Omar Rojik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 49: Baris 49:
Beliau meninggal dunia pada 4 April 1997 ketika berusia 71 tahun akibat sakit kejang otot.<ref>"Pelakon dan pengarah veteran Omar Rojik meninggal dunia", ''[[Berita Harian]]'', 5 April 1997.</ref>
Beliau meninggal dunia pada 4 April 1997 ketika berusia 71 tahun akibat sakit kejang otot.<ref>"Pelakon dan pengarah veteran Omar Rojik meninggal dunia", ''[[Berita Harian]]'', 5 April 1997.</ref>


==Anugerah==
==AnugerahKematian==
{| class="wikitable"
{| class="wikitable"
!Tahun
!Tahun

Semakan pada 23:25, 21 Jun 2021

Omar Rojik
Omar Rojik pada tahun 1980an.
Kelahiran
Omar bin Ali

(1925-11-23)23 November 1925
Meninggal dunia4 April 1997(1997-04-04) (umur 71)
Sebab kematianSakit kejang otot
PekerjaanPelakon, pengarah filem
Tahun aktif1951-1983
MajikanMalay Film Productions Ltd
Merdeka Film Productions
Sabah Film Productions
Kampung asalSeberang Perak, Kedah
PasanganNorsiati
Anak-anak4
Ibu bapaRaonah Senapi (ibu)
Ali Ibrahim (bapa)

Omar Rojik (lahir Omar Ali; 23 November 1925 - 4 April 1997) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Singapura dan Malaya semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Biografi

Beliau berasal dari Kedah dan dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang Perak, Alor Star dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga. Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja memperbaiki enjin kapal terbang semasa pendudukan Jepun. Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah berhijrah ke Singapura di mana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah mendapatkan nya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions Ltd (MFP). Dari situlah beliau mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar[1].

Omar Rojik juga berbakat dalam bidang penulisan dan merupakan penulis cerita asal bagi filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat dan Semerah Padi. [2]

Kehidupan Peribadi dan kematiaan

Omar Rojik berkahwin dengan pelakon Norsiah yang berasal dari Butterworth dan mempunyai 4 orang anak.

Beliau meninggal dunia pada 4 April 1997 ketika berusia 71 tahun akibat sakit kejang otot.[3]

Anugerah

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1955
Festival Filem Malaysia
Insan Aktor Terbaik Menang

Filemografi

Sebagai pelakon

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1951 Rayuan Sukma
Manusia
1952 Anjuran Nasib Pembantu Haji Salleh
1954 Panggilan Pulau Kapten
1955 Insan Omar
1957 Mogok
Sarjan Hassan Ketua Kempeitai
1958 Matahari Captain Nakamura
1963 Nasib Si Labu Labi Pengadil Ratu Kebaya 4 Kemunculan khas

Sebagai pengarah

Tahun Tajuk
1960 Sumpah Wanita
Pertarongan
1961 Panji Semerang
1963 Kasih Tanpa Sayang
Pilih Menantu
1964 Siapa Besar
1965 Sayang Si Buta
Takdir
1966 Dahaga
Aksi Kucing
1967 A Go Go 67
1969 Keranda Jingga
Lanang Sejagat
1970 Tuah Badan
1971 Durjana
1973 Satria
1974 Anak Setan
1978 Gila-Gila
1980 Si Luncai
1983 Mat Salleh Pahlawan Sabah

Sebagai penulis

Tahun Tajuk Catatan
1956 Semerah Padi Cerita asal
1959 Dandan Setia Lakon layar
Batu Belah Batu Bertangkup Lakon layar
1960 Antara Dua Darjat Cerita dan lakon layar
Megat Terawis Lakon layar
1970 Dr. Rushdi Cerita asal

Drama

Rujukan

  1. ^ Anak-Anak Kedah:Omar Rojik Kedah.com
  2. ^ Seniman Omar Rojik dalam Kenangan
  3. ^ "Pelakon dan pengarah veteran Omar Rojik meninggal dunia", Berita Harian, 5 April 1997.

Pautan luar