Hafreez Adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hafreez Adam
Hafreez di studio MeleTOP pada September 2016.
Kelahiran
Hafreez Adam Aizat bin Zahalan

(1990-06-10) 10 Jun 1990 (umur 33)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
EjenUprising Entertaiment[1]
Ketinggian5 ft 9.5 in (1.77 m)
SaudaraAien Zahalan (adik)

Hafreez Adam Aizat Zahalan[2] (lahir 10 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara di samping Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Atikah Suhaime.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hafreez dilahirkan pada 10 Jun 1990 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik dan mempunyai seorang kakak, dua orang adik perempuan dan adik lelaki.[4] Hafreez mempunyai hobi dan minat dalam bidang muzik, multimedia dan animasi komputer. Malah beliau juga berbakat dalam bidang seni grafik dan fotografi.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hafreez merupakan finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Ben Amir, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan di mana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem. Adik perempuannya, Aien Zahalan juga terlibat di dalam bidang lakonan dan lakonan pertamanya ialah drama adaptasi novel yang juga lakonan beliau, Hikayat Cinta Si Pematah Hati.[5]

Beliau muncul sebagai peranan yang tidak dikreditkan dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada HambaNya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[6] Hafreez seterusnya muncul dalam drama adapasi novel Hati Perempuan lakonan Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad; beliau memegang watak sebagai Daniel Idrus, bekas teman lelaki Yuhanis lakonan Mia.[7] Kerjaya filem Hafreez bermula apabila beliau sekali lagi bekerja dengan Faisal dalam filem Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan yang ditayangkan pada 29 Oktober 2015; beliau memegang watak Megat.[8]

Beliau seterusnya membuat penampilan pentas pertamanya dengan membintangi pementasan teater yang bertajuk Zombie La La La yang dipentaskan pada 13 hingga 21 Februari 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, beliau memegang watak utama sebagai Elvi Pasola.[9] Beliau muncul bersama Zara Zya dan Nazim Othman dalam telenovela adaptasi drama Korea Monalisa di Slot Tiara Astro Prima.[10] Beliau menjadi pelakon utama bersama Emma Maembong dalam drama adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila yang bersiaran di Slot Raihana Astro Oasis.[11]

Hafreez berlakon di samping Diana Danielle dalam drama Raisha 2 sebagai Mikhail.[12] Beliau kemudian memegang watak sebagai Tajul dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Puteri Aishah dan Nina Iskandar.

Pada tahun 2020, Hafreez tidak berlakon drama, sebaliknya berlakon dalam telefilem apabila beliau muncul dalam dua telefilem, iaitu Jodoh Lebaran dan Istidraj. Beliau kembali beraksi di layar kaca menerusi drama Derita Untuk Bahagia yang menyaksikan beliau kembali bekerjasama dengan Amar Baharin. Dalam drama itu, beliau memegang watak sebagai Raif.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada April 2018, Hafreez dilaporkan telah menjalin hubungan dengan pelakon Zara Zya dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang.[13][14] Beliau sebelum ini menafikan khabar angin yang mengatakan beliau menjalin hubungan dengan Afifah Nasir yang juga adik pelakon Anzalna Nasir ketika mereka sama-sama membintangi drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.[15]

Hafreez juga dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Nazim Othman.[16] Selain itu, beliau juga mempunyai prinsip untuk menjaga hati dan perasaan keluarganya.[17] Hafreez dan Zara bertunang pada 12 Oktober 2019 dan dijadual akan berkahwin pada 2020. Selain itu, bapa Hafreez meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis pertunangannya berlangsung.[perlu rujukan]

Hafreez dan Zara mengumumkan telah memutuskan pertunangan mereka selepas sebulan. Beliau bagaimanapun menjelaskan, mereka berpisah secara baik.[18]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Megat Filem pertama
2016 Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi Eddie
Juvana 3: Perhitungan Terakhir Megat
2023 Jemputan Ke Neraka Norman
TBA Kod Musketeer Troll Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Lembuku Ben Dun TV1 Drama pertama
Puteri Malam Jambu TV9
Kisah Cinta Mamat TV3
Tanah Merah Inspektor Karim ntv7
2014 Ride Pajai TV9
Bila Hati Berbicara Badri Fathul TV3
2015 Hati Perempuan Daniel Idrus
Tersuka Tanpa Sengaja Dr Armand Astro Ria
Dilema Syafiq TVi
2016 Tika Langit Terbuka: Down Syndrome Salleh Astro Oasis
Tanah Kubur (Musim 15) Episod: "Habil, Qabil & Iblis"
Pengantinku Jatuh Dari Langit Arfy Qhairant Unifi TV
2017 Shhh... I Love You Naufal TV3
Hikayat Cinta Si Pematah Hati Daniel Elhan Astro Ria
Cinta Di Langit Cardiff Amri TV2
2018 Gantung The Series Troll Astro First Eksklusif
Monalisa Adam Hakim Astro Prima
Pencuri Cinta Kelas Satu Amar Firzal Astro Oasis
Raisha 2 Mikhail TV3
2019 Cerita Dalam Kain Shah Astro Prima Episod: "Isteriku Kekasih Datuk"
Sara Kirana Zahrin TV1
Tolong Aku Doktor Cinta Tajul TV2
Puteri Yang Ditukar Taufik Astro Prima
2021 Derita Untuk Bahagia Raif
Kuali Mentua Lauk Menantu Haikal TV2
2022 Tarik Aku Ke Syurga Kashaf TV3
Tunggu Dulu Cinta Kamal TV1
Tiada Maaf Buatmu Mohsin Astro Ria
2023 Gadis Muzikal Ben TV3
Cik Misi 123 Dr Aish Astro Ria
Ratu Lori Yusof TV Okey
2024 Malang Si Puteri Sulaiman Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Berkalung Rahmah Astro Oasis
2014 Qadr Hafreez Astro First Eksklusif
Seteguh Kasih Ibunda Rahman TV1
Kakak Cikgu Amar TV3
2015 5 Kali Cinta Azman
Talak Aril
Annyeong Aidilfitri Alfian TV1
Ini Jalan Kita Ariff TV AlHijrah
Abang Haji Husaini TV3
Jodoh Ke Uolls Daniel Idrus
Sayang Suria Rash
Pengantin Gila Jeff
2016 Isteriku Ms Sally Amar TV1
Tersuka Tanpa Sengaja Raya Dr Armand Astro Ria
2017 Seindah Takdir Habib TV1
2019 Cinta Cheese Cake Leleh Zarif TV2
Mereka Yang Terbuang Dani HyppTV
RM20000 Serba Dua Adam TV1
2020 Jodoh Lebaran Alif TV1
Istidraj Danish TV Okey
2022 Matahari Tak Bercahaya Amran TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2016 Zombie La La La Elvi Pasola

