Hati Perempuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hati Perempuan
GenreDrama
Cinta
konflik
Berdasarkan daripada
Hati Perempuan oleh Nur Ain Al-Abbas
Ditulis olehNur Ain Al-Abbas (novel)
Nieza Nahar (drama)
PengarahKas Roshan
Dibintangi oleh
Saharul Ridzwan
Mia Ahmad
Hafreez Adam
Hafeez Mikhail
Nadzmi Adhwa
Bella Nazari
Lagu pembukaan"Sampai Mati" oleh Hazama
Lagu penutup"Bunga Dhia" oleh Aiman Sidek
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
PenyuntingEddey Mat Napi
LokasiMalaysia
SinematografiMuhammad Mohd Rameli (Carlos)
Tempoh siaran44 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal30 Mac 2015 – 14 Mei 2015
Kronologi
MengikutiTeman Lelaki Upahan
Diikuti olehDia... Isteri Luar Biasa

Hati Perempuan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 yang diadaptasi daripada novel 2013 dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas terbitan Penulisan2u. Novel ini diadaptasikan ke layar TV oleh Creative Skill Solution dan ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada 30 Mac hingga 14 Mei 2015[1], menggantikan Teman Lelaki Upahan. Skrip ditulis oleh Nieza Nahar dan diarahkan oleh Kas Roshan, dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai teraju utama, serta Hafreez Adam dan Bella Nazari sebagai watak antagonis. Slogan drama ini ialah Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan mengenai Yuhanis, seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril, jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus. Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isteri melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam dan Daniel, bekas kekasihnya.

Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar sementara Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi (bapa kandung Tengku Zaril, Tengku Zarul dan Tengku Zaqif)
  • Noniswara sebagai Tengku Durahtul (ibu kandung Tengku Zaril, Tengku Zarul dan Tengku Zaqif)
  • Mustaqim Bahadon sebagai Syed Ammar (rakan baik Tengku Zaril)
  • Azlan Azman sebagai Nazim (orang suruhan Tengku Amalin)
  • Beego sebagai Umar (abang kedua Yuhanis)
  • Niena Baharun sebagai Maisara (rakan baik Yuhanis)
  • Azhar Sulaiman sebagai Tuan Izuddin (majikan Yuhanis)
  • Lia Asmizza sebagai Edrina (isteri Tengku Zaqif)
  • Hazwan Halim sebagai Jefry (pembantu peribadi Tengku Zaril)
  • Kuna Muzani sebagai Safiah (ibu kepada Yuhanis)
  • Ryiena Ismail sebagai Umairah (kakak kepada Yuhanis)
  • Khatijah Tan sebagai Puan Sri Khadijah (ibu kepada Daniel Idrus)
  • Aidil Aziz sebagai Nizam (Rakan sekerja Yuhanis, Jatuh cinta pada Yuhanis tetapi memendamkannya kerana Yuhanis mengangapnya sebagai rakan sekerja)

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Hati Perempuan: OST
Runut bunyi oleh
Pelbagai
Dilancarkan pada2015 (2015)
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Senarai lagu
No.TajukPenyanyiMasa
1."Sampai Mati"Hazama Azmi
2."Bunga Dhia"Aiman Sidek
3."Dulu Pernah Kau Kata"Zizi
4."Wanita Terindah"Phoema Band
5."Sakitnya Tuh Di Sini"Tustel
6."Takkan Pudar"Ernie Zakri


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hati Perempuan mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.
  2. ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
  3. ^ Marina Shabudin (5 April 2015). Pelakon kayu? Hati Perempuan terima kritikan Sinar Harian. Dicapai pada 19 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang
Sebelumnya Hati Perempuan Berikutnya
Teman Lelaki Upahan Dia… Isteri Luar Biasa