Budiman Mohd Zohdi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox politician | honorific-prefix = Yang Berhormat Tuan | name = Budiman Mohd Zohdi | honorific-suffix = MP, Dewan U...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:39, 25 Jun 2016


Budiman Mohd Zohdi

Budiman Zohdi ialah pengerusi SERANG
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sungai Besar, Selangor
Memegang jawatan
18 Jun 2016
Didahului olehNoriah Kasnon (BN-UMNO)
Majoriti9,191
Anggota Dewan Undangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Sungai Panjang
Memegang jawatan
5 May 2013
Didahului olehMohamed Khir Toyo (BN-UMNO)
Majoriti2,183
Butiran peribadi
Lahir (1972-03-11) 11 Mac 1972 (umur 52)
Sungai Besar, Selangor, Malaysia
PasanganNorma Aida Abdullah
Anak-anakAida Jasmin Kirana
PekerjaanAhli politik
Aktivis belia

Budiman Mohd Zohdi (lahir 11 Mac 1972) adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau adalah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, DUN Selangor dan juga Ahli Parlimen Sungai Besar, DUN Selangor yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama campuran dalam Barisan Nasional (BN).

Kehidupan peribadi

Budiman tinggal di Sungai Besar dengan isterinya Norma Aida Abdullah dan anak perempuan Aida Jasmin Kirana.

Pendidikan

Selepas menamatkan SPM; Sijil Pelajaran Malaysia, Budiman pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menamatkan pengajian dan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (1997). Selepas itu beliau pergi ke peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia dan lulus dengan ijazah sarjana dalam Komunikasi di dalam tahun 2003.

Pada tahun 1992 beliau menerima diploma daripada Politeknik di Kota Baru, Kelantan. Budiman juga mempunyai sijil program Neuro-linguistik dari berprestij NFNLP USA (Dr William Horton).

Kerjaya

Beliau bekerja dengan Telekom Malaysia sebagai Pengurus untuk latihan dan kualiti, di bawah Pasukan Kumpulan Perniagaan.[1]

Penglibatan NGO

Budiman adalah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu-isu orang muda di Selangor[2] dan memantau pentadbiran negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.[3] Mereka biasanya menganjurkan karnival, persembahan pentas dan puisi bacaan dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang muda untuk perjuangan mereka.[4]

Antara isu-isu yang dibawa ke hadapan oleh Budiman dan rakan-rakannya adalah pendidikan percuma yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.[5]

Anugerah dan penghargaan

Budiman telah dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN), pingat persekutuan yang diberikan kepada mereka yang aktif dalam organisasi bukan kerajaan.[6] Budiman juga menerima anugerah belia negara pada tahun 2011.

Keputusan Pilhan Raya

Dewan Undangan Negeri Selangor: N03 Sungai Panjang, Selangor[7][8]
Tahun Pembangkang Undian Pct Kerajaan Undian Pct Majoriti
2013 Budiman Mohd Zohdi (UMNO) 12,606 54.74% Mohd Fadzin bin Taslimin (PAS) 10,423 45.26% 2,183
Parlimen Malaysia: P93 Sungai Besar, Selangor[9]
Tahun Kerajaan Undian Pct Pembangkang Undian Pct Pembangkang Undian Pct Majoriti
2016 Budiman Mohd Zohdi (UMNO) 16,800 53.66% Abdul Rani Osman (PAS) 6,902 22.04% Azhar Abdul Shukor (PAN) 7,609 24.30% 9,191

Rujukan

  1. ^ http://www.tm.com.my/Pages/Home.aspx
  2. ^ BUDIMAN MOHD ZOHDI (8 June 2012). "Kekecewaan orang muda Selangor". Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang). Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 June 2016.
  3. ^ News. "PKNS comes under fire", The Star, 30 December 2012. Retrieved on 10 April 2013.
  4. ^ R. SITTAMPARAM. "Bangi all set for carnival", New Straits Times, 7 July 2012. Retrieved on 9 April 2013.
  5. ^ News. "Speakers sing ‘battle songs’ for BN’s victory", The Star, 2 December 2012. Retrieved on 10 April 2013.
  6. ^ News. "King's birthday honours list 2010", The Star, Kuala Lumpur. 6 June 2013. Retrieved on 10 April 2013.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ "2013 Malaysia General Election SELANGOR N03 Sg Panjang". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 5 June 2016. Keputusan hanya boleh didapati di Pilihan raya umum Malaysia 2013.
  9. ^ "Malaysia's Sungai Besar, Kuala Kangsar by-elections: Barisan Nasional sweeps to victory". The Straits Times. 18 June 2016. Dicapai pada 18 June 2016.