Kiambang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kiambang
Pistia stratiotes0.jpg
Pokok kiambang bertaut.
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Pistia
Spesies:
P. stratiotes L.
Nama binomial
Pistia stratiotes
L.
Sinonim
  • Zala asiatica Lour.
  • Pistia spathulata Michx.
  • Pistia crispata Blume
  • Pistia leprieuri Blume
  • Pistia linguiformis Blume
  • Pistia minor Blume
  • Pistia occidentalis Blume
  • Pistia aegyptiaca Schleid.
  • Pistia commutata Schleid.
  • Pistia obcordata Schleid.
  • Pistia horkeliana Miq.
  • Pistia africana C.Presl
  • Pistia amazonica C.Presl
  • Pistia weigeltiana C.Presl
  • Pistia turpinii K.Koch
  • Apiospermum obcordatum (Schleid.) Klotzsch
  • Limnonesis commutata (Schleid.) Klotzsch
  • Limnonesis friedrichsthaliana Klotzsch
  • Pistia aethiopica Fenzl ex Klotzsch
  • Pistia brasiliensis Klotzsch
  • Pistia cumingii Klotzsch
  • Pistia gardneri Klotzsch
  • Pistia natalensis Klotzsch
  • Pistia schleideniana Klotzsch
  • Pistia texensis Klotzsch

Kiambang, kembiang, kapu-kapu[1] atau Pistia stratoites L. ialah tumbuhan akuatik yang hidup timbul di permukaan air sekali gus merupakan spesies tunggal genus Pistia dari keluarga Araceae.[2][3]

Kiambang juga sering disebut kayambang, kayu ambang atau kayu apung dan sering dikelirukan dengan genus Salvinia dan Lemna. Pokok ini telah tersebar secara meluas di kawasan beriklim tropika dan menjadi tumbuhan penakluk di sesetengah negara. Sekiranya membiak secara tak terkawal, tumbuhan ini mampu mengganggu saliran air serta mengakibatkan banjir kilat.[4]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pokok kiambang menjadi habitat bagi binatang akuatik.

Pokoknya yang seakan-akan pokok kubis menyebabkannya turut digelar sebagai kubis air. Batang dan tangkai keladi ini tak nyata. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama membentuk susunan spiral yang rapat. Daunnya berbentuk kelopak bunga beralun menegak. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin dan berbulu di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari induk dan terpisah dari pokok utama.

Oleh kerana mudah dijaga dan berbentuk cantik, kiambang selalu digunakan sebagai pokok hiasan laman akuatik. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini mestilah sentiasa dipantau kerana mampu menyebabkan kesusutan paras air dengan mendadak. Ia juga cepat membiak melitupi permukaan tasik atau kolam yang mana membuatkan tumbuhan dasar air tidak mendapat cahaya matahari secukupnya untuk berfotosintesis. Kandungan oksigen yang rendah akan mempengaruhi ekosistem laman akuatik tersebut.[5]

Kebaikan tumbuhan ini sebaliknya berfungsi selaku tempat perlindungan kepada anak ikan yang baru menetas terutama pada bahagian akar pokok.[6]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Pokok terapung ini sering dijumpai tumbuh berangkai dan dikaitkan dengan pepatah 'biduk lalu kiambang bertaut'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword=pistia+st
  2. ^ https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/2/3/2343
  3. ^ https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?search_topic=TSN&search_value=42542#null
  4. ^ Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan
    By Hean Chooi Ong
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-27. Dicapai pada 2017-11-21.
  6. ^ http://www.alamikan.com/2014/05/tanaman-air-sebagai-media-pembenihan.html?m=1