Bella Nazari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bella Nazari
Kelahiran
Mas Nabiella binti Nazari

(1987-07-11) 11 Julai 1987 (umur 36)
PendidikanDiploma Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif
  • 2005–2006
  • 2014–kini
PasanganIqbal Kamarudin (k. 2020)

Mas Nabiella Nazari (lahir 11 Julai 1987) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Mentor musim pertama.[1][2] Beliau terkenal menerusi watak sebagai Tengku Amalin dalam drama Hati Perempuan dan sebagai Hajar dalam Tabir Zulaikha.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bella Nazari dilahirkan pada 11 Julai 1987 di Utan Aji, Perlis dan merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik. Beliau memiliki diploma dalam jurusan muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 18 tahun, Bella terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan realiti Mentor musim pertama pada tahun 2005 yang turut disertai oleh Nabil Zamanhuri, Dewi Liana Seriestha dan Yanie (Allahyarhamah). Beliau menjadi anak didik penyanyi Noraniza Idris, namun kerjayanya berakhir di pertengahan jalan kerana gagal meneruskan saingan sehingga ke akhir. Beliau berkata dalam temuramah bersama Media Hiburan:

"Masa (umur) 18 tahun, barulah saya berani cabar diri dengan menyertai Mentor. Sebab pada peringkat awal, saya menyanyi hanya untuk suka-suka saja. Tetapi kali ini bertukar kerana minat sampailah sekarang,"[5]

Bakatnya dalam bidang lakonan[6] hadir apabila beliau dipilih menjayakan watak sebagai Hajar dalam Tabir Zulaikha lakonan Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza.[7] Ini diikuti oleh peranan antagonis bersama Hafreez Adam dalam drama Hati Perempuan yang dibintangi oleh Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan, Bella memegang watak sebagai Tengku Amalin.[8][9]

Bella melancarkan single sulungnya, "Infiniti" yang dikeluarkan pada Mei 2016 selepas 10 tahun menyepi,[10] dan ia kemudian diikuti oleh single keduanya, "Oh Cintaku" pada Februari 2017.[5]

Beliau pernah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-22 yang berlangsung pada 18 Disember 2016, namun dimenangi oleh Syamel.[11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bella mendedahkan dalam satu temubual eksklusif pada Disember 2017 bahawa beliau pernah hampir menjadi mangsa seorang pelakon kasanova yang didakwa pernah terlibat dalam beberapa kes penipuan.[12][13]

Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan seorang pegawai polis, namun pertunangan itu tidak berkekalan. Bella sebelum ini dikatakan pernah rapat dengan Andi Bernadee.[14][15]

Bella mengikat tali pertunangan dengan Iqbal Kamarudin pada 26 Oktober 2019.[16] Pasangan ini berkahwin pada 7 Mac 2020.[17][18][19]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Mentor (Musim 1) Dirinya sendiri/Peserta TV3 Anak didik Noraniza Idris, dikreditkan sebagai Biella
2014 Gerak Khas (Musim 14) Rita TV2 Pelakon undangan, episod: "Rentas"; dikreditkan sebagai Bella Mentor
2015 Hati Perempuan Tengku Amalin TV3
Tabir Zulaikha Hajar
2016 Duda Terlajak Laris Idayu
2017 Shhh... I Love You Sumaira
Cerita Dari Mastika Perempuan Misteri Astro Ria Episod: "Perempuan Misteri Tumpang Ke Jerantut Feri"
2018 Cinta Bukan Kristal Laila TV3
Cinta Tiada Ganti Raudhah Astro Prima Penampilan khas, tidak dikreditkan. Adaptasi drama Filipina
Pencuri Cinta Kelas Satu Nisa Astro Oasis

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2016
"Infiniti"
2017
"Oh Cintaku!"
Single promosi
Tahun Tajuk Catatan
2018 "Undilah"
(bersama Andi Bernadee, Dewi Liana Seriestha dan Wan Shahjuddin)
Rendisi yang dirakamkan sempena Pilihan raya umum ke-14.[20]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Industri Muzik ke-22 Artis Baru Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Bella Nazari Encik Shino (6 Disember 2017). Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  2. ^ Profil Bella Nazari Diarkibkan 2018-09-18 di Wayback Machine Warner Music Malaysia. Dicapai pada 18 September 2018.
  3. ^ Ardini Sophia Sina (14 Januari 2018). Percaturan Bella berhasil Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  4. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (24 April 2016). "Hala tuju Bella Nazari". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  5. ^ a b Rafiq Mazlan (15 Jun 2017). "Oh Cintaku harapan Bella Nazari". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-10. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  6. ^ Kembalikan momentum lakonan Harian Metro (13 Februari 2018). Dicapai pada 13 September 2018.
  7. ^ Syanty Octavia Amry (17 Februari 2015). "Tabir Zulaikha: Kisah cinta dan dendam". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 29 Disember 2015.
  8. ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
  9. ^ Peminat benci Tengku Amalin Harian Metro (10 Mei 2015). Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  10. ^ Syanty Octavia Amry (11 Mei 2016). 10 tahun menyepi Harian Metro. Diperoleh pada 24 Ogos 2016.
  11. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (22 Oktober 2016). AIM-ing for the best: Counting down to Anugerah Industri Muzik 22 New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  12. ^ Qarami Hashim (17 Disember 2017). Bella Nazari dedah nyaris jadi mangsa aktor kasanova mStar Online. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  13. ^ Zaidi Mohamad (18 Disember 2017). Bella hampir terjerat Berita Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  14. ^ Zaidi Mohamad (10 Januari 2018). Tidak pernah serik, Bella sudah ada pengganti Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2018.
  15. ^ Ardini Sophia Sina (16 Disember 2017). Bukan orang ketiga kata Bella Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2018.
  16. ^ Zaidi Mohamad (27 Oktober 2019). Bella Nazari nikah Mac tahun depan Berita Harian. Dicapai pada 27 November 2019.
  17. ^ Zaidi Mohamad (8 Mac 2020). Bekas kekasih jodoh Bella Nazari Berita Harian. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  18. ^ "Akhirnya yang tak mahu itu juga datang merapati" - sekali lafaz, penyanyi Bella Nazari kini sah bergelar isteri Media Hiburan (Mac 2020). Dicapai pada 10 Mac 2020.
  19. ^ Amri Hassan (9 Mac 2020). Bella Nazari kahwini duda anak satu - "Dia bekas kekasih saya, tak sangka bertemu semula selepas 10 tahun Astro Gempak. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  20. ^ Zaidi Mohamad (5 Mei 2018). "Syarikat rakaman turut 'berkempen'". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]