Pergi ke kandungan

Kios Traianus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kios Traianus di Pulau Agilika

Kios Traianus, juga dikenali sebagai Katil Firaun (Arab: سرير فرعون) oleh penduduk tempatan, ialah sebuah kuil terdedah yang kini terletak di Pulau Agilkia di selatan Mesir. Binaan yang tidak siap tersebut dikatakan adalah untuk Traianus, maharaja Rom dari 98 hingga 117 TM, kerana terdapat gambarnya sebagai firaun pada beberapa ukiran di bahagian dalaman.[1] Walau bagaimanapun, sebahagian besar strukturnya berasal dari masa yang lebih awal, mungkin pemerintahan Augustus.[2][3] Kuil ini pada asalnya dibina di pulau Filae, berhampiran Empangan Aswan rendah, dan berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Kompleks Kuil Pulau Filae dari sungai Nil.[4] Ia telah dipindahkan ke Pulau Agilika pada tahun 1960-an sebagai sebahagian daripada Kempen Antarabangsa untuk Menyelamatkan Monumen Nubia untuk menyelamatkannya daripada peningkatan air Sungai Nil selepas pembinaan Empangan Tinggi Aswan.

Kios 15 x 20 meter berketinggian 15.85 meter; fungsinya mungkin "untuk menumpangkan tongkang-tongkang Isis di tebing timur" pulau Filae.[3] Tiangnya yang berukuran 4 x 5 masing-masing mempunyai "kepala tiang komposit yang berbeza dan berstruktur mewah dengan tembok sambut setinggi 2.10 meter di atasnya" dan pada asalnya dirancang untuk dipahat dengan wajah Bes, serupa dengan rumah-rumah bersalin di Filae, Armant, dan Dendera tetapi ia tidak pernah selesai.[3]

Binaan itu sekarang tidak berbumbung[5] tetapi soket di dalam jenang hias struktur menunjukkan bahawa bumbungnya, yang diperbuat daripada kayu, sememangnya dibina pada zaman purba.[3] Tiga kekuda berbentuk segi tiga sepanjang 12.50 meter, "yang dimasukkan ke dalam belebas di bahagian belakang seni bina batu, memegang bumbung yang berkubah sedikit itu."[3] Keempat-empat belas tiang disambungkan oleh dinding penyaring, dengan pintu masuk di dinding timur dan barat.[4] Bangunan ini adalah contoh gabungan kayu dan batu yang ganjil dalam struktur seni bina yang sama untuk kuil Mesir.[3] Atribusinya kepada Maharaja Traianus adalah berdasarkan ukiran di dalam struktur kiosk itu, menggambarkan baginda membakar kemenyan di hadapan Osiris dan Isis.[4]

  1. ^ Rutherford, Ian (1998). "Island of the Extremity: Space, Language, and Power in the Pilgrimage Traditions of Philae". Dalam Frankfurter, David (penyunting). Pilgrimage and Holy Space in Late Antique Egypt. Boston: Brill. m/s. 233.
  2. ^ Redford, Donald, penyunting (2001). "Philae". The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. 3. Oxford: Oxford University Press. m/s. 43. ISBN 0-19-513823-6.
  3. ^ a b c d e f Arnold, Dieter (1999). Temples of the Last Pharaohs. Oxford: Oxford University Press. m/s. 235-236. ISBN 0-19-512633-5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "arnold" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b c "Trajan's Kiosk". MadainProject. Dicapai pada 17 May 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "madaintrajan" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Elsner, Jaś (1998). Imperial Rome and Christian Triumph: The Art of the Roman Empire. Oxford: Oxford University Press. m/s. 134.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

24°01′30″N 32°53′05″E / 24.0251°N 32.8846°E / 24.0251; 32.8846