Wan Sharmila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wan Sharmila
Wan Sharmila.jpg
KelahiranWan Sharmila binti Wan Muhamed
(1981-10-12) 12 Oktober 1981 (umur 37)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2005–kini
PasanganFazli Bahrom (k. 2007; c. 2009)
KeluargaWan Maimunah (ibu saudara)

Wan Sharmila binti Wan Muhamed (lahir 12 Oktober 1981) atau lebih dikenali sebagai Wan Sharmila (Jawi: وان شرميل) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan telah berlakon dalam beberapa drama, telefilem dan filem.[2][3]

Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Emil Emilda (2007), Kisah Kaisara (2008-09), Tari Tirana (2009), Debunga Lalang (2013) dan Kusinero Cinta (2014).[4] Selain itu, Sharmila juga terkenal dengan peranan lakonan filem termasuk Raya Tak Jadi! (2011) dan Bisikan Syaitan (2013). Beliau juga pernah memenangi "Anugerah Shine Pantene" pada Anugerah Skrin 2008.[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wan Sharmila dilahirkan pada 12 Oktober 1981 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pasangan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz dan Raidah Abdul Aziz. Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sharmila memulakan kerjaya awalnya sebagai model majalah dan pernah berkhidmat sebagai kerani di syarikat guaman di kampung halamannya.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mewarisi bakat lakonan daripada ibu saudaranya, pelakon veteran terkenal Wan Maimunah,[7] Wan Sharmila, lebih mesra dengan panggilan Lala memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak pembantu dalam drama komedi Emil Emilda pada 2007. Beliau juga berlakon bersama Sari Yanti dalam sitkom Kisah Kaisara arahan Aziz M. Osman. Pada 2008, beliau menjayakan watak sebagai Tasya dalam Sindarela. Beliau menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah menerusi drama tarian Tari Tirana yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[8]

Dalam tahun 2010, Sharmila berlakon dalam tiga telefilem—Ngompol, Teh O Ais Limau dan Santau Keramat. Penampilan pertama beliau di layar lebar ialah pada 2011 menerusi filem Raya Tak Jadi arahan Abdul Razak Mohaideen. Beliau memegang watak sebagai Syamim dalam drama Kashaf Imani di Astro Ria.[9]

Beliau berlakon bersama Nabila Huda dan Fizz Fairuz dalam filem seram thriler, Bisikan Syaitan arahan Faizul A. Rashid, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Kamalia, filem mengisahkan tentang kehidupa pasangan suami isteri, Soraya dan Kamil yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.[10] Pada 2013 juga, Sharmila berlakon dalam drama Debunga Lalang bersama pelakon yang terlibat termasuk Noorkhiriah dan Zul Ariffin.[11][12]

Dari 26 Mei hingga 27 Oktober 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina.[13] Beliau kemudian berlakon dalam drama Ariana Rose lakonan Fathia Latiff dan Keith Foo, adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Sharmila menjayakan watak Linda, adik angkat Ariana Rose.[14][15]

Sharmila memegang watak sebagai Betty dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[16][17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.[18] Beliau kemudiannya menyatakan bahawa 9 tahun bergelar janda cukup memadai buatnya, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: “Setakat ini belum ada mana-mana lelaki berjaya mengetuk pintu hati saya. Diikutkan saya selalu berdoa agar dipercepatkan jodoh. Sebenarnya ramai cuba mendekati tetapi mereka tidak kena dengan kriteria yang dikehendaki oleh saya. Saya mahu lelaki yang boleh memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap diri saya. Jika ada individu mempunyai ciri-ciri begini pasti saya pilih,"[19][20]

Beliau mempunyai hobi berkuda.[21] Ibu beliau, Raidah Abd Aziz meninggal dunia pada 5 Julai 2015.[22] Sharmila menjalani pembedahan pada tulang belakang pada Julai 2017.[23]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Sari Yanti.[24]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2011 Raya Tak Jadi Faridah A. Razak Mohaideen Filem pertama
2013 Bisikan Syaitan Kamalia Faizul A. Rashid
2015 Romeo Kota Dato' Aaron Aziz
2016 Mat Moto Otai Ahmad Idham

