Valentina Tereshkova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Valentina Tereshkova
Tereshkova pada tahun 1969
Valentina Tereshkova Signature.svg
Kosmonaut Soviet
Nama lainValentina Nikolayeva Tereshkova
KewarganegaraanSoviet
Rusia
Lahir (1937-03-06) 6 Mac 1937 (umur 82)
Bolshoye Maslennikovo, Daerah Tutayevsky, Oblast Yaroslavl, RSPS Rusia, Kesatuan Soviet
Pekerjaan lainJuruterbang
PangkatRAF AF F6MajGen 2010-1.png MajGen, Tentera Udara Soviet
Masa di angkasa2 hari, 23 jam & 12 min
PemilihanKumpulan wanita
MisiVostok 6
AnugerahWira Kesatuan Soviet
Darjah "For Merit to the Fatherland"
Darjah Lenin (2)
Order of the October Revolution
Darjah Alexander Nevsky
Order of Honour
Darjah Persahabatan

Valentina Vladimirovna Tereshkova (Bahasa Rusia: Валенти́на Влади́мировна Терешко́ва,IPA: [vɐlʲɪnʲˈtʲinə vlɐˈdʲimʲɪrəvnə tʲɪrʲɪʂˈkovə]  ( dengar), [va-lén-ti-na té-résy-ko-va]; lahir 6 Mac 1937) ialah seorang angkasawan, jurutera, dan ahli politik warga Rusia. Beliau merupakan penerbang angkasa lepas wanita pertama setelah dipilih daripada lebih dari 400 pemohon dan lima finalis untuk mengendalikan kapsul Vostok 6 pada 16 Jun 1963. Beliau juga menjadi angkasawan pertama dari kalangan orang awam, di mana beliau menjadi ahli kehormat Tentera Udara Soviet agar dapat memasuki Kor Angkasawan.[1]

Beliau merupakan seorang pekerja kilang tekstil dan penerjun udara amatur sebelum menjadi angkasawati. Selepas pembubaran kumpulan angkasawati pertama yang dianggotainya pada tahun 1969, Beliau menjadi anggota Parti Komunis Kesatuan Soviet yang terkenal dengan memegang pelbagai jawatan politik. Beliau masih aktif berpolitik selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan masih dianggap sebagai seorang wira di negara Rusia dan seluruh dunia. Setelah mengorbit Bumi 48 kali, Tereshkova masih satu-satunya wanita yang pernah berada di solo ruang misi.[2][3]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Valentina lahir di perkampungan Maslennikovo di Daerah Tutayevsky, Oblast Yaroslavl, Rusia tengah. Ibu bapanya merupakan keturunan Belarus[4] - ayahnya Vladimir Tereshkov merupakan seorang pemandu traktor dan askar yang terlibat dalam Perang Musim Sejuk menentang Finland ketika Valentina berusia 2 tahun, ibunya pula seorang pekerja kilang tekstil. Valentina memulakan persekolahanya pada usia 8 tahun dan berhenti sekolah pada usia 16 tahun, namun masih meneruskan pendidakannya melalui program berjarak jauh.[5]

Beliau mula menaruh minat terhadap kegiatan terjun bebas lalu segera menyertai kegiatan tersebut di sebuah kelab berkenaan pada usia 22 tahun tanggal 21 Mei 1959. Pada tahun 1961, beliau menjadi setiausaha cawangan Komsomol tempatnya dan meyertai Parti Komunis Kesatuan Soviet tidak lama kemudian.[6]

Kerjaya keangkasawanan[sunting | sunting sumber]

Kemahirannya dalam sukan terjunan membolehkan beliau memasuki program perintis angkasawati yang dibangunkan pihak Soviet pada tahun 1961.[7] Beliau serta beberapa calon lain dipilih daripada sebanyak 400 pemohon berdasarkan ciri fizikal tertentu - calon angkasawati mesti berada di bawah usia 30 tahun, berketinggian kurang 170 sm dan berat fizikaldi bawah 70 kg.[8]

Kerjaya pasca-zaman Soviet[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai wakil Duma Negara dalam parti Rusia Bersatu.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Valentina Vladimirovna Tereshkova". Yaroslavl Region. 2016. Dicapai 3 April 2016. 
  2. ^ "8 surprising facts about stellar career of Valentina Tereshkova, the 1st woman in space". Russia Today. 
  3. ^ Dejevsky, Mary (29 Mac 2017). "The first woman in space: 'People shouldn't waste money on wars'". the Guardian. 
  4. ^ "Першая жанчына‑касманаўт ў дзяцінстве гаварыла па‑беларуску" [The first woman in space spoke Belarusian as a child]. Nasha Niva (dalam bahasa Belarusian). 24 April 2009. Dicapai 3 April 2016. 
  5. ^ "Valentina Tereshkova". StarChild: NASA Goddard Space Flight Center. 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-21. Dicapai 3 April 2016. 
  6. ^ "President Vladimir Putin of Russia Congratulates Valentina Tereshkova, First Woman In Space on 80th Birthday". YouTube.com. Russia Today. 6 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2017. Dicapai 7 Mac 2017. 
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan forbes tidak disediakan
  8. ^ Ghosh, Pallab (17 September 2015). "Valentina Tereshkova: USSR was 'worried' about women in space". BBC News. Dicapai 3 April 2016. 
  9. ^ "Терешкова Валентина Владимировна" [Tereshkova, Valentina Vladimirovna]. The State Duma of the Federal Assembly of the Russian Federation. 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai 3 April 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]