Air kencing: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: es:Orina; perubahan kosmetik
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: io:Urino
Baris 149: Baris 149:
[[hi:मूत्र]]
[[hi:मूत्र]]
[[hr:Urin]]
[[hr:Urin]]
[[io:Urino]]
[[it:Urina]]
[[it:Urina]]
[[he:שתן]]
[[he:שתן]]

Semakan pada 05:33, 28 November 2009

Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis.

Contoh air kencing manusia.

Fisiologi

Untuk menyingkir kumahan larut, yang beracun, kebanyakan haiwan memiliki sistem perkumuhan. Bagi manusia kumuhan larut disingkir melalui sistem kencing yang terdiri daripada buah pinggang, ureter, pundi kencing, dan uretra. Buah pinggang mengeluarkan bahan kumuhan larut dari aliran darah, termasuk juga air lebihan, gula, dan pelbagai sebatian lain. Komposisi air kencing diselaras dalam proses penyerapan semula di mana larutan tertentu, seperti glukos, diserap kembali dalam salur darah melalui molekul pembawa. Bahan baki mengandungi kepekatan tinggi urea dan bahan lain, termasuk toksin. Air kencing mengalir melalui struktur berikut: buah pinggang, ureter, pundi kencing, dan akhirnya uretra. Air kencing dihasilkan melalui proses penapisan, penyerapan semula, dan penyingkiran melalui tiub.

Komposisi

Air kencing adalah larutan lut sinar yang boleh kelihatan dari tanpa warna kepada warna ambar tetapi biasanya kuning jernih. Air kencing adalah larutan aqueous bagi kumuhan metabolik seperti urea, larutan garam, dan sabatian organik. Cecair dan bahan yang ditapis oleh buah pinggang, yang akan menjadi air kencing, datangnya dari darah atau cecair ruang-antara (interstitial).

Kecuali dalam kes jangkitan air kencing atau [[jangkitan salur kencing|jangkitan salur kencing (urinary tract infection - UTI)), air kencing adalah hampir steril an hampir tanpa warna. Berikut dengan penyingkiran dari badan, air kencing boleh menjadi hancing akibat tindakan bakteris. Lebih jelas, ammonia yang mencucuk hidung dihasilkan dari penguraian urea.Sesetengah penyakit menukar kuantiti dan pemalar air kencing seperti gula contohnya penyakit kencing manis. Air kencing pada umumnya agak berasid.

Bahaya

Urea adalah tosid dan boleh merengsa pada kulit dan mata. Kepekatan tinggi dalam darah boleh menyebabkan kerosakan pada organ badan. Kepekatan rendah urea seperti dalam air kencing tidak merbahaya.

Ciri-ciri

Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

Analisa kimia

Struktur Urea

Air kencing mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk kedalam tubuh. Selain air, air kencing mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik, termasuk protin, hormon, dan pelbagai jenis metabolit metabolites.

Warna luar biasa

  • Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat[1].
  • Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.
  • Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata.
  • Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.
  • Memakan ubi bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.
  • Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.
  • Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.
  • Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).

Bau

Air kencing biasanya tanpa bau, bagaimanapun boleh menjadi tengik selepas memakan sesetengah makanan. Memakan asparagus diketahui menghasilkan bau kuat pada manusia. Ini disebabkan badan manusia mengurai asid asparagusic. Sungguhpun bau air kencing adalah sejagat, bau ini tidak disedari sejagat.[2]

Keruh

Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat.

pH

pH air kencing hampir neutral (7) tetapi biasanya boleh berbeza antara 4.5 dan 8. Asid yang kuat atau beralkali mungkin merupakan tanda penyakit,[3] dan mungkin juga menyumbang kepada penyakit. Bagi mereka dengan hiperuricosuria, air kencing berasid boleh menyumbang kepada pembentukan batu asid urik dalam buah pinggang, ureter, atau pundi kencing.[4] Urine pH can be monitored by the physician[5] or at home.

Jumlah

Jumlah penghasilan air kencing bergantung kepada pelbagai faktor termasuk keadaan hidrasi air dalam badan, aktiviti, faktor persekitaran, saiz, dan kesihatan. pada manusia dewasa purata pengeluaran adalah sekitar 1 - 2 Liter sehari. Menghasilkan air kencing yang terlalu banyak atau sedikit perlu perhatian perubatan: Polyuria merupakan keadaan penghasilan air kencing secara berlebihan (> 2.5 L/sehari), sebaliknya oliguria di mana < 400 mL dihasilkan sehari, atau anuria dengan penghasilan < 100 mL sehari.

Kepadatan atau graviti khusus

Kepadatan air kencing normal atau nilai graviti khusus antara 1.003-1.035 (g.cm-3) , dan sebarang pesongan mungkin ya atau mungkin tidak berkait dengan sebarang masaalah kencing.

Air kencing dalam perubatan

Pemeriksaan

Ramai pakar perubatan dalam sejarah telah melakukan pemeriksaan dan pengujian air kencing pesakit mereka. Hermogenes menulis mengenai warna dan ciri-ciri lain air kencing sebagai petanda penyakit tertentu. Abdul Malik Ibn Habib dari Andalusia d.862CE, menyebut banyak lapuran mengenai pemeriksaan air kencing di seluruh empayar Umayyad.[6] Diabetes mellitus mendapat namanya kerana air kencing pengidapnya adalah banyak dan manis. Urinalysis merupakan pemeriksaan air kencing dan sebahagian dari ujian biasa. Kultur air kencing dilakukan apabila jangkitan salur kencing disyaki. Pemeriksaan air kencing melalui mikroskop mungkin berguna bagi mengenal pasti substrat organik dan bukan organik dan membantu diagnosis.

