Pergi ke kandungan

Madu Tiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madu Tiga
Poster filem Madu Tiga
PengarahP. Ramlee
Penulis
Lakon layarS. Kadarisman
Cerita olehS. Kadarisman
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
Dibintangi
Sinematografi
Disunting oleh
  • Wong Hong Peng
  • H.R. Narayana
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 12 Februari 1964 (1964-02-12)
Masa tayangan
100 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Madu Tiga (Jawi: مادو تيݢ) merupakan sebuah filem komedi romantik Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 12 Februari 1964. Filem Madu Tiga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Madu Tiga diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 12 Febuari 1964.

Watak utama filem ini, Jamil (P. Ramlee) mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Sebelum ini, Jamil dan Latifah (Zaharah Agus) sudah berkahwin selama 12 tahun. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Semasa Jamil yang licik itu mengahwini Hasnah (Jah Mahadi), dia berbohong dengan mengatakan kononnya Latifah mengizinnya berkahwin lagi kerana Jamil dan Latifah tidak dikurniakan anak. Jamil yang bekerja dengan bapa Latifah memberitahu bapa mertuanya (Ahmad Nisfu) itu mengenai perkahwinan tersebut. Lama kemudian, semasa dia pergi mengutip sewa rumah, Jamil jatuh cinta pada anak perempuan kepada salah seorang penyewa rumahnya, Rohani, (Sarimah) dan bercadang untuk mengetahuinya. Atas bantuan (dan galakan) daripada bapa mertuanya, Jamil dengan liciknya mengaturkan agar ketiga-tiga perkahwinannya itu dirahsiakan daripada isteri-isterinya. Namun demikian, tembelangnya terbongkar apabila ketiga-tiga isterinya itu bertemu di sebuah salun rambut. Rohani menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh di rumahnya. Mereka kemudiannya menjumpai gambar perkahwinan Jamil dan Rohani. Ketiga-tiga madu itu mula bersahabat dan berpakat antara satu sama lain, menyebabkan Jamil akhirnya terperangkap akibat pembohongan yang dilakukannya selama ini.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • M. Babjan sebagai Pak Ali (Ayah Rohani, mertua ketiga jamil)
  • Zainon Fiji sebagai Ibu Hasnah (mertua kedua Jamil)
  • Doris Han sebagai Doris
  • Ahmad Sabri sebagai Rashid
  • Mislia sebagai Rashida

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]
  • Alias Congo sebagai Apek (apek yang cuba bunuh diri akibat kecewa dengan percintaan namun tidak sengaja terjatuh di atas pokok masuk ke dalam kereta Jamil)
  • Musalmah sebagai pekerja kedai gunting rambut salon
  • Kassim Masdor
  • Saloma sebagai penyanyi undangan lagu Selamat Pengantin Baru
  • "Selamat Pengantin Baru" nyanyian Saloma
  • "Madu Tiga", "Gambus Jodoh" dan "Pukul Tiga Pagi" nyanyian P. Ramlee

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]