Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 20: Baris 20:

== Kehidupan ==
== Kehidupan ==
Tengku Abdul Aziz diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan yang ke-12, Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Almarhum Raja Dewa Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Nik Ali. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.<ref>https://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm Butiran Tengku Abdul Aziz</ref>
Tengku Abdul Aziz diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan yang ke-12, Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Almarhum Raja Dewa Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Nik Ali. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.<ref>https://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm Butiran Tengku Abdul Aziz</ref>

Pada 22 Januari 1960, Tengku Abdul Aziz berkahwin dengan Dato' Tengku Merjan iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan yang ke-27, Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Beliau telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu YBM Tengku Tan Sri Dato' Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan), YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz, YM Tengku Mohamad Rizal bin Tengku Abdul Aziz dan YM Datuk Tengku Mohamad Ridzman bin Tengku Abdul Aziz.

Semakan pada 08:59, 7 Oktober 2020

Yang Berhormat Mulia

Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah
Tengku Sri Utama Raja
Butiran peribadi
Lahir(1933-09-10)10 September 1933
Kota Bharu, Kelantan, Malaya British
Meninggal dunia20 September 2020(2020-09-20) (umur 87)
Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganTengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra
Anak-anakTengku Mohamad Rizam
Tengku Ramizan
Tengku Mohamad Rizal
Tengku Mohamad Ridzman
Ibu bapaTengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin (Ayahanda)
Nik Zainab binti Nik Ali (Bonda)
SaudaraTengku Azizah (kekanda)
Tengku Zain (kekanda)
Tengku Maziah (kekanda)
Tengku Razaleigh (adinda)
Tengku Robert (adinda)
HubunganTengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (anakanda saudara/biras)
PekerjaanDuta Besar

Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III ialah Tengku Sri Utama Raja dan juga bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN). Beliau merupakan kekanda kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah.[1]

Kehidupan

Tengku Abdul Aziz diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan yang ke-12, Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Almarhum Raja Dewa Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Nik Ali. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.[2]

Pada 22 Januari 1960, Tengku Abdul Aziz berkahwin dengan Dato' Tengku Merjan iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan yang ke-27, Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Beliau telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu YBM Tengku Tan Sri Dato' Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan), YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz, YM Tengku Mohamad Rizal bin Tengku Abdul Aziz dan YM Datuk Tengku Mohamad Ridzman bin Tengku Abdul Aziz.

Tengku Abdul Aziz telah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 1975 hingga 1978 dan Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 1978 hingga 1982.

Atas jasa bakti dan kesetiaan Tengku Abdul Aziz kepada KDYMM Sultan Kelantan dan negara Malaysia, beliau telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (DK) dan Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK).

Dipecat YDP MPN

Pada 26 Mac 2010, Tengku Abdul Aziz dipecat dari jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN). Sebelum ini beliau didakwa dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan oleh Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra.[3]

Titah pemecatan itu dikeluarkan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra yang merupakan Pemangku Raja Kelantan. Tengku Abdul Aziz diganti oleh Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim. Titah dibaca oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan berkuat kuasa serta-merta selepas satu mesyuarat tertutup oleh ahli-ahli MPN di kediaman rasmi Tengku Muhammad Faris di Istana Telipot.

Tengku Abdul Halim merupakan Tengku Laksamana Kelantan juga bapa saudara kepada Sultan Ismail Petra.

Punca pertikaian

Punca krisis istana Kelantan 2010 ialah apabila Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2010 selepas Tuanku Ismail Petra gering. Mengikut salasilah waris, Tengku Muhammad Faris Petra lebih layak kerana merupakan anakanda sulung Sultan Kelantan.

Kekecohan berlaku apabila Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan titah Tuanku Ismail Petra bahawa Tengku Muhammad Faris dilucutkan dan digantikan dengan Tengku Abdul Aziz. Anehnya, titah itu dibacakan di kediaman rasmi Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian ketika Tengku Muhammad Faris berada di Singapura melawat ayahandanya, Tuanku Ismail Petra. Namun Istana Kelantan menyangkal pelucutan Tengku Faris Petra.

Datuk Wan Hashim Wan Daud juga mengumumkan semua sambutan sempena hari keputeraan baginda Sultan Kelantan pada 30 Mac 2010 dibatalkan. Selepas laporan polis, Wan Hashim ditahan oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia di kediamannya di Taman Seri Aman, Kota Bharu.[3]

Bagaimanapun, Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias berkata perlucutan kedudukan Tengku Muhamad Faris Petra adalah tidak sah kerana tidak mewakili keputusan MPN. Kata beliau, Perkara 11 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.[4]

Kemangkatan

Tengku Abdul Aziz telah mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada jam 2.37 pagi, 20 September 2020. Jenazah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan.[5]

Rujukan