Sungai Kızılırmak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Kızılırmak River"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 10:21, 5 April 2020

Kızılırmak
Halis
Kızılırmak di Avanos
Peta legeh Kızılırmak
Lokasi
NegaraTurki
BandarSivas, Kırşehir, Kırıkkale
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiİmranlı, Wilayah Sivas
 • koordinat39°48′N 38°18′E / 39.800°N 38.300°E / 39.800; 38.300
 • ketinggian2,000 m (6,600 ka)
MuaraLaut Hitam 
 • lokasi
Bafra, Wilayah Samsun
 • koordinat
41°44′04″N 35°57′23″E / 41.73444°N 35.95639°E / 41.73444; 35.95639Koordinat: 41°44′04″N 35°57′23″E / 41.73444°N 35.95639°E / 41.73444; 35.95639
 • ketinggian
0 m (0 ka)
Panjang1,355 km (842 bt)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Devrez, Sungai Gök
 • kananSungai Delice
Nama rasmi
Delta Kizilirmak
Ditetapkan15 April 1998 [1]
geographical position of Kızılırmak

Sungai Kızılırmak (Jawi: كزلرماك; sebutan Za'ba: kĕzĕlĕrmak; sebutan Turki: [kɯzɯɫɯɾmak], bermaksud "Sungai Merah" dalam bahasa Turki), juga digelar Sungai Halis (Bahasa Yunani Kuno: Ἅλυς), ialah sungai terpanjang di Turki. Ia digunakan sebagai sumber kuasa hidroelektrik dan tidak digunakan sebagai pandu arah

Geografi

Sungai Kızılırmak mengalir sepanjang 1,355 kilometer (842 bt).[2] Hulunya berada di Anatolia Timur pada 39°48′N 38°18′E / 39.8°N 38.3°E / 39.8; 38.3 dan mengalir ke barat dan barat daya hingga ke 38°42′N 34°48′E / 38.7°N 34.8°E / 38.7; 34.8, kemudian membuat bentuk melengkung, dipanggil "selekoh Halis", mengalir pertama ke barat kemudian ke barat laut, melepasi timur laut Tasik Tuz. Kemudian ia menghala ke utara dan timur laut, di mana ia bergabung dengan cawang sungai besarnya, Sungai Delice (juga dipanggil dengan nama Yunaninya Kappadoks) pada 40°28′N 34°08′E / 40.47°N 34.14°E / 40.47; 34.14, dan setelah membengkang-bengkok ia menghala ke barat laut ke kuala bersama Sungai Devrez pada 41°06′N 34°25′E / 41.10°N 34.42°E / 41.10; 34.42, dan kembali ke timur laut, bersatu dengan Gökırmak dan terus masuk delta ke Laut Hitam pada 41°43′N 35°57′E / 41.72°N 35.95°E / 41.72; 35.95. Beberapa empangan di sungai tersebut ialah Boyabat, Altınkaya dan Derbent.

Sejarah

Bangsa Hit memanggil sungai tersebut Maraššantiya/Marasyantia. Ia merupakan sempadan barat Hatti, pusat induk kerajaan Hit.[perlu rujukan]

Sebelum penaklukan Anatolia oleh puak Rom, Kızılırmak merupakan sempadan negeri semula jadi di pertengahan Asia Kecil, pertama antara kerajaan Lydia dan Empayar Parsi, kemudian antara kerajaan Pontus dan Kerajaan Kappadokia. Pada abad pertama SM, Vespasian menggabungkan beberapa wilayah, termasuklah Kappadokia, untuk menghasilkan sebuah wilayah yang lebih besar; sempadan timurnya ditandakan dengan Sungai Furat. Wilayah ini berpisah semula semasa pemerintahan Traianus—wilayah baharu Kappadokia yang dibatasi Sungai Furat di timur mempunyai juga Pontus dan Armenia Kecil. Kızılırmak dianggap sebagai sungai biasa dan tidak dijadikan sempadan negeri lagi. Pada 130-an, seorang wizurai Kappadokia menulis: "pada zaman dahulu Sungai Halis ialah sempadan antara kerajaan Kroisos dan Empayar Parsi; sekarang ia mengalir di bawah pemerintahan Rom."[3]

Sebagai tapak Pertempuran Kızılırmak atau Pertempuran Gerhana pada 28 Mei 585 SM,[4] ia dijadikan sempadan antara Lydia di barat dan Medes di timur sehinggalah Kroisos dari Lydia menyeberanginya untuk menyerang Cyrus Agung pada tahun 547 SM. Beliau ditewaskan dan sempadan Parsi berkembang ke Laut Aegia.

Pertanian

Air sungai digunakan untuk menanam padi dan di sesetengah kawasan terdapat kerbau.

Dalam budaya popular

Manga sejarah cereka Red River dinamakan sempena dan bertempat di lembangan Kızılırmak, pada zaman kerajaan Hit.

Rujukan

  1. ^ "Ramsar List". Ramsar.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2013. Dicapai pada 13 April 2013.
  2. ^ Turkish Statistical Institute (2011). "Land and Climate". Turkey in Statistics 2011: The Summary of Turkey’s Statistical Yearbook, 2011. m/s. 2.
  3. ^ Dam, Raymond Van (2002-08-30). Kingdom of Snow: Roman Rule and Greek Culture in Cappadocia. University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-3681-1.
  4. ^ Mengikut sejarah ia dikenali sebagai Pertempuran Halis; ia dinamakan semula kepada Pertempuran Gerhana, sempena pertempuran pramoden pertama yang dapat ditarikhkan dengan gerhana yang menyebabkan pertempuran berhenti secara tiba-tiba.

Pautan luar