Warna dan jumlah air kencing boleh menjadi petunjuk berguna bagi tahap rehidrasi (rehydration). Air kencing banyak dan jernih biasanya tanda hidrasi yang mencukupi, air kencing gelap merupakan tanda dehidrasi dehydration. Pengecualian adalah apabila alkohol, kafin, dan diuretik lain diambil, dalam kes di mana air kencing mungkin jernih dan banyak dan orang tersebut masih dehidrasi kekurangan air.

Penggunaan

Kegunaan terapi kencing sebagai rawatan perubatan atau regim kesihatan harian adalah tidak biasa. Pengamal perubatan Aztek menggunakan air kencing bagi mencuci luka luaran bagi menghalang jangkitan, dan memberikannya sebagai minuman bagi melegakan masaalah perut dan usus. Ciri-ciri perubatannya juga telah digunakan di China sebagai sebahagian perubatan holistik, dan di India, terutamanya sebagai sebahagian perubatan tradisi India, Ayurveda, di bawah nama Amaroli.

Sumber

Air kencing mungkin memiliki protin atau bahan lain yang mungkin berguna bagi rawatan perubatan. Air kencing dari wanita postmenopaus adalah kaya dengan gonadotropin yang mampu menghasilkan hormon perangsang folikel dan hormon meluteinkan bagi terapi kesuburan. Produk perdagangan pertama adalah Pergonal. Air kencing dari wanita mengandung mengandungi cukup human chorionic gonadotropin bagi penhasilan perdagangan dan penulenan bagi menghasilkan ubat hCG. Air kencing kuda betina bunting merupakan sumber estrogen, terutamanya Premarin.

Pada masa kini, syarikat Port-A-John dari Utica, Michigan, Amerika Syarikat telah memajukan penapis bagi mengumpul protin penting bagi perubatan daripada pengguna tandas kimia mereka.

Kegunaan lain

Kegunaan silam

  • Orang Rom purba menggunakan air kencing sebagai agen peluntur bagi mencuci pakaian dan gigi.

Peluru

Kegunaan lain

Kegunaan silam

  • Rom purba menggunakan air kencing sebagai agen peluntur bagi mencuci pakaian dan gigi.

Peluru

Pada masa silam, air kencing dikumpul dan digunakan bagi penghasilan ubat bedil. Air kencing kusam ditapis melalui tong berisi jerami dan dibiarkan masam selama setahun atau lebih. Selepas tempoh ini, air digunakan bagi mencuci garam kimia daripada jerami tersebut. Campuran ini kemudiannya ditapis melalui abu kayu (wood ashes) dan dibiarkan kering di bawah sinaran matahari. Kristal potasium nitrat kemudian dikumpulkan dan ditambah kepada belerang dan arang untuk menghasilkan serbuk hitam.[7]

Tekstil

Air kencing telah digunakan sebagai mordant bagi penyedian tekstil, terutama bulu, bagi pewarna. Air kencing digunakan bagi mewarna terutama indigo di mana air kencing bertindak balas dengan dye yang tidak larut bagi membentuk sebatian larut.

Baja

Air kencing memiliki sejumlah besar urea, sumber yang baik bagi nitrogen bagi tumbuhan. Oleh itu ia merupakan penggalak berguna bagi kompos. Urea kurang toksik berbanding amonia dan terbentuk dengan gabungan tidak langsung dengan keluaran sampingan pendeaminaan (2 NH3 molekul) dan pernafasan selular (1 CO2 molekul). Komponen lain termasuk pelbagai garam bukan organik seperti sodium khloride (sodium disingkir dikenali sebagai natriuresis).

Lain-lain

Semasa Perang Dunia I, pihak Jerman menguji banyak jenis gas beracun untuk kegunaan dalam perperangan. Selepas serangan gas klorin Jerman pertama, pihak Berikat dibekalkan pad kapas yang telah direndam air kencing. ianya dipercayai bahawa amonia pada pad meneuteralkan klorin. Pad ini diletakkan pada muka sehingga askar dapat melepaskan diri dari asap beracun, sungguhpun kini diketahui bahawa gas klorin bertindak balas dengan air kencing bagi menghasilkan wasap beracun (lihat klorin dan kegunaan gas beracun semasa Perang Dunia I).

Nota

  1. ^ http://www.neonjoint.com/passing_a_drug_test/producing_clean_urine.html
  2. ^ Lison M, Blondheim SH, Melmed RN. (1980). "A polymorphism of the ability to smell urinary metabolites of asparagus". Br Med J. 281: 1676. PMID 7448566.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Urine pH
  4. ^ Martín Hernández E, Aparicio López C, Alvarez Calatayud G, García Herrera MA (2001). "[Vesical uric acid lithiasis in a child with renal hypouricemia]". An. Esp. Pediatr. (dalam bahasa Spanish; Castilian). 55 (3): 273–6. PMID 11676906. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Urine pH". MedlinePlus Medical Encyclopedia. Dicapai pada December 26, 2008.
  6. ^ Ibn Habib, Abdul Malik d.862CE/283AH "Kitaab Tib Al'Arab" (The Book of Arabian Medicine), Published by Dar Ibn Hazm, Beirut, Lebanon 2007(Arabic)
  7. ^ See: Potassium nitrate

Rujukan

Pautan luar

Templat:Link FA