Pergi ke kandungan

Bukittinggi (kota)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kota Bukittinggi)
Bandar Bukittinggi
Transkripsi bahasa daerah
 • Melayu Jawiبوكيت تيڠڬي
 • Minang RumiBukiktinggi
Mohor rasmi Bandar Bukittinggi
Cogan kata: Sentiasa Melangkah
Minangkabau: Saayun salangkah [1]
Peta
Peta
Bandar Bukittinggi yang terletak di Sumatra
Bandar Bukittinggi
Bandar Bukittinggi
Bandar Bukittinggi yang terletak di Indonesia
Bandar Bukittinggi
Bandar Bukittinggi
Koordinat: 0°18′35″S 100°22′31″E / 0.3097°S 100.3753°E / -0.3097; 100.3753
Negara Indonesia
ProvinsiSumatera Barat
Hari jadi22 Disember 1784; 239 tahun yang lalu (1784-12-22)
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 3
  • Kelurahan: 24
Pentadbiran
 • Datuk BandarErman Safar
 • Timbalan Datuk BandarMarfendi
 • Setiausaha DaerahMartias Wanto
 • Ketua DPRDBeny Yusrial
Keluasan
 • Jumlah25,239 km2 (9,745 batu persegi)
Aras tertinggi
950 m (3,120 ft)
Aras Terendah
780 m (2,560 ft)
Penduduk
 (2021)[3]
 • Jumlah128,944
 • Kepadatan5.1/km2 (13/batu persegi)
Demografi
 • Agama
 • IPM 80,70
sangat tinggi[3]
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Kode pos
261xx
Kode telepon+62752
Pelat kendaraanBA xxxx L*
DAURp 470.291.251.000,00 (2020[4]
Laman sesawangbukittinggikota.go.id


Bandar Bukittinggi (Minangkabau: Bukiktinggi; Jawi: بوكيت تيڠڬي) ialah bandar dengan kegiatan ekonomi kedua terbesar di Provinsi Sumatera Barat, Indonesia.[5] Sebagai enklaf dari Kabupaten Agam, bandar ini pernah menjadi ibu negara Indonesia semasa Pemerintahan Darurat Republik Indonesia.[6][7] Bandar ini juga pernah menjadi ibu kota bagi Provinsi Sumatera dan Provinsi Sumatera Tengah.[8] Bandar ini ketika zaman penjajahan Belanda disebut dengan Fort de Kock.[perlu rujukan] Bukittinggi dikenali sebagai bandar perjuangan bangsa dan merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pengasas Republik Indonesia, seperti Mohammad Hatta dan Assaat yang masing-masing merupakan proklamator dan penyandang jawatan presiden Republik Indonesia.

Bandar Bukittinggi terletak dalam rangkaian Banjaran Bukit Barisan atau sekitar 90km arah utara dari Bandar Padang. Bandar ini terletak di tepi Ngarai Sianok dan dikelilingi oleh dua gunung iaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Lokasinya pada ketinggian 909–941 meter dari aras laut menjadikan Bukittinggi bandar berhawa sejuk dengan suhu sekitar 16.1–24.9°C. Luas Bukittinggi secara de jure ialah 145,29km², merujuk kepada Peraturan Pemerintah Nombor 84 tahun 1999.[9] Namun, disebabkan penolakan sebahagian masyarakat Kabupaten Agam, luas bandar secara de facto ketika ini ialah 25,24km², yang menjadikan Bukittinggi sebagai salah satu bandar dengan kawasan tersempit di Indonesia.

Bandar Bukittinggi ialah salah satu pusat perniagaan runcit terbesar di Pulau Sumatera. Pusat perniagaan utamanya terdapat di Pasar Ateh, Pasar Bawah, dan Pasar Aur Kuning. Dari sektor kegiatan ekonomi, Bukittinggi ialah bandar dengan keluaran dalam kawasan kasar kedua terbesar di Sumatera Barat, selepas Bandar Padang.[10] Tempat pelancongan yang dikunjungi ramai ialah Jam Gadang, iaitu sebuah menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar yang menjadi simbol bagi Bukittinggi.

