P-3 Orion: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 85: Baris 85:


; Peristiwa Pulau Hainan
; Peristiwa Pulau Hainan

Pada April [[2001]] perlanggaran udara antara [[EP-3E Aries II]] milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-3C [[ELINT|versi pemantau isyarat]] dengan [[Shenyang J-8|pejuang J-8IIM]] ,ilik Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat mengakibatkan peristiwa antara bangsa antara Amerika dan China. Pesawat J-8IIM terhempas dan juruterbangnya terbunuh. EP-3 membuat [[pendaratan cermas]] di [[Hainan]], dan kakitangannya ditahan oleh pihak berkuasa China.

;Pakistan




==Spesifikasi (P-3C Orion)==
==Spesifikasi (P-3C Orion)==

Semakan pada 12:31, 1 Julai 2008

P-3 Orion
U.S. Navy P-3C Orion assigned to VP-22
Peranan Maritime patrol aircraft
Negara pengeluar United States
Pengeluar Lockheed
Penerbangan sulung 25 November 1959
Mula digunakan 1962
Status Active
Pengguna utama United States Navy
Japan Maritime Self-Defense Force
Royal Australian Air Force
Republic of Korea Navy
Jumlah dibina Lockheed – 650,
Kawasaki – 107,
Total – 757
Kos seunit USD$36 million (FY1987)
Dibangunkan dari Lockheed L-188 Electra
Kelainan CP-140 Aurora
WP-3D Orion
EP-3E Aries II

Lockheed P-3 Orion merupakan pesawat peronda maritim yang digunakan oleh banyak pasukan tentera diserata dunia, terutamanya bagi rondaan maritim, peninjauan(reconnaissance), dan perang anti-kapal selam.

Pembangunan

P-3 Orion, pada asalnya dinamakan P3V, berasaskan falsafah reka bentuk yang sama dengan Lockheed L-188 Electra. Secara struktur ia bukanlah pesawat yang sama. Ia memiliki tujuh kaki fisilej It had seven feet of fuselage removed from forward the wings, termasuk pelbagai peningkatan teknik pengeluaran rangka, dalaman dan luaran. Ia berkhidmat sebagai pengganti bagi era selepas perangP-2 Neptune. Orion memiliki empat turboprop Allison T56 yang memberikannya kepantasan setanding dengan pejuang berkuasa kipas pantas, malah juga jet turbofan perlahan seperti A-10. Banyak negara lain melihat nilai bagi reka bentuk pelantar ini dan membangunkan pesawat peronda yang sama berasaskan model ini, dengan Soviets menyesuaikan saingan mereka kepada Orion. P-3 turut bersaing dengan adaptasi de Havilland Comet Hawker Siddeley Nimrod British dan Perancis dengan Breguet Atlantique.

Versi keluaran pertama, dinamakan P3V-1, pertama terbang pada 15 April 1961, tetapi ketika penghantaran pertama dilakukan pada 1962, sistem reka bentuk gabungan menjadikannya sebagai P-3. Skim warna bertukar dari biru sepenuhnya selepas perang, kepada putih dan kelabu 1960-an, dan pada 1980-an kelabu sukar dilihat.

Sepanjang tempoh lebih dari 40 variasi tempur dan bukan tempur telah dibangunkan kerana ketahanan yang ditunjukkan sebagai lebih 12 jam pelantar terbang dengan misi 200 kaki AGL atas air masih dan masih mengekalkan rekod keselamatan yang cermerlang. Versi juga dibangunkan bagi NOAA untuk penyelidikan dan memburu hurikan/memusnahkan dinding, Kastam bagi misi pintasan dadah, NASA bagi pembangunan dan penyelidikan. CIA mempunyai beberapa darinya bagi pemantauan udara, dan penghantaran agen/leaflet. Pemantauan udara dengan kubah-berputar disesuaikan dari E-2 Hawkeye. Tentera Laut Amerika Syarikat P-3 dicadangkan bagi penggantian antara 2010–2013 odengan P-8 Poseidon, berasaskan pesawat awam Boeing 737.

Rekabentuk

P-3A dari VP-49 dalam warna biru/putih asal
Bahagian bawah menunjukkan pengesan kelainan magnet (Magnetic anomaly detector - MAD) (tiang belakang) dan pelancar (sonobuoy) (petak titik hitam di belakang)
Allison T56-A-14 prop

P-3 memiliki ruang bom dalaman di bawah badan hadapan yang mampu mengisi senjata biasa dan/nuklear khas, termasuk stesyen bawah sayap, atau pylon, yang mampu membawa pelbagai tatarajah persenjataan berlainan termasuk AGM-84 Harpoon, AGM-65 Maverick, torpedo Mark 50, torpedo Mark 46, peluru berpandu AGM-12 Bullpup serangan permukaan tepat, 5 inci (12.7cm) roket Zuni, dan pelbagai jenis periuk api lain, peluru berpandu, dan bom graviti.

