril. “This is yours?” - Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril. “Saya tak bergurau tapi Tengku yang bergurau!” - Yuhanis. “I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril. Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. “Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). NamunTengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isteri melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar sementara Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

Pelakon

Pelakon Watak Diskripsi
Mia Ahmad Yuhanis Main female protagonist,
Syarul Ridzwan Tengku Zaril Main male protagonist,
Hafreez Adam Daniel Idrus Main villain, Bekas Teman Lelaki Yuhanis
Hafeez Mikail Tengku Zarul Adik Bongsu Tengku Zaril
Nadzmi Adhwa Tengku Zaqif Adik Kedua Tengku Zaril
Bella Nazari Tengku Amalin Villain,Sepupu Tengku Zaril
Zuhairie Ibrahim Tengku Hazimi Bapa kandung Tengku Zaril, Tengku Zarul dan Tengku Zaqif
Noniswara Tengku Durahtul Ibu kandung Tengku Zaril, Tengku Zarul dan Tengku Zaqif
Mustaqim Bahadhon Syed Ammar Rakan Baik Tengku Zaril
Azlan Azman Nazim Orang suruhan Tengku Amalin
Beego Umar Abang kedua Yuhanis
Niena Baharun Maisara Rakan baik Yuhanis
Azhar Sulaiman Tuan Izuddin Bos Di Tempat Yuhanis bekerja
Lia Asmizza Edrina Isteri Tengku Zaqif
Hazwan Halim Jefry Pembantu Peribadi Tengku Zaril
Kuna Muzani Safiah Ibu kepada Yuhanis
Ryiena Ismail Umairah Kakak kepada Yuhanis
Khatijah Tan Puan Sri Khadijah Ibu kepada Daniel Idrus
Aidil Aziz Nizam Rakan Sekerja Yuhanis, Jatuh cinta pada Yuhanis tetapi memendamkannya kerana Yuhanis mengangapnya sebagai rakan sekerja

Lagu Tema

  1. Sampai Mati - Hazama
  2. Bunga Dhia - Aiman Sidek
  3. Dulu Pernah Kau Kata - Zizi
  4. Wanita Terindah - Phoema Band
  5. Sakitnya Tuh Disini - Tustel
  6. Takkan Pudar - Ernie Zakri
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6:55 petang
Sebelumnya Hati Perempuan Berikutnya
Teman Lelaki Upahan Dia…Isteri Luar Biasa