Baddrol Bakhtiar: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 4: | Baris 4: | ||
|image = [[http://www.sports247.my/v1/wp-content/uploads/2017/12/ABK-2017-BAdrol-Bakhtiar.jpg]] |
|image = [[http://www.sports247.my/v1/wp-content/uploads/2017/12/ABK-2017-BAdrol-Bakhtiar.jpg]] |
||
|caption = Baddrol Bakhtiaar (kiri) dengan [[Norhafiz Zamani Misbah]] (Kanan) |
|caption = Baddrol Bakhtiaar (kiri) dengan [[Norhafiz Zamani Misbah]] (Kanan) |
||
|birth_date = {{birth date and age| |
|birth_date = {{birth date and age|1998|02|1}} |
||
| birth_place = [[Kedah]], [[Malaysia]] |
| birth_place = [[Kedah]], [[Malaysia]] |
||
| height = {{convert|1.77|m|ftin|0|abbr=on}} |
| height = {{convert|1.77|m|ftin|0|abbr=on}} |
||
Baris 31: | Baris 31: | ||
}} |
}} |
||
'''Baddrol Bakhtiar''' (lahir pada 1 Februari, |
'''Baddrol Bakhtiar''' (lahir pada 1 Februari, 1998 di [[Kedah]] dibesarkan di [[Sungai Petani]]) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama [[Kedah FA|Kedah]] di [[Liga Super Malaysia]]. Dia diletakkan sebagai Pengatur Serangan [[(Playmaker)]] sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan sayap kiri. |
||
== Kerjaya == |
== Kerjaya == |
Semakan pada 09:39, 13 Julai 2019
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Baddrol bin Bakhtiar | ||
Tarikh lahir | 1 Februari 1998 | ||
Tempat lahir | Kedah, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 10 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2006 | Piala Presiden Kedah FA | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2005 – | Kedah | 296 | (113) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2005–2007 | Malaysia B-20 | 12 | (12) |
2008–2011 | Malaysia B-23 | 21 | (8) |
2009– | Malaysia | 43 | (6) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 07 September 2016 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 07 September 2016 |
Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1998 di Kedah dibesarkan di Sungai Petani) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia diletakkan sebagai Pengatur Serangan (Playmaker) sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan sayap kiri.
Kerjaya
Penglibatan awal
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.
Kedah
Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.
Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.
Bawah 20 Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.
Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.Beliau menjadi kapten Malaysia B-23 sepanjang tahun 2011.Brliau menjadi wira malaysia apabila menjuarai sukan sea 2011
Peluang ke Stamford Bridge
Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.
Keturunan
Baddrol dilahirkan di Kedah tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Mandailing. Bapanya bertugas sebagai askar dan pernah berkhidmat di Sabah dan terakhir di Sungai Petani dan seterusnya menetap di Sungai Petani.
Gol-gol antarabangsa
# | Tarikh | Tempat | Lawan | Jaringan | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | November 18, 2009 | Stadium Nasional Bukit Jalil | Uzbekistan | 1–3 (K) | Kelayakan Piala Asia 2011 | |
2. | February 27, 2010 | Stadium Nasional Bukit Jalil | Yaman | 1–0 (M) | Perlawanan persahabatan | |
3. | June 18, 2011 | Stadium Sultan Mohammed Ke IV | Myanmar | 2–0 (M) | Perlawanan persahabatan |
Gol-gol bawah 23 tahun
# | Tarikh | Tempat | Lawan | Jaringan | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 9 November 2011 | Stadium Gelora Bung Karno | Thailand | 2–1 (M) | Sukan SEA 2011 | |
2. | 13 November 2011 | Stadium Gelora Bung Karno | Kemboja | 4–1 (M) | Sukan SEA 2011 | |
3. | 13 November 2011 | Stadium Gelora Bung Karno | Kemboja | 4–1 (M) | Sukan SEA 2011 |