Bandar Bukittinggi terletak dalam rangkaian Banjaran Bukit Barisan yang merentangi sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi iaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Bandar ini berada pada ketinggian 909–941 meter di atas permukaan laut, dan memiliki hawa sejuk dengan suhu berkisar antara 16.1–24.9°C. Dalam pada itu, daripada jumlah keluasan wilayah Kota Bukittinggi ketika ini (25.24km²), 82.8% telah diperuntukkan menjadi tanah perusahaan, manakala selebihnya menjadi hutan simpan

Bandar ini memiliki topografi berbukit-bukit dan berlembah, beberapa bukit tersebut termasuk dalam kawasan perbandaran, di antaranya Bukit Ambacang, Bukit Tambun Tulang, Bukit Mandiangin, Bukit Campago, Bukit Kubangankabau, Bukit Pinang Nan Sabatang, Bukit Canggang, Bukit Paninjauan, dan sebagainya. Selain itu, terdapat lembah yang dikenal dengan Ngarai Sianok dengan kedalaman yang pelbagai antara 75–110 m, yang di dasarnya mengalir sebatang sungai yang disebut dengan Batang Masang.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]
Dewan bandar Bukittinggi

Sejak tahun 1918, Bandar Bukittinggi telah berstatus gemeente (perbandaran),[11] pada tahun 1930 kawasan bandar ini diperluas menjadi 5.2km².[12] Semasa pendudukan Jepun, kawasan bandar ini kembali diperluas. Kemudian pada awal kemerdekaan Indonesia, berlakunya perselisihan sempadan kawasan bandar ini kerana penentuan sempadan sama ada mengikut ketika pemerintahan Hindia Belanda ataupun Jepun.

Ketika ini, sempadan kawasan pemerintahan bandar dikelilingi oleh Kabupaten Agam, dan konflik antara kedua-dua pemerintah kawasan tersebut mengenai sempadan kawasan masih berlanjutan,[13] lebih-lebih lagi selepas keluarnya Peraturan Pemerintah No. 84 Tahun 1999 mengenai perubahan sempadan kawasan Bandar Bukittinggi dan Kabupaten Agam. Mengikut peraturan pemerintah (PP) ini, luas kawasan Bandar Bukittinggi bertambah menjadi 145,29.90km², dengan memasukkan beberapa nagari yang sebelumnya semasa pendudukan Jepun berada dalam kawasan pentadbiran Bandar Bukittinggi.[14]

Walau bagaimanapun, seiring bergeraknya reformasi pemerintahan yang memberikan hak autonomi yang besar kepada kabupaten dan bandar, muncul kembali penolakan dari masyarakat Kabupaten Agam mengenai perluasan dan pengembangan kawasan Bandar Bukittinggi. Bagi masyarakat Kabupaten Agam yang masuk ke dalam kawasan perluasan bandar ini, merasa rugi kerana dengan kembalinya penerapan model pemerintahan nagari lebih menjanjikan, berbanding berada dalam sistem kelurahan. Selain itu timbul anggapan, masyarakat bandar yang telah rencam juga dikhuatiri akan memberikan kesan kepada tradisi adat dan kekayaan yang selama ini dimiliki oleh nagari.

Datuk bandar

[sunting | sunting sumber]

Dewan Perwakilan

[sunting | sunting sumber]

Kecamatan

[sunting | sunting sumber]

Bandar Bukittinggi memiliki 3 kecamatan dan 24 kelurahan. Luas wilayahnya mencapai 25.24 km² dan penduduk 115.986 orang (2017) dengan kepadatan 4,595 orang/km².[15][16]

Perhubungan

[sunting | sunting sumber]
Museum Tri Daya Eka Dharma di Bukittinggi

Bandar Bukittinggi terletak di kedudukan strategik Lebuhraya Trans-Sumatera, yang menghubungkan Padang, Medan, dan Palembang, serta berada di antara Padang dan Pekanbaru. Terminal Aur Kuning ialah terminal utama untuk pengangkutan darat di bandar ini. Manakala untuk pengangkutan dalam bandar, terdapat bas mini, teksi, dan bendi (kereta kuda). Berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya, seluruh jalan di bandar ini mempunyai 196km panjang, termasuk jalan negara dan jalan provinsi.