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Emil Emilda TV3
2008 Bujang Antik Zura TV1
Sutun Kembali Lagi Astro Ria
Rona Roni Makaroni Jess
Sindarela Tasya TV3
Kisah Kaisara Musim 2 Amy
2009 Tari Tirana Tirana
2010 Tipah Vavavoom Tipah
2011 Kashaf Imani Shamim Astro Ria
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Astro Ria Episod: "Lelaki Bukan Muhrim"
Apa Celop! Marsha TV3
Nora Elena Yvonne
Seindah Sakura
Rock Kapak Astro Warna
Merah Puteh TV9
Spy M Astro Prima
2013 Debunga Lalang Khatijah TV3
Menantu Mak Uteh
Gadis Syampu
2014 Kusinero Cinta Dr. Riana Astro Mustika HD
Ariana Rose Linda TV3
2015 Tuan Anas Mikael Kay Astro Ria
2016 Cinta Si Wedding Planner Dina TV3
Suami Tanpa Cinta Rosalinda Astro Ria
7 Hari Mencintaiku Sophie TV3
2017 Sayang Papa Saya Tak Azyan Astro Ria
Jejak Karmila Karmila (remaja) TV3
Kayuhan Cinta TV2
Isteri-Isteri Ayah Farah TV3
Mr. Hijab Luna TV3
Dekatkan Jarak Kita Riana TV3
2018 Abang Lori Ohsem Lufia Hypp Sensasi
Cinta Tiada Ganti Betty Astro Maya HD
Semerah Cinta Humairah Camelia TV3
Bahagia Bukan Bidaan Murni TV3
2019 Senafas Rindu Athirah Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Sutun 2 Astro Ria
2008 Rebab Tak Bertali
2010 Ngompol
Teh O Ais Limau
Santau Keramat Kartika Astro Ria
2011 Jangan Hantar Aku Ke Neraka TV9
Boona Boonie
Dendam Maya Rita
2013 Menanti Hari Itu
2014 Najwa Najiha
2015 Bawalah Aku Pulang
Isteriku Bukan Tukang Masak
2016 Tercipta Untukku
Ketupat Terakhir
Tuan Anas Mikhael: 5 Hari Beraya Kay Astro Ria
Hajat
2018 Arah Lain Ke Syurga
Syurga Kecil Kami Farah TV1
3 Qul Malisa TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Klik Klik Asean[25] Artis jemputan TV1
2017 Apa Nak Makan Ni ? TV3 Bersama Raja Afiq
2018 Sepahtu Reunion Live Astro Citra Sitkom
2019 Senang Terhibur TV3 bersama Ungku Hariz & Megat Rahim (3 Mac)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2008 Anugerah Skrin 2008 Anugerah Shine Pantene Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ruhaya Abd. Hamid (1 Oktober 2018). Jual karya, bakat Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Oktober 2018.
  2. ^ Wan Sharmila dengan imej baru, rambut kriting Dicapai pada 14 April 2010.
  3. ^ Peminat mendoakan Wan Sharmila terus berhijab Kosmo! (23 Ogos 2015). Dicapai pada 1 September 2015.
  4. ^ Najiy Jefri (10 Oktober 2018). Lala warnai karakter Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2018.
  5. ^ Wan Sharmila tari sampai kulit kaki terkopek dalam 'Tari Tirana' mStar Online (19 Ogos 2009). Diperoleh pada 20 Ogos 2009.
  6. ^ Biodata Wan Sharmila Azhan.co (4 Januari 2017). Dicapai pada 4 Januari 2017.
  7. ^ Wan Sharmila selesa sederhana Kosmo! (19 Julai 2018). Dicapai pada 29 September 2018.
  8. ^ Drama siri tarian pertama di TV3, "Tari Tirana" mSTAR Online (23 Ogos 2009). Diperoleh pada 28 Oktober 2014.
  9. ^ Kashaf Imani lakonan hebat Beto Kusyairy dan Sharifah Amani Sensasi Selebriti (17 Januari 2011). Diperoleh pada 4 Oktober 2011.
  10. ^ Khairul Amri Hassan (2 Mei 2013). "Perjanjian durjana dengan syaitan". Kosmo!. Dicapai 16 Mei 2018. 
  11. ^ Debunga Lalang mengundang tangis Utusan Malaysia. Diperoleh pada 10 Oktober 2014.
  12. ^ Konflik keluarga rencah utama Debunga Lalang Media Hiburan. Diperoleh pada 10 Oktober 2014.
  13. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai 15 Julai 2014. 
  14. ^ "Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton". Sinar Harian. 18 Februari 2014. Dicapai 25 April 2017. 
  15. ^ Budiey (19 Disember 2013). "Drama Bersiri Ariana Rose di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai 25 April 2017. 
  16. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  17. ^ Ramlah Zainal (14 Mei 2018). Impi watak gadis bisu Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  18. ^ Wan Sharmila Fobia Kahwin Semula mStar Online (21 Jun 2011). Diperoleh pada 22 Jun 2011.
  19. ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 Mei 2018). Dah 9 tahun menjanda, ok saja Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  20. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (21 Februari 2017). Wan Sharmila sunyi tanpa lelaki Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2017.
  21. ^ Aini Nawawi (26 Mac 2017). Dunia berkuda Wan Sharmila Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Mac 2017.
  22. ^ Michelle Gun (16 Januari 2017). Wan Sharmila kesunyian Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  23. ^ Zaidi Mohamad (10 Julai 2017). Wan Sharmila jalani pembedahan tulang belakang Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2017.
  24. ^ Izwan Mohd Isa (23 Julai 2015). Wan Sharmila, Sari Yanti berkongsi rasa Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2015.
  25. ^ Biodata Profil Wan Sharmila buzzera. Diperoleh pada 25 Disember 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]