Yuri Gagarin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yuri Gagarin
Юрий Гагарин
Kosmonaut
Kewarganegaraan Rusia
Status Meninggal
Pekerjaan lain Juruterbang
Pangkat Polkovnik, Tentera Udara Soviet
Masa di angkasa 1 jam, 48 minit
Pemilihan Air Force Group 1
Misi Vostok 1
Lencana misi Vostok1patch.png

Yuri Alekseyevich Gagarin lahir pada 9 Mac 193427 Mac 1968), Wira Persekutuan Rusia, adalah seorang kosmonaut Russia. Pada 12 April 1961, beliau menjadi manusia pertama ke angkasa lepas dan masuk orbit Bumi. Banyak anugerah yang beliau terima dari pelbagai negara kerana menjadi perintis alam semesta.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yuri Gagarin telah dilahirkan di kampung Klushino dekat Gzhatsk (sekarang di Smolensk Oblast, Russia), pada 9 Mac 1934. Bandar bersebelahan Gzhatsk dinamakan semula sempena Gagarin pada 1968 untuk menghargai jasanya. Bapa Alexei Ivanovich Gagarin dan ibunya Anna Timofeevna Gagarina mempunyai ladang bersama.Bapanya mahir dalam tukang kayu. Yuri Gagarin adalah adalah anak ketiga dari empat beradik. Kakak menjaga adik-adik semasa ibu bapanya berkerja. Gagarin termasuk dalam keluarga yang miskin Soviet Russia selepas Perang Dunia II. Dua bapa saudaranya dibawa oleh tentera Jerman dibawa pergi untuk menjadi buruh paksa pada 1943 dan tidak pulang selepas perang. Yuri sangat meminati bidang angkasa lepas dan planet-planet dan ingin mengembara ke angkasa lepas. Yuri dilihat oleh guru-gurunya sebagai pintar dan rajin, tetapi sekali sekala nakal.

Selepas bekerja sebagai perantis di bengkel besi berat / faundri, Gagarin dipilih menjalani latihan lanjut di sekolah tinggi teknikal di Saratov. Semasa di sana, dia menyertai "AeroClub" dan menimba ilmu penerbangan satu pesawat ringan, sebagai satu hobi sahaja. Pada tahun 1955, selepas tamat persekolahan teknikal, dia menyertai latihan penerbangan tentera di Akademi Penerbangan Orenburg. Semasa di sana beliau bertemu dengan Valentina Goryacheva dan mereka berkahwin pada 1957. Beliau menerima sayap penerbangan sebagai juruterbang pesawat MiG-15. Kemudian diterima bertugas di pangkalan udara Luostari di Murmansk Oblast dekat sempadan Norway. Tingginya hanya 1.57 m dan sesuai masuk dalam kokpit Vostok.

Kerjaya angkasawan[sunting | sunting sumber]

Pada 1960, Yuri Gagarin terpilih dari 19 orang angkasawan lain untuk Program Angkasawan Rusia.Beliau diuji dari segi ketahanan fizikal dan psikologikal .Selain beliau ialah Gherman Titov kerana prestasi cemerlang mereka dalam latihan, Beliau melepasi syarat tertinggi CPSU, untuk membawa misi penerbangan bersejarah. Yuri Gagarin terpilih kerana berpendidikan didikan sederhana , personaliti yang mesra, berani, berbanding dengan kelas menengah dan agak tidak mesra tingkah laku Gherman Titov. Nama "Gagarin" juga merupakan nama keluarga bangsawan Tsarist.


Penerbangan angkasa Vostok 1[sunting | sunting sumber]

Yuri Gagarin pada 12 April 1961 menjadi manusia pertama ke angkasa lepas dengan Vostok 3KA-2 (Vostok 1). Sepanjang penerbangan, Gagarin bersiul lagu "Tanah Air Mendengar, Tanah Air Tahu" (bahasa Rusia: "Родина слышит, Родина знает").Dua baris pertama lagu "Tanah air mendengar , di mana anak lelakinya terbang masuk langit". Lagu patriotik ini ditulis oleh Dmitri Shostakovich pada 1951 dengan lirik oleh Yevgeniy Dolmatovsky.

Ada spekulasi di media massa tentang komen Yuri Gagarin "Saya tidak nampak dewa di angkasa lepas." .Pada 2006 temuramah dengan kawan rapat Gagarin,Kolonel Valentin Petrov,bahawa Yuri tidak pernah mengeluarkan ungkatan tersebut. Sebenarnya ungkapan tersebut diucapkan oleh Nikita Khrushchev dalam satu sesi plenum dalam Jawatankuasa Pusat CPSU di mana banyak tokoh anti agama terlibat.

Ketika masih di orbit. Gagarin dinaikan pangkat dari Leftenan kepada pangkat Major.

Gagarin pulang ke bumi dengan selamat dan disambut oleh Nikita Khrushchevdan mengumumkan bahawa Kesatuan Soviet sebagai "penganjur semua kejayaan". Khrushchev menggunakan pencapaian Gagarin sebagai satu pengesahan dasarnya memperkukuhkan Rusiadengan kuasa peluru berpandu.Kos untuk angkasawan ini menyumbang kepada kejatuhan Khrushchev .

Selepas penerbangan, Gagarin menjadi selebriti seluruh dunia, melawat Itali, Jerman, Kanada, dan Jepun untuk mempromosi pencapaian Rusia.

Pada 1962, dia dilantik sebagai timbalan dalam Supreme Soviet. Kemudian kembali ke 'star city' , menyediakan rekabentuk kapal angkasa yang lebih sesuai pada masa depan yang boleh diguna berkali-kali.

Kematian dan warisan[sunting | sunting sumber]

Gagarin menjadi timbalan pengarah latihan di star city. Beliau juga diktiraf sebagai juruterbang pesawat pejuang. Pada 27 Mac 1968 beliau dan jurulatih penerbangan mati dalam pesawat MiG-15UTI ketika dalam latihan penerbangan biasa dekat bandar Kirzhach. Punca kemalangan tidak diketahui . Tetapi pada 1986 , kebakaran pada Su-11 'Fishpot-C' mungkin menjadi penyebab kemalangan tersebut. Cuaca juga buruk hingga menyebabkan pesawat terhempas.

Dalam buku Alexei Leonov bertajuk 'Two Sides of the Moon' menceritakan semasa dia dalam helikopter, dia terdengar dua letupan bom . Yuri Gagarin mungkin terbang rendah hingga menyebabkan tidak dapat dikawal. Bunyi pertama mungkin bunyi brek dan letupan kedua mungkin bunyi pelanggaran.

Teori terbaru pada 2005 ialah pintu kabin terbuka hingga menyebakan kehilangan tekanan oksigen.

Dua keping duit syiling Soviet Rusia dalam nilai 1 ruble (1981 tembaga nikel) dan 3 ruble ( 1991 - perak) sempena ulang tahun kejeyaan angkasawan Rusia ke 20 dan ke-30 tahun. Pada tahun 2001, 4 keping syiling bernilai 2 ruble (tembaga nikel ) dan 3 ruble ( perak) dan 10 ruble ( tembaga brass dan nikel ) , 100 ruble ( perak) dikeluarkan .

Yurin Gagarin dikebumikan di Seregin dekat dinding Kremlin di Red Square.

Pada 12 April 2007, Kremlin mengumumkan siasatan baru terhadap punca kematian Yuri Gagarin. Masih banyak misteri kematiannya perlu dirungkai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]