Zaharah Agus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zaharah Agus
KediamanMalaysia
PekerjaanPenyanyi Melayu era 60-an / 70-an & Pelakon
Terkenal keranaFilem Madu Tiga
PasanganM. Suki

Zaharah Agus merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.[1] Beliau juga merupakan seorang pelakon, terkenal bagi peranannya sebagai isteri pertama P.Ramlee dalam filem Madu Tiga. Dalam filem ini, babak pergaduhannya dengan madunya (isteri kedua), lakonan Jah Mahadi masih diingati.[2] Dalam filem ini juga, Saloma menyanyi lagu cover "Keindahan Bintang Malam" yang asalnya dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Dalam filem ini, lagu itu disingkatkan sebagai Bintang Malam. Lagu "Mat Lodeh" yang dipopularkan oleh Anita Sarawak juga pada asalnya dipersembahkan oleh Zaharah Agus. Versi cover oleh Anita pada tahun 1970-an dilakukan dengan lirik lain.

Zaharah Agus telah mendirikan rumahtangga bersama M. Suki, dan cucunya, Nanu Baharuddin, turut menceburi bidang seni.[3]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Abdullah
  • Kalau Mau Kenal
  • Saya Cemburu[4], [5]
  • Joget Mak Lodeh

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Nota
1964 Filem Madu Tiga "Latifah" isteri pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.