Majalah 3: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit |
||
Baris 69: | Baris 69: | ||
==Pautan luar== |
==Pautan luar== |
||
* {{Facebook|Majalah3TV3}} |
|||
*[http://www.tv3.com.my/shows/lifestyle/MAJALAH_3_2010.html Maklumat Majalah 3 di portal rasmi TV3] |
|||
* {{Instagram|majalah_3}} |
|||
*[http://www.tonton.com.my Siaran ulangan (video streaming) dokumentari Majalah 3] |
|||
[[Kategori:Rancangan TV3]] |
[[Kategori:Rancangan TV3]] |
Semakan pada 19:57, 6 November 2020
Majalah 3 | |
---|---|
Genre | Dokumentari majalah |
Dibangunkan oleh | Unit Berita & Hal Ehwal Semasa TV3 |
Penggubah lagu tema | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Penerbitan | |
Lokasi | Sri Pentas |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 1987-kini |
Majalah Tiga (lebih dikenali dengan ejaan Majalah 3) merupakan siri dokumentari popular Malaysia yang ditayangkan di stesen TV3. Ia disiarkan untuk tontonan umum setiap jam 9:00 pm setiap Sabtu. Rancangan dokumentari ini sungguh unik kerana kandungan fakta dan penjelasannya adalah mudah difahami, padat dan mesra penonton selain penonton dari kalangan warganegara Malaysia mudah untuk menyesuaikan dengan maklumat yang dipaparkan.
Majalah Tiga mula diasaskan pada tahun 1987 sekaligus merupakan rancangan dokumentari terbitan TV3 yang pertama dan tertua di stesen televisyen tersebut. Setiap tahun Majalah Tiga telah berjaya menarik 3 juta penonton dari seluruh negara bagi menontonnya pada setiap hari Sabtu malam. Pelbagai topik dan paparan berstruktur segar dan mudah difahami yang diketengahkan dan dijelaskan dengan terang, antara topik berkisar tentang alam semulajadi, budaya, isu masyarakat, sains, teknologi, inovasi, automotif dan lain-lain.
Tahun-tahun kebelakangan ini, Majalah Tiga dilihat lebih memberi fokus kepada isu berkaitan kesengsaraan masyarakat akibat tragedi peperangan, kesempitan hidup akibat dibelenggu kemiskinan dan bencana alam. Sebagai contoh ia memaparkan tentang hak kebebasan dan perjuangan masyarakat dunia bagi masalah penindasan masyarakat Palestin dan usaha yang dilakukan oleh masyarakat dunia dan negara jiran seperti Jordan, Lubnan dan Syria. Ia juga memaparkan tentang budaya dan cara hidup masyarakat di China, Thailand, Pakistan, Sudan dan lain-lain lagi. Rancangan ini dilihat berkait rapat dengan sebuah rancangan terbitan TV3 yang lain seperti Bersamamu; sebuah program realiti televisyen yang memaparkan kesengsaraan dan kemiskinan tegar serta kesusahan mengharungi hidup akibat beberapa masalah seperti kemiskinan, kurang upaya, dan masalah kesihatan. Serta mengambil langkah membantu melalui sumbangan dan dana umum oleh rakyat dan kerajaan yang prihatin.
Pengacara
- Wan Zaleha Radzi
- Nor Azlina Redzuan
- Norzie Pak Wan Chek
- Nurul Syuhada Ain
- Irin Putri Azmi
- Nurul Fariha On
Anugerah dan pencapaian
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Rancangan Dokumentari Terbaik | Menang |