Video Klip[sunting | sunting sumber]

Tahun MV Penyanyi
2015 "Takkan Pergi" Hyper Act

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2017 Chor & Chah Hazli SME Corp Web
2018 KOPI: Kopi Julia Rashad Tonton

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan
Amanah Saham Nasional Berhad
Jobseek

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Bila Bujang Masuk Dapur (Musim 2) Artis jemputan TV9
MeleTOP Astro Ria bersama Amar Baharin dan Amyra Rosli
2016 Hot TV TV9
Sapa Terer: Episod 10 Astro Prima bersama Sharifah Zarina bersama Ryzal Jaafar, Azza Elite, Rahmad Mega, dan Elfaeza Ul Haq
2017 CCTV Astro Ria bersama Yaya Zahir dan Nabila Razali
MeleTOP bersama Nabila Razali
Perang Jantina: Episod 2 Peserta bersama Raja Afiq, Idris Khan, Radhi OAG (Team Lelaki/Team Sharnaaz Ahmad), Nadia Aqilah, Chacha Maembong, Azzarima dan Ara AF (Team Wanita/Team Siti Elizad)
2018 Fan Fanatik peserta episod 10, (Hafreez Hype FC) bersaing dengan Zoey Rahman (Zoey Rahman FC)
CCTV Artis jemputan bersama Zara Zya
#BawangLive bersama Emma Maembong, Sharifah Shahora dan Dato Jalaluddin Hassan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011/2012
Hero Remaja
Menang
2016
Anugerah MeleTOP Era ke–3
Artis Baharu MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Artis Baru Lelaki Popular Menang
2017
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Popular Pengantinku Jatuh Dari Langit Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hafreez Adam bergerak sendiri". Sinar Harian. 18 November 2016. Dicapai pada 13 Mei 2017.
  2. ^ Hafreez Adam betul-betul cintakan Zara Zya bukan nak buat gimik mSTAR Online (23 April 2018). Dicapai pada 11 Ogos 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (28 Jun 2015). "Hafreez tak pilih watak". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (11 November 2016). Hafreez Adam Lantik Kakak, Adik Urus Kerjaya mStar Online. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  5. ^ a b Kenneth Chaw (6 Jun 2018). "Actor Hafreez Adam wants to help you become more confident". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-21. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  6. ^ Ajami Hussain (17 Februari 2014). Qadr, kisah peluang kedua selepas kesakitan Astro Awani. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  7. ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
  8. ^ Nor Atieyah Yusoff (26 Jun 2014). Juvana 2: 'Kebebasan itu ada harganya' Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  9. ^ Zombie La La La janji hibur penonton Utusan Malaysia. 7 Februari 2016.
  10. ^ "Adaptasi drama Korea". New Sabah Times. 13 Mac 2018. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  11. ^ Penyatuan hati dalam Pencuri Cinta Kelas Satu Diarkibkan 2018-09-09 di Wayback Machine Kosmo! (8 Julai 2018). Dicapai pada 9 September 2018.
  12. ^ Faten Saphilla Isa (26 Ogos 2018). Raisha 2 lebih dramatik Diarkibkan 2019-01-19 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  13. ^ Fatin Farhana Ariffin (1 April 2018). "Hafreez ikhlas cintai Zara Zya". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  14. ^ Reel love turns into real love The Star Online (6 April 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  15. ^ Zaidi Mohamad (26 Februari 2017). "Hafreez nafi bercinta dengan adik Anzalna". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  16. ^ Norhayati Nordin (9 Mac 2018). "Silap saya tak berjabat tangan: Hafreez". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  17. ^ Ardini Sophia Sina (10 April 2016). "'Prinsip saya jaga hati keluarga'". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  18. ^ Zaidi Mohamad (15 Disember 2019). "Hafreez, Zara Zya putus tunang bulan lalu". Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]