Jumlah krew dalam perkhidmatan Amerika Syarikat

Sepuluh hingga dua belas kakitangan.

  1. Komander Pesawat Peronda (Patrol Plane Commander - PPC")
  2. Juruterbang kedua (Co-pilot - 2P")
  3. Juruterbang ketiga ("3P")
  4. Jurutera penerbangan (Flight Engineer - FE)
  5. Jurutera penerbangan Kedua ('Second Flight Engineer - 2FE)
  6. Penyelaras Taktikal ( Tactical Coordinator - TACCO)
  7. Pandu arah/perhubungan (Navigator/Communicator - NAV/COM)
  8. Pengendali Deria Akustik 1 - (Acoustic Sensor Operator 1 - Sensor 1)
  9. Pengendali Deria Akustik 2 - (Acoustic Sensor Operator 2 - Sensor 2)
  10. Pengendali Deria Bukan Akustik, Radar MAD (Non-acoustic Sensor Operator, Radar/MAD - Sensor 3)
  11. Juruteknik penerbangan (In-flight Technician - IFT)
  12. Ordnanceman (ORD) – tidak lagi dugunakan; peranannya digantikan oleh IFT

Semasa misi latihan atau taktikal, pegawai aeronautikal krew penerbangan kanan sering kali dinamakan (designated ) sebagai Komander Misi (Mission Commander - MC). Samaada PPC atau TACCO akan dinamakan sebagai MC.

Semasa misi latihan atau taktikal, pegawai aeronautikal krew penerbangan kanan sering kali dinamakan (designated ) sebagai Komander Misi (Mission Commander - MC). Samaada PPC atau TACCO akan dinamakan sebagai MC.

P-3 tempur, sungguhpun tidak semestinya sama, berkongsi kebanyakan ciri-ciri asas. Sistem sonar, dan aktif dengan komputer sokongan, pemproses akoustik, dan perakam. Kebanyakan sonobuoy boleh ditembak dari tiub muatan luar (P-3C dan seterusnya) atau dari dalam badan kedalam air di bawah. Apabila buoy memasuki air, jujukan transduser dihidupkan dan bunyi dalam air akan dipancar oleh buoy ke pada stesyen pengendali penderia akoustik dalam pesawat. Pengendali bukan akoustik (sensor 3) mengendali radar, langkah sokongan eletronik, infra merah & turet optik, dan 'penyengat' panjang di ekor yang menempatkan pengesan luar biasa magnet (magnetic anomaly detector - MAD), dan tingkap convex bagi pemantauan. Kesemua data ini dianalisa oleh Pengendali Sistem Perperangan Udara (Aviation Warfare Systems Operators - AW, pengendali penderia) untuk memastikan hubungan, atau jenis hubungan, keadaan, orentasi spatial, vektor. Mereka juga mengendalikan sesetengah jenis perhubungan. Kesemua data ini dihantar kepada Penyelaras Taktikal (Tactical Coordinator - TACCO).

Pengendali lain mempunyai jumlah krew berlainan di pesawat, bergantung kepada jenis perkakasan yang dipasang dan peranan pesawat. Sebagai contoh, pesawat Tentera Udara DiRaja Australia tidak memiliki Ordnancemen, dengan peranan tersebut dipenuhi oleh ahli tambahan lain dari sebarang kategori. Juga, pesawat RAAF beroperasi dengan pengendali ESM (Sensor 4), Sensor Employment Manager (SEM) dan Jurutera Penerbangan kedua (tanpa juruteknik semasa penerbangan)

Penutupan enjin semasa berlegar

Dalam kebanyakan misi, satu enjin dipadamkan (biasanya enjin 1 - enjin port luar) apabila di stesyen bagi menjimat minyak dan meningkatkan tempoh terbang (dan jarak apabila pada paras rendah). Kadang kala, kedua enjin luar boleh ditutup, bergantung kepada berat pesawat, cuaca, dan baki bahan api. Misi rondaan sempadan jauh boleh memakan masa sehingga sepuluh jam dan mungkin termasuk kakitangan tambahan. Rekod bagi P-3 adalah penerbangan 21.5 jam oleh Skuardon No. 5 Pasukan Udara DiRaja New Zealand pada 1972.

Enjin 1 adalah calon utama bagi di tutup semasa berlegar kerana ia satu-satunya enjin tanpa generator dan tidak diperlukan bagi menjana kuasa. Menghapuskan ekzos dari enjin 1 turut meningkatkan jarak penglihatan pada bahagian port pesawat.

