Knock Nevis
Knock Nevis di Limbungan Kering Dubai
| |
Sejarah | |
---|---|
Norway[1] | |
Nama: | Knock Nevis |
Pemilik: | First Olsen Tankers Pte. Ltd.[2] |
Dalam perkhidmatan: | 2004[3] |
Sejarah | |
Norway | |
Nama: | |
Pemilik: | Loki Stream AS[2] |
Dalam perkhidmatan: | 1979[3] |
Ditarik keluar dari perkhidmatan: | 2004[3] |
Ciri-ciri umum | |
Berat (tan): | |
Panjang: | 458.45 m (1,504.10 ka)[5] |
Lunas: | 68.8 m (225.72 ka)[5] |
Draft: | 29.8 m (97.77 ka)[5] |
Kapasiti: | 564,650 DWT[1] |
Knock Nevis adalah sebuah kapal tangki super. Kegunaan terakhirnya adalah sebagai sebuah Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO). Ia dahulunya pernah dimiliki oleh sebuah syarikat Norway, Fred Olsen Production,[1]. Sebelum ditukarkan menjadi sebuah FSO, Knock Nevis merupakan sebuah kapal tangki super terbesar dan rekodnya sebagai kapal terpanjang pernah dibina masih kekal sehingga kini.
Apabila belayar di laut, sesaran kapal ini dengan muatan penuh adalah 24.6 m (81 kaki), membuatkannya ia tidak dapat melalui Terusan Inggeris, the Terusan Suez atau Terusan Panama.[6] Semasa digunakan sebagai sebuah kapal tangki, Knock Nevis dikenali sebagai Seawise Giant, Happy Giant, dan Jahre Viking.
Pada bulan Disember 2009, kapal ini dijual kepada pemecah kapal dari India dan dinamakan semula sebagai Mont bagi meneruskan pelayaran terakhirnya. Selepas pemeriksaan oleh kastam India, ia dilabuhkan di India untuk diuraikan. Kali terakhir kapal ini dilihat di Alang, India pada 4 Januari, 2010.[7][8][9][10]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Knock Nevis telah dibina pada tahun 1979 di limbungan Oppama milik Industri Berat Sumitomo sebagai Seawise Giant[1][4] untuk seorang pemilik dari Greece yang kemudian tidak mampu membayarnya.[6]
Limbungan kemudian menggunakan hak-haknya untuk menjual kapal ini[6] dan satu perjanjian yang ditaja oleh pemilik syarikat Orient Overseas Container Line dari Hong Kong, C. Y. Tung[6][11], bagi memanjangkan kapal ini kepada beberapa meter dan menambah 87,000 metric tan muatan kargo melalui jumboisation.[6] Dua tahun kemudian ia dilancarkan semula sebagai Seawise Giant.[6]
Selepas pemasangan semula, kapal ini mempunyai muatan 564,763 metric tons berat mati (DWT), panjang keseluruhan 458.45 meter (1,504.1 ka) dan sesaran 24.611 meter (80.74 ka).[12] Kapal ini mempunyai 46 buah tangki, 31,541 meter persegi (339,500 ka2) ruang dek, dan menyesarkan terlalu banyak air semasa melalui Selat Inggeris.[6] Ia telah mengalami kerosakkan semasa Perang Iran-Iraq apabila melalui Selat Hormuz,[13] dan diistiharkan mengalami kerosakkan keseluruhan dan dibaringkan di Brunei.[13] Pada penghujung perang, ia ditarik ke limbungan Syarikat Keppel di Singapura, dibaiki dan dilancarkan semula pada bulan Oktober 1991 sebagai Happy Giant.[4][13]
Jørgen Jahre kemudian membeli kapal tangki ini pada tahun 1991 dengan harga AS$ 39 juta[14] dan menamakan semula kapal ini sebagai Jahre Viking.[4] Bermula tahun 1991 sehingga 2004, kapal ini dimiliki oleh Loki Stream AS[2] dan mengibarkan bendera Norway.[3]
Pada tahun 2004, ia dibeli oleh First Olsen Tankers Pte. Ltd.,[2][2] dinamakan sebagai Knock Nevis, dan diubahsuai menjadi kapal tangki penyimpan kekal[6][12][15] yang disauhkan di medan minyak Al Shaheen, Qatar yang mana terletak di Teluk Parsi.[13]
Knock Nevis dinamakan semula sebagai Mont, dan mengibarkan bendera Sierra Leone, untuk membuat pelayaran tunggal ke India pada bulan Januari 2010 di mana ia akan diuraikan.[16][17][18]
Rekod saiz
[sunting | sunting sumber]Knock Nevis merupakan kapal terpanjang yang pernah dibina, lebih panjang daripada kebanyakan bangunan-bangunan tingi di dunia. Meskipun agak rendah berbanding Taipei 101 pada 509.2 meter (1,671 ka) dan Menara Sears pada 527.3 meter (1,730 ka) diukur dari jalan sehingga ke hujung antena, ia lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas pada 452 meter (1,483 ka).
