Tengku Abdul Halim ibni al-Marhum Sultan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Abdul Halim ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan
Tengku Laksamana Kelantan
Tempoh9 Julai 1960 – kini
Didahului olehTengku Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Pengerusi Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan
Tempoh26 Mac 2010 – kini
Didahului olehTengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah
KeputeraanTengku Abdul Halim
(1943-09-13) 13 September 1943 (umur 75)
Kota Bharu, Kelantan, Malaya British (kini Malaysia)
PasanganYang Amat Mulia Tengku Puan Laksamana Kelantan Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Anakanda
  • YM Tengku Ariez Hazaril
  • YM Tengku Adyl Hazraque
  • YM Tengku Ariesa Helanie
Nama penuh
Tengku Abdul Halim al-haj ibni Almarhum Sultan Ibrahim
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaSultan Ibrahim Petra
BondaCik Safiah
AgamaIslam Sunni

Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ibrahim merupakan Tengku Laksamana Kelantan dan Pengerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN). Yang Berhormat Mulia ialah nenda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Halim diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 13 September 1943. Tengku Laksamana merupakan anakanda kepada Sultan Kelantan ke-26, Sultan Ibrahim Petra dan Cik Safiah. Tengku Abdul Halim mendapat pendidikan awal di Victoria Institution, Kuala Lumpur.[1]

Tengku Abdul Halim dilantik sebagai Tengku Laksamana Kelantan pada 9 Julai 1960 menggantikan kekandanya, Tengku Iskandar Shah.

Pada 15 Mei 1970, Tengku Abdul Halim berkahwin dengan Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan, anakanda kepada Raja Perlis ke-6, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah. Tengku Laksamana dikurniakan dengan dua orang putera dan seorang puteri.

Pengerusi Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Halim telah dilantik sebagai Pengerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah pada 26 Mac 2010.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Abdul Halim
Jata negeri Kelantan
Gaya panggilan Yang Berhormat Mulia
Gaya pertuturan Yang Berhormat Mulia
Gaya pilihan Tengku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 13 September 1943 – 20 Jun 1944: Yang Mulia Tengku Abdul Halim ibni Tengku Ibrahim
  • 20 Jun 1944 – 9 Julai 1960: Yang Amat Mulia Tengku Abdul Halim ibni Sultan Ibrahim
  • 9 Julai 1960 – kini: Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim al-haj ibni Almarhum Sultan Ibrahim
  • Jawi: يڠ برحرمت موليا تڠکو لقسامان کلنتن تڠکو عبد الحليم ابن المرحوم سلطان ابراهيم

Penganugerahan Kurniaan Darjah[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Halim telah dianugerahkan:

Kurniaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK)
  • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) (SJMK) mambawa gelaran Dato'

Kurniaan Perlis[sunting | sunting sumber]

  • MY-PERL Order of the Gallant Prince Syed Sirajuddin Jamalullail - Knight Commander - DSPJ.svg Darjah Dato’ Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ, 1998) membawa gelaran Dato'[3]

Isterinya, Sharifah Azwan telah dianugerahkan:

Kurniaan Perlis[sunting | sunting sumber]

  • Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (SSPJ, 1996) membawa gelaran Dato' Seri Diraja

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tengku Abdul Halim ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Kerabat diraja Kelantan
Tarikh keputeraan: 13 September 1943
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tengku Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Tengku Laksamana Kelantan
1960
Pemegang jawatan kini