Sejarah operasi

P-3B jenis VP-6 berhampiran Hawaii
US P-3C Orion jenis VP-8
EP-3E Aries II, 2006

Dibangunkan semasa Perang Dingin, misi utama P-3 adalah bagi menjejak dan menghapuskan kapal selam balistik dan kapal selam penyerang pantas sekiranya berlaku perang. Misi pemantauan dalam kawasan antarabangsa mendorong kepada kejadian di mana pejuang Soviet akan "melaga" P-3. Dalam satu kejadian pada 1980-an, MIG dan juruterbangnya tidak terselamat "berlaga" semasa cuba menghalau P-3 merakamkan gambar latihan armada Soviet. P-3 kehilangan lebih 10 kaki dari sayapnya dalam perlanggaran itu. P-3 tersebut menamatkan misinya dan pulang ke pengkalan.

Krisis Peluru berpandu Cuba

Pada Oktober 1962 P-3 terbang beberapa rondaan pengadangan.

Vietnam
Operasi Masa Pasar (Market Time)

Pada 1964 P-3 memulakan beberapa versi misi. Rondaan persisiran bagi menghalang bekalan bahan kepada Viet Cong melalui laut. Laluan darat bagi beberapa misi. Dalam satu kes sebiji peluru artileri menembusi P-3 tanpa melumpuhkan keupayaan misinya. Semasa penerbangan melalui misi daratan ia dikatakan sebuah pesawat P-3 ditembak jatuh oleh MIG dengan peluru berpandu Zuni.

Iraq
Desert Shield / Desert Storm

2 Ogos 1990 Iraq menceroboh Kuwait. Dalam tempoh empat puluh lapan jam pencerobohan asal Kuwait, pesawat P-3 merupakan pasukan Amerika pertama tiba. Salah satu yang P-3 yang tiba merupakan prototaip yang dikenali sebagai “Outlaw Hunter”. “Outlaw Hunter” sedang menjalani ujian di Pasifik selepas dimajukan oleh Pemerintah Sistem Perperangan Laut dan Udara Laut (Navy’s Space & Naval Warfare Systems Command). Ia sednag menguji OTH-T (pakej sistem pensasar lampau kaki langit - over the horizon targeting system package) ketika dihantar. Dalam tempoh beberapa jam permulaan kempen udara coalition, “Outlaw Hunter” mengesan sejumlah besar bot peronda Iraq dan kapal tentera laut cuba menyeberangi dari Basra & Umm Qasar ke perairan Iran. “Outlaw Hunter” memusat unsur penyerang yang menyerang pasukan tersebut berhampiran Pulau Bubiyan memusnahkan 11 kapal dan merosakkan berpuluh yang lain. Semasa Perisai Gurun (Desert Shield) sebuah P-3 menggunakan pengimej infra mengesan sebuah kapal dengan lambang Iraq di bawah lambang Mesir yang baru di cat, cuba mengelak dari dikesan. Beberapa hari sebelum 7 Januari 1991 Ribut Gurun (Desert Storm) sebuah P-3 ISAR melaksanakan pemantauan persisiran sepanjang sempadan Iraq dan Kuwait bagi memberikan pemantauan sebelum serangan ke atas kemudahan tentera. Lima puluh lima dari seratus lapan kapal Iraq yang dimusnahkan semasa perperangan disasarkan oleh P-3.[1]

Peristiwa Pulau Hainan

Pada April 2001 perlanggaran udara antara EP-3E Aries II milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-3C versi pemantau isyarat dengan pejuang J-8IIM ,ilik Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat mengakibatkan peristiwa antara bangsa antara Amerika dan China. Pesawat J-8IIM terhempas dan juruterbangnya terbunuh. EP-3 membuat pendaratan cermas di Hainan, dan kakitangannya ditahan oleh pihak berkuasa China.

Pakistan


Spesifikasi (P-3C Orion)

Fail:P3corion.jpg
US P-3C Orion bersenjata
P-3s kepunyaan Tentera Udara DiRaja New Zealand, Tentera Udara Australia DiRaja, dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Templat:Aircraft specification

Rujukan

Nota

  1. ^ READE, DAVID (1998). THE AGE OF ORION THE LOCKHEED P-3 ORION STORY. ATGLEN, PA: SCHIFFER. m/s. 42–49. ISBN 0-7643-0478-X. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Bibliografi

  • Winchester, Jim, ed. Military Aircraft of the Cold War (The Aviation Factfile). London: Grange Books plc, 2006. ISBN 1-84013-929-3.

Pautan luar

Templat:Lockheed Templat:US patrol aircraft