Filem Tuah Badan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tuah Badan
PengarahOmar Rojik
PenerbitMerdeka Film Productions
Dibintangi olehEd Osmera, Sarimah, Ismail Mahmud, Umi Kalthum
SinematografiHitam-putih
Disunting olehJohari Ibrahim
Mula ditayangkan
1970
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Tuah Badan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1970. Filem Tuah Badan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Tuah Badan diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Seniman Omar Rojik.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Latifah, atau nama asalnya Noraini (Sarimah) yang dijaga oleh keluarga angkatnya. Selepas kematian kedua dua orang tua angkatnya, dia dijaga oleh kakak angkatnya (Umi Kalthum) dan suaminya (Ed Osmera). Kehidupan Latifah sering diganggu oleh abang ipar angkatnya sehingga menyebabkan dia diusir dari rumahnya. Selepas diusir, Latifah tiada arah tujuan dan dia sekali lagi ingin dirogol oleh 2 orang lelaki yang berpura pura ingin menolongnya di tepi jalan. Latifah berjaya melarikan diri dari cubaan rogol tersebut sehingga dia telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pemandu dan penumpang (seorang hartawan) tersebut telah menyelamatkan nyawa Latifah. Setelah Latifah tersedar dari pengsannya dia mendapati dirinya di hospital. Disisinya ada seorang lelaki tua, encik Halim, yang menjelaskan perkara sebenarnya kepada Latifah. Latifah telah dipujuk untuk tinggal bersamanya di kota. Latifah disayangi oleh hartawan tersebut kerana wajahnya mirip bekas wajah isterinya yang curang dan telah melarikan diri dengan kekasih barunya disebabkan kesibukkan dirinya dalam dunia perniagaan. Latifah tinggal bersama hartawan tersebut.

Manakala kakaknya telah diperdaya oleh suaminya yang berpakat dengan ketua kampung (Noor Jinn) dengan semua barang kemasnya perlu dilabur untuk menghasilkan lebih banyak duit. Selepas mengaut keuntungan barulah dia akan pulang ke kampung semula. Isterinya terpengaruh jua. Selepas berjaya melarikan dari kampung, dia telah terlibat dalam sindiket perniagaan batu permata tiruan dan dia juga telah diperdayakan oleh ketua sindiket tersebut sehinggakan dia rugi ribuan ringgit. Akibat stress, dia telah membunuh kekasih gelapnya dan hal ini telah diketahui oleh geng sindiket tersebut. Dia telah diugut untuk menyerahkan RM 40 ribu agar rahsianya tidak dibongkar kepada pihak polis. Salah seorang dari mereka juga telah dibunuh. Dia lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, Rashid (Ismail Mahmud) dan rakannya, Zainal (Hussein Abu Hassan) telah diundang oleh hartawan ke rumahnya untuk mengambil gambarnya. Tiba tiba, Rashid telah terserempak dengan Latifah yang juga berada di dalam rumah tersebut. Rashid telah salah faham dan bertengkar kerana cemburu dengan menyangkakan Latifah telah menjadi perempuan simpanan hartawan tersebut. Selepas dijelaskan oleh Latifah barulah Rashid mulai faham dan menjalinkan semula perhubungan mereka. Latifah sebenarnya tinggal bersama orang gaji hartawan tersebut dan mereka memang tidak menjalinkan hubungan sulit. Dia hanya termakan budi sahaja dan disebabkan tiada tempat berteduh, dia memilih jalan tersebut.

Apakah kesudahan kisah tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.filemkita.com/filem/t/tuah_badan_01.html