Noor Effandi Ahmad
Yang Berbahagia Datuk Noor Effandi Ahmad DMSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Telok Mas | |
Dalam jawatan 2018–2021 | |
Didahului oleh | Datuk Latiff Thamby Chik |
Digantikan oleh | Abdul Razak Abdul Rahman |
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 2018–2021 | |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | BERSATU
(2016-2021) (2024-Kini) Parti Amanah Negara (2022-2024) |
Gabungan politik lain |
Perikatan Nasional (2020-2021) (2024-Kini) Pakatan Harapan (2017-2020) (2022-2024) |
Datuk Noor Effandi Ahmad adalah bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi[1] yang telah dilantik pada tahun 2018 dan dilantik semula pada tahun 2020 hingga tahun 2021. Beliau juga merupakan bekas ADUN Telok Mas (2018-2021) setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[2] lalu. Namun demikian, pada Pilihan raya negeri Melaka 2021, beliau tidak bertanding di mana-mana kerusi.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Telok Mas, Melaka. Beliau telah menang dalam pertandingan 3 penjuru menentang Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Rosazli Md. Yasin (PAS) pada PRU 14 lalu.[3]
Beliau telah bersama-sama dengan ADUN Sungai Udang, Idris Haron, Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dan Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali pada 4 September 2021 berikutan campur tangan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Ab Rauf Yusoh dalam pentadbiran Sulaiman.[4]
Serentak dengan itu, beliau telah dipecat secara automatik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana menyokong pembangkang. Ia telah disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen.[5]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Noor Effandi Ahmad di Facebook - Laman Facebook
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Adly umum portfolio Exco Melaka
- ^ Calon DUN Telok Mas, Melaka
- ^ Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14: Melaka
- ^ Kerajaan Melaka tumbang, empat ADUN kerajaan tarik sokongan
- ^ Keahlian Noor Effandi yang berpaling tadah, gugur secara automatik - Mohd Rafiq
- ^ Tan Sri Muhyiddin ketua senarai penerima darjah kebesaran Melaka 2019