Sherie Merlis: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 17: Baris 17:


== Kehidupan keluarga ==
== Kehidupan keluarga ==
Dilahirkan di [[Sibu]], [[Sarawak]], Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainalabidin Tuanku Kassim dan Raden Aini Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunana Melayu dari Pontianak, [[Indonesia]] dan berketurunan Cina dari Yunnan, [[China]]. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.
Dilahirkan di [[Sibu]], [[Sarawak]], Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainalabidin Tuanku Kassim dan Raden Aini Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunan Melayu dari Pontianak, [[Indonesia]] dan berketurunan Cina dari Yunnan, [[China]]. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.


Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di [[Kuala Lumpur]].
Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di [[Kuala Lumpur]].

Semakan pada 04:27, 1 Ogos 2018

Sherie Merlis
Sherie pada 2006, semasa sesi fotografi bersama Utusan Malaysia.
Kelahiran
Sharifah Saadah Wan Zainal

(1972-10-23) 23 Oktober 1972 (umur 51)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1989–kini
PasanganTengku Shafiz Rullah As Syafiee (2012–kini)
Ibu bapaWan Zainalabidin Tuanku Kassim
Raden Aini Raden Kasron
AnugerahPelakon Pembantu Wanita Terbaik
2012 Di Telapak Kaki Bonda

Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal (lahir 23 Oktober 1972) adalah seorang pelakon wanita Malaysia yang pernah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia[perlu rujukan], Anugerah Skrin dan Asian Film Award[perlu rujukan]. Dia merupakan anak perempuan pada pasangan Wan Zainalabidin Tuanku Kassim dan Raden Aini Raden Kasron. Dia menceburi bidang lakonannya pada tahun 1989. Pada tahun 2012, dia berkahwin dengan penerbit muzik Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash. Hasil perkahwinan mereka,dua orang cahaya mata telah dikurniakan iaitu Tengku Kaseh Anaqah, lahir pada 1 Julai 2012 dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, lahir pada 21 Januari 2014.[1]

Kehidupan keluarga

Dilahirkan di Sibu, Sarawak, Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainalabidin Tuanku Kassim dan Raden Aini Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunan Melayu dari Pontianak, Indonesia dan berketurunan Cina dari Yunnan, China. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.

Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di Kuala Lumpur.

Filmografi

Judul Tahun
Part-Time 1989
Leftenan Adnan 2000
Janin 2010
Chow Kit 2011
Aku Pilih Kamu 2012
Pintu Neraka 2014

Telefilem

Judul Tahun
Mat Despatch 1997
Daun Di Musim Luruh
Sejadah Terakhir
Teratai Layu Di Tasik Madu
Kamelia
Diari Dewi
Perempuan Atau Wanita
Kau Dan Aku 2009
Warkah Terakhir: Rosli Dhobi 2009
Di Telapak Kaki Bonda 2011
Geng Surau 2011
Cita & Cinta 2011
Cinta Stroberi & Coklat 2011
Karlos 2012
Perempuan Neraka 2012
Bila Kucing Menangis 2012
Sebelum Lima Perkara 2012
Sebelum Kiamat 2012
Resepi 2013
Sehangat Dakapan Mama 2014
Jangan Kafankan Dia 2014
Malaikat Tersembunyi 2014
Boria Raya 2014
30 Hari Puasa 2014

DVD

Judul Tahun
Dee & Moon 2006
Hantu Janet 2005

Pencapaian

  • Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama Di Telapak Kaki Bonda arahan Kabir Bhatia.[2]


Rujukan

Pautan luar