Wikipedia:Calon rencana pilihan/Mei 2020: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '150px|left|Allayarham A. B. Ibrahim bersama lukisannya pada sekitar 1960-an. '''A. B. Ibrahim''' ialah seorang pelukis...'
 
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Gambar_A.B._Ibrahim.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Sealle
 
Baris 1: Baris 1:
[[Fail:Gambar_A.B._Ibrahim.jpg|150px|left|Allayarham A. B. Ibrahim bersama lukisannya pada sekitar 1960-an.]]
'''[[A. B. Ibrahim]]''' ialah seorang pelukis [[Malaysia]] berbangsa [[Melayu]] tanpa ada kelulusan akedemik tetapi tetap berjuang dengan hasil usahanya. Lukisan [[cat air]] beliau terkenal kerana kecantikan permandangan yang digambarkan. Beliau mencipta nama di peringkat antarabangsa, kira-kira 20,000 lukisanya telah dibawa ke luar negara antaranya ialah [[Australia]], [[Itali]], [[London]], [[Jerman]], [[Denmark]], [[Britain]], [[Amerika Syarikat]], [[Singapura]], [[Jepun]], [[Belanda]], [[Switzerland]], [[Qatar]], [[Hong Kong]], [[Perancis]].

Semakan semasa pada 12:23, 8 Mei 2020

A. B. Ibrahim ialah seorang pelukis Malaysia berbangsa Melayu tanpa ada kelulusan akedemik tetapi tetap berjuang dengan hasil usahanya. Lukisan cat air beliau terkenal kerana kecantikan permandangan yang digambarkan. Beliau mencipta nama di peringkat antarabangsa, kira-kira 20,000 lukisanya telah dibawa ke luar negara antaranya ialah Australia, Itali, London, Jerman, Denmark, Britain, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Belanda, Switzerland, Qatar, Hong Kong, Perancis.

Beliau menubuhkan sebuah kedai bernama Warna Art Studio bersama A. J. Rahman pada 1946. Pada mulanya mereka menyediakan perkhidmatan membuat iklan, poster, papan kenyataan berbentuk grafik dan lukisan cat air sebagai sampingan. Sambutan agak menggalakkan dan pegawai-pegawai British mengumpul lukisan untuk dibawa balik ke Eropah. Kejayaan kedai mereka telah menubuhkan Tiga Serangkai yang terdiri daripada A. B. Ibrahim, A. J. Rahman & Saidin Yahaya lalu mengharumkan nama mereka di serata dunia dengan lukisan-lukisan mereka. Dengan kejayaan ini menjadikan beliau pelukis pertama di Malaysia yang bergantung hidup hanya kepada melukis. Selepas Tiga Serangkai berpecah dengan hal masing-masing, beliau membina sebuah rumah dan menjadikannya sebagai studio lukisannya dan mendapat gelaran "Mass Production" kerana bertapa banyaknya hasil lukisan yang sama disiapkan dan ditandatangannya. (Rencana penuh...)