Kolej Universiti Islam Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kolej Universiti Islam Melaka
كوليج اونيۏرسيتي اسلام ملاك
MotoMerekayasa Pembangunan Insan
JenisKolej Universiti Swasta
Ditubuhkan pada1994
CanselorTun Seri Setia Mohd Ali Rustam
Naib CanselorProf. Datuk Dr. Mohd Taib Dora
Lokasi,
Laman sesawanghttps://kuim.edu.my/

Kolej Universiti Islam Melaka telah ditubuhkan pada 1994 sebagai kolej swasta dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah Akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 1 Julai 2009 sebagai sebuah kolej universiti juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.

Pada 8 April 2021, KUIM telah dinaiktaraf sebagai sebuah universiti penuh. Watikah rasmi naik taraf itu disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada Exco di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan), Datuk Noor Effandi Ahmad, mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fakulti Sains dan Teknologi, Kolej Teknologi Islam Melaka
Fakulti Sains dan Teknologi, Kolej Teknologi Islam Melaka

KUIM pada asalnya dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) sebelum ditukarkan kepada nama sekarang iaitu Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian Islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan.

Sebagai usaha untuk penjenamaan semula, maka KUIM telah meletakkan niche-areanya dalam bidang psikologi di mana Ia merupakan kolej universiti Islam swasta yang pertama di Malaysia yang membangunkan pengajian yang memfokuskan bidang psikologi di peringkat ijazah sebagai intervensi mengurangkan permasalahan psikologi dikalangan individu dan komuniti di samping memenuhi permintaan tenaga kerja di pelbagai sektor awam dan swasta. Selaras dengan itu, KUIM terus menggorak langkah sebagai “Gerbang Pengajian Psikologi Insan” yang terus bersandarkan misi dan visi yang jelas bagi mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif serta amat bertepatan dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan generasi berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya ketahanan tinggi bagi menangani cabaran semasa. Dalam usaha memastikan KUIM terus cemerlang seiring dengan Motto yang dibawa “Kualiti Teras Kejayaan” maka program-program yang ditawarkan merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, undang-undang syariah, kejururawatan, bioteknologi dan teknologi maklumat adalah berdaya saing dan kompetitif yang memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengantarabangsaan KUIM melalui jaringan akademik dalam dan luar negara boleh dibanggakan apabila KUIM kini memiliki pelajar antarabangsa dari Kemboja, Sri Lanka, Singapura dan Indonesia yang bertambah dari tahun ke tahun. Malah penghantaran pelajar-pelajar KUIM yang melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordon, Morocco dan lain-lain negara di Timur Tengah sangat menggalakkan. Dengan prestasi dan pencapaian KUIM yang sangat membanggakan, KUIM bertekad dan terus komited untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa Islam, sains dan teknologi.

Objektif, Falsafah, Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Objektif

  • Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.
  • Melaksanakan dan mentarbiyyah pelbagai bidang ilmu berteraskan Islam.
  • Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, Sains, Teknologi, Sains Sosial dan Ilmu-ilmu terkini.
  • Membina generasi yang memiliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka dengan realiti zaman mendatang.
  • Mewujudkan golongan ilmuan berwibawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.
  • Menekankan pengajian yang berteraskan psikologi.
  • Menyokong dan membantu negara melaksanakan dan merealisasikan Dasar Pendidikan Negara.

Falsafah
Pengajian yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif.

Visi
Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam pengajian yang berteraskan islam.

Misi
Melaksanakan usaha pendidikan dan pengembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berwadahkan islam.

Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi

Kolej Universiti Islam Melaka bersejarah
Menjulang cita-cita negara, agama dan juga bangsa
Kolej Universiti Islam menuju wawasan
Penjana ilmu pengetahuan kini dan masa hadapan

Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicecah
Gunung juga sama didaki
Lurah sama dituruni

Kolej Universiti Islam menuju wawasan
Penjana ilmu pengetahuan kini dan masa hadapan

Ilmu dunia kami tuntuti
Akhirat tidak dilupai
Semoga Allah akan berkati
Niat kami yang suci

Kolej Universiti Islam menuju wawasan
Penjana ilmu pengetahuan kini dan masa hadapan

Lirik & Komposer : Allahyarham Tuan Haji Zubir bin Haji Bakar (Bekas Pensyarah KUIM)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru,
Masjid Tanah, 78200 Melaka,
Malaysia
Telefon = +606-3878382
Faks = +606-3878411

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]