Kotlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kotlin
Logo Kotlin
Muncul pada 2011
Direka oleh JetBrains
Pembangun JetBrains dan para penyumbang sumber terbuka
Lepasan stabil Kotlin 1.1.2 (April 25, 2017; 14 bulan yang lalu (2017-04-25)[1])
Lepasan pratunjuk Kotlin 1.1.2 EAP (Mac 31, 2017; 15 bulan yang lalu (2017-03-31)[2])
Disiplin penjenisan statik, diinferens
Dipengaruhi Java, Scala, Groovy, C#, Gosu, JavaScript
Pelantar Menghasilkan bytecode JVM dan kod sumber JavaScript
OS Mana-mana yang menyokong JVM atau pentafsir JavaScript
Lesen Apache 2
Sambugan fail biasa .kt, .kts
Laman web kotlinlang.org

Kotlin ialah sebuah bahasa pengaturcaraan dijeniskan secara statik yang dibangunkan oleh JetBrains. Ia dapat dikompilkan kepada bytecode untuk dijalankan oleh JVM, dan juga boleh dikompilkan kepada JavaScript.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2011, JetBrains mengumumkan Projek Kotlin, sebuah bahasa baharu untuk JVM yang telah dibangunkan selama setahun.[3] Dmitry Jemerov dari JetBrains berkata bahawa kebanyakan bahasa tidak mempunyai ciri-ciri yang mereka ingini, kecuali Scala. Namun, beliau menyatakan bahawa masa kompil Scala yang lama adalah satu kekurangan yang jelas.[3] Salah satu matlamat Kotlin ialah mampu dikompilkan sepantas Java. Pada bulan Februari 2012, JetBrains telah menyumberterbukakan Projek Kotlin dengan lesen Apache 2.[4]

Kotlin v1.0 telah dikeluarkan pada 15 Februari 2016 dan dianggap sebagai keluaran stabil rasmi tunggal bagi bahasa ini[5]

Semasa Google I/O 2017, Google mengumumkan bahawa sokongan kelas pertama bagi Kotlin pada Android.[6]

Sintaks[sunting | sunting sumber]

Di dalam Kotlin, pemboleh ubah dan parameter diisytiharkan dengan menyebut namanya diikuti jenis datanya, dipisahkan dengan tanda titik bertindih. Namun begitu, kotlin mempunyai ciri inferens jenis maka jenis data adalah tidak wajib. Kenyataan pula dipisahkan dengan samada tanda koma bernoktah ataupun baris baru dan, sama seperti Java, dikumpulkan sebagai blok menggunakan kurungan beralun.

Contoh "Hello, world" dalam kotlin adalah seperti berikut:

fun main(args: Array<String>) {
    val w = "world"
    println("Hello, $w!")
}

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kotlin 1.1.2 is out". Kotlin Blog. 2017-04-25. Dicapai 2017-05-04. 
  2. ^ "Kotlin 1.1.2 EAP - EAP - Kotlin Discussions". Discuss.kotlinlang.org. 2017-03-31. Dicapai 2017-04-11. 
  3. ^ a b Krill, Paul (Jul 22, 2011). "JetBrains readies JVM language Kotlin". infoworld.com. InfoWorld. Dicapai February 2, 2014. 
  4. ^ Waters, John (February 22, 2012). "Kotlin Goes Open Source". ADTmag.com/. 1105 Enterprise Computing Group. Dicapai February 2, 2014. 
  5. ^ "Kotlin 1.0 Released: Pragmatic Language for JVM and Android | Kotlin Blog". Blog.jetbrains.com. 2016-02-15. Dicapai 2017-04-11. 
  6. ^ Shafirov, Maxim (May 17, 2017). "Kotlin on Android. Now official". Today, at the Google I/O keynote, the Android team announced first-class support for Kotlin. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]