Mohd Khyril Muhymeen Zambri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Khyril Muhymeen Zambri
Fail:Khyril Muhymeen Zambri.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohammad Khyril Muhymeen bin Zambri
Tarikh lahir (1987-05-09) 9 Mei 1987 (umur 30)
Tempat lahir Alor Star, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.67 m (5 ka 5+1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Kedah FA
Nombor 18
Kerjaya remaja
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2005–2014 Kedah FA 112 (62)
2015 Negeri Sembilan FA
Pasukan kebangsaan
2004–2006 Malaysia U-20 19 (3)
2006–2009 Malaysia U-23 17 (2)
2007– Malaysia 30 (5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 4 Ogos 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 4 Ogos 2014

Mohd Khyril Muhymeen Zambri (lahir 9 Mei 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi untuk pasukan NS Matrix sebagai penyerang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Khyril merupakan seorang pemain muda berbakat yang dimiliki Kedah. Bakatnya mula terserlah ketika bersama pasukan bawah 21 tahun Kedah. Dia mula mendapat tempat bersama kesebelasan utama Kedah pada musim 2005/06. Sejak itu, gandingannya bersama Marlon Alex James mendatangkan gerun kepada lawan. Khyril yang bergandingan bersama Marlon Alex James membawa Kedah muncul selaku juara Liga Super Malaysia, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia dua musim berturut-turut. Pada musim 2007/08, Khyril dianugerahkan selaku Pemain Tengah Popular.[1]

Khyril juga mewakili Malaysia pada beberapa kejohanan utama. Antaranya Piala Belia Asia 2006 di India dimana Khyril menjadi satu-satunya penjaring Malaysia pada kejohanan tersebut. Khidmatnya kemudian ditagih oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia, Norizan Bakar pada Sukan Asia 2006.

Pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007, Khyril disenaraikan bersama pasukan utama Malaysia.[2] Pada kejohanan ini jugalah detik pahit terpaksa dilaluinya apabila sepakan penalti yang diambilnya berjaya diselamatkan penjaga gol Singapura Lionel Lewis sekaligus meranapkan harapan Malaysia untuk ke perlawanan akhir. Selepas itu, dia terus menjadi sandaran pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dimana dia menjaringkan gol ketika bertemu Jepun.

Pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007, Khyril telah membantu Malaysia menjadi juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Khyril turut mewakili Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2007. Pada kejohanan ini Malaysia gagal membawa pulang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1991.

Khyril menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Statistik Kelab Liga Piala Piala Liga Benua Keseluruhan
Musim Kelab Liga Gol Gol Gol Gol Gol
Malaysia Liga Piala Malaysia Piala FA Malaysia Piala AFC Keseluruhan
2005 Kedah FA Liga Perdana Malaysia 3 1 0 - 4
2005/06 2 1 0 - 3
2006/07 Liga Super Malaysia 4 0 1 - 5
2007/08 4 7 5 0 16
2009 1 1
Keseluruhan Malaysia 14 9 6 0 29

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 10 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Pakistan 4-1 Menang Persahabatan
2. 20 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia  Nepal 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
3. 20 November 2012 Kuala Lumpur, Malaysia  Bangladesh 1–1 Menang Persahabatan
4. 28 November 2012 Kuala Lumpur, Malaysia  Laos 4-1 Menang Piala Suzuki AFF 2012
5. 22 Mac 2013 Shah Alam, Malaysia  Yaman 2-1 Menang Kelayakan Piala Asia AFC 2015

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]