Bandar ini pernah dilalui oleh landasan kereta api yang menghubungkan Payakumbuh dan Padang yang dibina sekitar awal abad ke-20. Namun, pada 1970-an, kemudahan pengangkutan ini tidak dihidupkan lagi. Bandar ini juga pernah mempunyai kemudahan pengangkutan udara bukan piawai (Indonesia: non kelas) yang bernama Lapangan Udara Gadut.[17]

Pelancongan

[sunting | sunting sumber]

Bukittinggi merupakan sebuah bandar yang sering dikunjungi pelancong disebabkan iklim dan lokasinya yang agak mudah untuk dikunjungi. Tempat-tempat pelancongan yang ada di situ termasuk:

Bandar kembar

[sunting | sunting sumber]

Bandar lain yang menjadi bandar kembar dengan bandar Bukittinggi adalah:

  1. ^ "Salinan arsip". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-18. Dicapai pada 2020-08-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Badan Pusat Statistik (2021). Bukittinggi dalam Angka, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-21. Dicapai pada 2021-03-10. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2020". www.dukcapil.kemendagri.go.id. Diarkibkan daripada yang asal (visual) pada 2022-07-05. Dicapai pada 6 Desember 2021. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ "Rincian Alokasi Dana Alokasi Umum Provinsi/Kabupaten Kota Dalam APBN T.A 2020" (PDF). www.djpk.kemenkeu.go.id. (2020). Dicapai pada 11 April 2021. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Pola dan Model Keruangan Kualitas Penerimaan Sinyal Telepon Seluler di Kota Bukittinggi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-04. Dicapai pada 2013-12-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Mestika Zed, Eddy Utama, Hasril Chaniago; Sumatera Barat di panggung sejarah, 1945-1995; Panitia Peringatan 50 Tahun RI, 1995.
  7. ^ Haryanti, Rosiana. Galih, Bayu (penyunting). "Salinan arsip". Kompas.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-01. Dicapai pada 2020-01-01. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Pramoedya Ananta Toer, Koesalah Soebagyo Toer, Ediati Kamil; Kronik Revolusi Indonesia: 1947, Kepustakaan Populer Gramedia, 2001
  9. ^ http://penataanruang.pu.go.id/bulletin/index.asp?mod=_fullart&idart=94[pautan mati kekal]
  10. ^ Bukittinggi - Kompaspedia[pautan mati kekal]
  11. ^ Staadblats van Nederlandsch-Indie, 310, 1918.
  12. ^ Besluit van Gouverneur General, 25, 1930.
  13. ^ Haris, Syamsuddin, (2004), Desentralisasi dan otonomi daerah: Naskah akademik dan RUU usulan LIPI, Yayasan Obor Indonesia, ISBN 978-979-98014-1-8.
  14. ^ hukum.unsrat.ac.id Peraturan Pemerintah RI No. 84 Tahun 1999 Diarkibkan 2011-11-05 di Wayback Machine (diakses pada 26 Juni 2010)
  15. ^ "Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 137 Tahun 2017 tentang Kode dan Data Wilayah Administrasi Pemerintahan". Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Desember 2018. Dicapai pada 3 Oktober 2019. Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  16. ^ "Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 72 Tahun 2019 tentang Perubahan atas Permendagri nomor 137 Tahun 2017 tentang Kode dan Data Wilayah Administrasi Pemerintahan". Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 Oktober 2019. Dicapai pada 15 Januari 2020.
  17. ^ Badan Koordinasi Tata Ruang Nasional, (1999), Profil 111 kawasan andalan Indonesia: Kawasan barat Indonesia, Badan Koordinasi Tata Ruang Nasional
  18. ^ "Bukittinggi: Jabaran Rencana Kota Kembar" (dalam bahasa Indonesia). Bukittinggi Department. Diarkibkan daripada yang asal pada March 24, 2012. Dicapai pada 10 July 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]