Laut Aral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Imej Laut Aral yang dilihat dari angkasa, arah Utara di bawah imej Ogos 1985
Pandangan satelit jisim air yang sama pada Ogos 2017.

Laut Aral merupakan sebuah tasik daratan terletak di antara Kazakhstan (Wilayah-Wilayah Aktobe dan Kyzylorda) di sebelah utaranya dan Uzbekistan (wilayah berautonomi Karakalpakstan) di bahagian selatannya. Nama "Aral" itu datangnya daripada perkataan bahasa Turkik aral yang bermakna "kepulauan"; ia merujuk kepada lebih 1,100 buah pulau yang pernah wujud dalam perairannya. Lembangan salirannya merangkumi Uzbekistan dan sebahagian kawasan Tajikistan, India, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Afghanistan dan Iran.[1]

Ia dahulunya merupakan salah satu dari empat tasik terbesar di dunia dengan kawasan seluas 68,000 km2 (26,300 bt2), namun Laut ini telah menyusut sejak sekurang-kurangnya tahun 1850, dengan beberapa gangguan. Pada awal abad ke-20, penyusutan dianggap berpunca daripada kadar penyejatan melebihi kadar masukan air; bahkan terdapat juga bukti bahawa tasik ini berkedalaman lebih daripada 50 kaki (15 meter) sebelum ini.[2] Pengecilannya telah dipercepatkan sejak tahun 1960-an setelah sungai puncanya dialihkan oleh projek pengairan Soviet. Pada tahun 1997, saiz asalnya telah berkurangan sebanyak 10% dan terbahagi menjadi empat buah tasik yang lebih kecil – Laut Aral Utara, lembangan timur dan barat yang terletak di Laut Aral Selatan, dan sebuah tasik sederhana di antaranya.[3] Sejak tahun 2009, tasik tenggara tersebut telah menghilang dan tasik barat daya telah mengecil menjadi sejalur nipis air di sisi barat kawasan selatan laut dahulu; pada tahun-tahun berikutnya, terdapat air yang sekali-sekala mengalir ke tasik tenggara lalu tasik tersebut diisi semula pada satu tahap kecil.[4] Imej-imej satelit yang diambil oleh NASA pada bulan Ogos 2014 mendedahkan bahawa lembangan timur Laut ini telah benar-benar kering untuk pertama kalinya dalam sejarah moden.[5] Lembangan tersebut kini disebut sebagai Padang Pasir Aralkum.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "DRAINAGE BASIN OF THE ARAL SEA AND OTHER TRANSBOUNDARY SURFACE WATERS IN CENTRAL ASIA" (PDF). United Nations Economic Commission for Europe (UNECE). 2005. Dicapai pada 4 Februari 2016.
  2. ^ Kropotkin, Peter Alexeivitch. "Aral". Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11. 2. m/s. 316–317.
  3. ^ Philip Micklin; Nikolay V. Aladin (March 2008). "Reclaiming the Aral Sea". Scientific American. Dicapai pada May 17, 2008.
  4. ^ "Satellite image, August 16, 2009 (click on "2009" and later links)".
  5. ^ Liston, Enjoli (1 Oktober 2014). "Satellite images show Aral Sea basin 'completely dried'". The Guardian. London: Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 1 Oktober 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]