Walaupun memiliki kepanjangan yang mengagumkan, Knock Nevis bukan merupakan kapal yang terbesar, berada pada kedudukan kelima dari segi berat kasar iaitu 236,710 GT, di belakang tempat keempat 274,838 hingga 275,276 GT kapal tangki super kelas Batillus, object pendorongan sendiri terbesar yang pernah dibina.[perlu rujukan]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f Det Norske Veritas, 2008, Summary.
- ^ a b c d e Det Norske Veritas, 2008, Previous Owners.
- ^ a b c d Det Norske Veritas, 2008, Previous Flags[pautan mati kekal].
- ^ a b c d e f Det Norske Veritas, 2008, Previous Names.
- ^ a b c Det Norske Veritas, 2008, Dimensions.
- ^ a b c d e f g h Singh, 1999.
- ^ Michelle Wiese Bockmann and Janet Porter (15 December 2009). "Knock Nevis heading for Indian scrapyard". Lloyd's List. Dicapai pada 2010-01-08.
- ^ "The world's largest ship to be scrapped". 5 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-17. Dicapai pada 2010-01-08.
- ^ "Crude oil carrier Mont awaits clearance to dock at Alang". Press Trust of India. 19 December 2009. Dicapai pada 2010-01-08.
- ^ https://archive.is/20120906073355/www.midshipcentury.com/images/mountalang.jpg
- ^ Burton, 1996.
- ^ a b Det Norske Veritas, 2008.Dimensions[pautan mati kekal]. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "dnvpn" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d Pike, 2006.
- ^ Knock Nevis retrieved June 21, 2008
- ^ Det Norske Veritas, 2008, Conversion History.
- ^ Michelle Wiese Bockmann and Janet Porter (15 December 2009). "Knock Nevis heading for Indian scrapyard". Lloyd's List. Dicapai pada 2010-01-08.
- ^ "The world's largest ship to be scrapped". 5 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-17. Dicapai pada 2010-01-08.
- ^ "Crude oil carrier Mont awaits clearance to dock at Alang". Press Trust of India. 19 December 2009. Dicapai pada 2010-01-08.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Burton, Sandra (1954). "Beijing's Capitalist". Time Magazine. New York: Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-30. Dicapai pada 14 April 2008.
- Institute of Shipping Economics and Logistics (2005). "ISL Market Analysis" (PDF). Institute of Shipping Economics and Logistics. m/s. 3.
- Pike, John (2006-11-11). "Knock Nevis / ex-Jahre Viking". Military Systems. globalsecurity.org. Dicapai pada 20 April 2008.
- Singh, Baljit (11 April 1999). "The World's Biggest Ship". The Tribune. India: The Tribune House. Dicapai pada 21 April 2008.
- Watt, Nick (4 January 2007). "Skipper Shortage: Supply Not Keeping Pace". Nightline. ABC News. Dicapai pada 5 April 2008.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Knock Nevis |