Enggang belukar: Perbezaan antara semakan
k interwiki |
|||
Baris 30: | Baris 30: | ||
==Pautan luar== |
==Pautan luar== |
||
* {{ms}} [http://www.wildlife.gov.my/webpagev4_en/printed_material/kbdAviClist/bushy_crested_hornbill.pdf Jabatan Hidupan Liar Malaysia] |
|||
* http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Anorrhinus+galeritus%22 |
* http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Anorrhinus+galeritus%22 |
||
Semakan pada 10:56, 5 Ogos 2008
Enggang belukar | |
---|---|
frames | |
Pengelasan saintifik | |
|
Burung Enggang Belukar (bahasa Inggeris: Bushy-crested Hornbill) ialah salah satu burung enggang yang hidup di hutan-hutan tanah panah dan kaki gunung di Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Borneo. Nama sainsnya Annorrhinus galeritus.
Morfologi
Burung Enggang Belukar bertumbuh sehingga 70 sentimeter (2 kaki 3 inci). Bulunya berwarna hitam atau perang. Bulu lehernya berwarna biru, manakala ekornya berwarna perang-kelabu, dengan satu palang yang lebar serta berwarna hitam pada hujungnya. Paruhnya panjang dan berat. Burung ini mempunyai jambul yang terkelepai. Kulit di sekeliling matanya tidak berbulu. Iris burung jantan berwarna merah sedangkan iris burung betina berwarna hitam.
Tabiat
Ketika Burung Enggang Belukar mengeram di dalam lubang pokok yang dijadikan sarang, mulut lubang itu akan ditutupkan dengan lumpur, dengan satu lubang yang kecil untuk burung jantan memberikan makanan kepada burung betina. Apabila telur-telurnya sudah menetas, burung betina akan memecahkan penutup lumpur dan keluar dari sarangnya, tetapi akan menutupkannya semula sehingga anak burung siap sedia untuk meninggalkan sarang.
Burung Enggang Belukar hidup dalam kawanan sebanyak 5-15 ekor, dan biasanya makan di sudur pertengahan di dalam hutan tertutup. Pada dasarnya, burung ini makan buah-buahan dan serangga. Bunyinya kasar dan tajam dan burung ini biasa berbunyi secara kawanan.
Rujukan
Pautan luar
- (Melayu) Jabatan Hidupan Liar Malaysia
- http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Anorrhinus+galeritus%22
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |