Stadium Nasional Bukit Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Stadium Nasional Bukit Jalil
ستاديوم ناسيونال بوکيت جليل
Bukit Jalil National Stadium-26.jpg
LokasiBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
transit awam SP17  Stesen LRT Bukit Jalil
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia
OperatorBandaraya Sukan Kuala Lumpur
Kapasiti87,411[1]
Saiz Padang105 oleh 68 m (344 oleh 223 ka)
PermukaanPadang rumput
Papan MarkahPanel LED dari Sony
Pembinaan
Dibina1 Januari 1995; 26 tahun yang lalu (1995-01-01)
Dibuka11 Julai 1998; 23 tahun yang lalu (1998-07-11)
Diubahsuai1 Januari 1998; 23 tahun yang lalu (1998-01-01)
Julai 2017; 4 tahun yang lalu (2017-07)
Diperluas1 Januari 1998; 23 tahun yang lalu (1998-01-01)
Kos pembinaanRM800 juta[2]
ArkitekArkitek FAA
Weidleplan Consulting Gmbh
Schlaich Bergermann Partner
Populous (2017 renovasi)
Kontraktor utamaKumpulan UEM
Malaysian Resources Corporation Berhad (2017 renovasi)
Penyewa
Persatuan Bola Sepak Malaysia

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton. Memenangi anugerah stadium terbaik di dunia pada tahun 2018 selepas diubah suai untuk menganjurkan Sukan SEA 2017.[3]

Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah sukan pasa tahun tersebut. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.

Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.

100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.

Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.

Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.

Penyanyi Kesayangan Negara Siti Nurhaliza Binti Tarudin adalah satu-satunya anak seni yang pernah melakukan konsert di Stadium Nasional. Beliau telah melakukan konsert di Stadium Nasional pada Ogos, Tahun 2004. Merupakan konsert terbesar Nasional apabila menghimpunkan hampir 100 000 penonton.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.worldstadiumdatabase.com/bukit-jalil-national-stadium-stadium-kuala-lumpur-in-malaysia.htm
  2. ^ "Bukit Jalil National Stadium - Malaysia | Football Tripper". Football Tripper (dalam bahasa Inggeris). 12 July 2014. Dicapai pada 26 August 2017.
  3. ^ www.worldstadiums.com (Stadium Bukit Jalil)