Khatijah Khodri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Jah Mahadi
Kelahiran
Khadijah Hodri

1938
Meninggal dunia31 Mei 2001(2001-05-31) (umur 62–63)
Sebab kematianSakit kencing manis dan darah tinggi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru
PekerjaanPelakon
Terkenal keranaFilem Madu Tiga
PasanganHaji Mahadi

Jah Mahadi (Jawi: جه مهادي) atau nama sebenarnya Khadijah Hodri, merupakan seorang pelakon filem Melayu, terkenal bagi peranannya sebagai isteri kedua P. Ramlee dalam filem Madu Tiga.[1] Dalam filem ini, babak pergaduhannya dengan madunya (isteri pertama), lakonan Zaharah Agus masih diingati.[2] Dalam filem ini juga, Saloma menyanyi lagu cover "Keindahan Bintang Malam" yang asalnya dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Dalam filem ini, lagu itu disingkatkan sebagai Bintang Malam. Lagu "Mat Lodeh" yang dipopularkan oleh Anita Sarawak juga pada asalnya dipersembahkan oleh Zaharah Agus. Versi cover oleh Anita pada tahun 1970-an dilakukan dengan lirik lain.

Jah Mahadi bersara terus dari dunia seni sebaik sahaja berakhirnya kegemilangan Studio Jalan Ampas. Ketika banyak pelakon pindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti lakonan, Allahyarham mengikut suami, pengarah Haji Mahadi ke Johor Bahru.

Beliau dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Aminah, Johor Bahru pada 28 April dan keluar pada 11 Mei 2001. Keadaannya tenat dan mulai tidak boleh bercakap sejak seminggu, sebelum meninggal pada 31 Mei 2001. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru berdekatan pusara ibu dan bapanya.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Nota
1959 Musang Berjanggut Bunga Kemuning
Jula Juli Bintang Tiga Bintang Enam
1964 Madu Tiga "Hasnah" isteri kedua
1965 Pusaka Pontianak Hamidah
1969 Keranda Berdarah Wanita misteri
1970 Puaka

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Ramzi Sanny (1 Jun 2001). "Jah Mahadi meninggal". Harian Metro. New Straits Times Press.
  2. ^ "Pelakon Jah Mahadi meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]