Mr. Hijab: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Pengemasan.
Baris 16: Baris 16:
| last_aired = 20 November 2017
| last_aired = 20 November 2017
| preceded_by = ''[[Tauke Jamu]]''
| preceded_by = ''[[Tauke Jamu]]''
| followed_by =
| followed_by = ''[[Bilo Nogori Jumpo Kelate]]''
}}
}}


Baris 35: Baris 35:


== Pelakon ==
== Pelakon ==

*''[[Sharnaaz Ahmad]]'' sebagai '''Rem'''
===Pelakon utama===
*''[[Nabila Huda]]'' sebagai '''Fazira'''
* [[Sharnaaz Ahmad]] sebagai Rem
* [[Nabila Huda]] sebagai Fazira

===Pelakon utama===
*''[[Wan Sharmila]]'' sebagai '''Luna'''
*''[[Wan Sharmila]]'' sebagai '''Luna'''
*''[[Shiqin Kamal]]'' sebagai '''Bienda'''
*''[[Shiqin Kamal]]'' sebagai '''Bienda'''

Semakan pada 04:32, 15 Mac 2020

Mr. Hijab
GenreDrama
Cinta
Komedi
PengarahZafizam Zahir
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Nabila Huda
Shiqin Kamal
Hafiz Hamidun
Wan Sharmila
Didie Alias
Fadilah Mansor
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal17 Oktober 2017 – 20 November 2017
Kronologi
MengikutiTauke Jamu
Diikuti olehBilo Nogori Jumpo Kelate

Mr. Hijab ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Nabila Huda dan Sharnaaz Ahmad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 17 Oktober 2017 hingga 20 November 2017 menggantikan Isteri-Isteri Ayah.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

Sinopsis

Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda). Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun).

Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya. Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya.

Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman. Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yang remeh temeh. Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi. Sementara itu, Rem yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira.

Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya. Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai.

Rem mengatur strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu. Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon utama

Rujukan

  1. ^ Mr. Hijab (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 23 September 2019.