Mr. Hijab: Perbezaan antara semakan
Pengemasan. |
Kemaskini. |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{kelayakan}} |
|||
{{Infobox TV |
{{Infobox TV |
||
| name = Mr. Hijab |
| name = Mr. Hijab |
||
Baris 9: | Baris 8: | ||
| opentheme = |
| opentheme = |
||
| company = Rumah Karya Citra |
| company = Rumah Karya Citra |
||
| country = |
| country = [[Malaysia]] |
||
| language = [[Bahasa Melayu|Melayu]] |
| language = [[Bahasa Melayu|Melayu]] |
||
| runtime = 20 minit |
| runtime = 20 minit |
||
Baris 16: | Baris 15: | ||
| first_aired = 17 Oktober 2017 |
| first_aired = 17 Oktober 2017 |
||
| last_aired = 20 November 2017 |
| last_aired = 20 November 2017 |
||
| preceded_by = [[Tauke Jamu]] |
| preceded_by = ''[[Tauke Jamu]]'' |
||
| followed_by = |
| followed_by = |
||
}} |
}} |
||
'''''Mr. Hijab''''' ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh [[Nabila Huda]] dan [[Sharnaaz Ahmad]]. Siri ini memulakan tayangan perdana di [[Slot Iris]] [[TV3]] dari 17 Oktober 2017 hingga 20 November 2017 menggantikan ''[[Isteri-Isteri Ayah]]''. |
|||
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran [[YouTube]] rasmi TV3.<ref>{{cite AV media|url=https://www.youtube.com/playlist?list=PL0UciNZgGMlNr5haicQpX4u1K5OGtnWmC|title=Mr. Hijab (2017): Episod Penuh|publisher=TV3|website=[[YouTube]]|accessdate=23 September 2019}}</ref> |
|||
== Sinopsis == |
== Sinopsis == |
||
Baris 40: | Baris 43: | ||
*''[[Fadilah Mansor]]'' |
*''[[Fadilah Mansor]]'' |
||
*''[[Nadiyah Shahab]]'' |
*''[[Nadiyah Shahab]]'' |
||
==Rujukan== |
|||
{{reflist}} |
|||
[[Kategori:Drama Melayu 2017]] |
[[Kategori:Drama Melayu 2017]] |
Semakan pada 03:58, 15 Mac 2020
Mr. Hijab | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Komedi |
Pengarah | Zafizam Zahir |
Dibintangi oleh | Sharnaaz Ahmad Nabila Huda Shiqin Kamal Hafiz Hamidun Wan Sharmila Didie Alias Fadilah Mansor |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 17 Oktober 2017 – 20 November 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Tauke Jamu |
Mr. Hijab ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Nabila Huda dan Sharnaaz Ahmad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 17 Oktober 2017 hingga 20 November 2017 menggantikan Isteri-Isteri Ayah.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]
Sinopsis
Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda). Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun).
Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya. Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya.
Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman. Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yang remeh temeh. Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi. Sementara itu, Rem yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira.
Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya. Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai.
Rem mengatur strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu. Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem
Pelakon
- Sharnaaz Ahmad sebagai Rem
- Nabila Huda sebagai Fazira
- Wan Sharmila sebagai Luna
- Shiqin Kamal sebagai Bienda
- Didie Alias sebagai Datin Lela
- Hafiz Hamidun sebagai Syamiel
- Fadilah Mansor
- Nadiyah Shahab
Rujukan
- ^ Mr. Hijab (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 23 September 2019.