S.League: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 37: | Baris 37: | ||
* {{Flag icon|Singapore}} [[Young Lions (pasukan bola sepak singapura)|Courts Young Lions]] |
* {{Flag icon|Singapore}} [[Young Lions (pasukan bola sepak singapura)|Courts Young Lions]] |
||
* {{Flag icon|Singapore}} [[Geylang United FC]] |
* {{Flag icon|Singapore}} [[Geylang United FC]] |
||
* {{Flagicon|Malaysia}} [[Harimau Muda A|Harimau Muda]] |
|||
* {{Flag icon|Singapore}} [[Home United FC]] |
* {{Flag icon|Singapore}} [[Home United FC]] |
||
* {{Flag icon|Singapore}} [[Hougang United FC]] |
* {{Flag icon|Singapore}} [[Hougang United FC]] |
Semakan pada 14:37, 3 Januari 2020
Negara | Singapura Malaysia Brunei Jepun |
---|---|
Konfederasi | AFC (Asia) |
Ditubuhkan | 1996 |
Musim pertama | 1996 |
Bilangan pasukan | 10 |
Aras | Tahap 1 |
Piala domestik | Piala Singapura Piala Liga Singapura Piala Sumbangsih Singapura |
Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara AFC Piala AFC |
Juara semasa | Warriors (9 gelaran) (2014) |
Kejuaraan terbanyak | Warriors (9 gelaran) |
Rakan TV | StarHub TV STAR Sports |
Tapak sesawang | SLeague.com |
S.League 2015 |
S.League adalah liga bola sepak professional lelaki tertinggi di Singapura. Liga ini dilancarkan pada tahun 1996 dan pada masa ini melibatkan 13 kelab.
Sejarah
Pertandingan ini telah dilangsungkan di Singapura semenjak 1904; ia telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura.[1] Pada tahun 1952, ia telah digantikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura.[1] Liga ini telah dimainkan sebagai Liga Perdana FAS dari tahun 1988 hingga 1995. Persediaan untuk mencipta satu liga baru telah bermula pada tahun 1995 dengan musim permulaan dimainkan pada tahun 1996.[2]
Format terkini
Liga ini dimainkan dengan format tiga kali pertandingan giliran, bermakna setiap pasukan berjumpa pasukan lain tiga kali. Pada akhir musim johan liga dimahkotakan dan tempat terakhir akan diturunkan ke Liga Bola Sepak Kebangsaan Divisyen 1. Pemecah seri di dalam kedudukan adalah di dalam turutan menurun: Mata, perbezaan gol, jaringan gol, bilangan kemenangan (satu di dalam semua perlawanan), jika masih lagi terikat pemecah seri akan digunakan di dalam perlawanan di antara pasukan yang terikat, jika masih terikat, rekod bermain baik (fair play) yang lebih baik dan akhirnya seri akan menentukan kedudukan terakhir.
Kelab-kelab
Sejumlah 21 kelab sudah bermain di dalam S.League penubuhannya di dalam 1995 sehingga termasuklah musim 2011. 13 kelab berikut sedang bertanding di dalam musim S.League 2012.
Kelab-kelab terkini
- Albirex Niigata FC (Singapura)
- Balestier Khalsa FC
- DPMM FC
- Courts Young Lions
- Geylang United FC
- Home United FC
- Hougang United FC
- Singapore Armed Forces FC
- Tampines Rovers FC
- Tanjong Pagar United FC
- Woodlands Wellington FC
Kelab-kelab lalu
- Beijing Guoan Talent Singapore FC
- Dalian Shide Siwu FC
- Etoile FC
- Gombak United FC
- Jurong FC
- Liaoning Guangyuan FC
- Sembawang Rangers FC
- Sinchi FC
- Sporting Afrique FC
- Super Reds FC
Juara lalu
S.League telah menyaksikan lima kelab memenangi kejuaraan sejak penubuhannya. Warriors FC (sebelum ini SAF FC) memegang gelaran yang paling banyak dengan sembilan kali. Pada tahun 2010, Etoile FC menjadi pasukan asing pertama yang memenangi pertandingan.[3]
* Musim sulung S.League telah berpecah kepada dua siri. Para pemenang setiap siri disiapkan dalam Kejohanan play-off di mana Geylang United mengalahkan Singapore Armed Forces untuk merangkul gelaran S.League pertama.
Pemain-Pemain
Penjaring terbanyak
Penjaring terbanyak adalah:[perlu rujukan]
Musim | Nama | Kelab | Gol |
---|---|---|---|
1996 | Eres Jure | Singapore Armed Forces FC | 29 |
1997 | Goran Paulic | Balestier Khalsa FC | |
1998 | Stuart Young | Home United FC | 15 |
1999 | Mirko Grabovac | Singapore Armed Forces FC | 23 |
2000 | Mirko Grabovac | Singapore Armed Forces FC | 19 |
2001 | Mirko Grabovac | Singapore Armed Forces FC | 42 |
2002 | Mirko Grabovac | Singapore Armed Forces FC | 36 |
2003 | Peres de Oliveira | Home United | 37 |
2004 | Egmar Goncalves | Home United | 30 |
2005 | Mirko Grabovac | Tampines Rovers | 26 |
2006 | Laakkad Abdelhadi | Woodlands Wellington FC | 15 |
2007 | Aleksandar Đurić | Singapore Armed Forces FC | 37 |
2008 | Aleksandar Đurić | Singapore Armed Forces FC | 28 |
2009 | Aleksandar Đurić | Singapore Armed Forces FC | 28 |
2010 | Frédéric Mendy | Etoile FC | 21 |
2011 | Mislav Karoglan | Singapore Armed Forces FC | 33 |
Lihat juga
Notakaki
- ^ a b "Singapore - List of Champions". RSSSF.
- ^ "History of S.League's creation". sleague.com. Dicapai pada 1 August 2011.
- ^ "S.League overview". S.League. Dicapai pada 6 March 2014.