Krisis kemasinan Messina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tafsiran pelukis tentang geografi lautan Mediterranean semasa pengeluaran penyejatannya yang selepas terputus sepenuhnya dari Atlantik. Sungai-sungai yang ada mengukir gaung dalam di pinggir benua yang terdedah; Kepekatan garam dalam jasad air yang tinggal membawa kepada kerpasan garam yang cepat. Inset tersebut membangkitkan transit mamalia (contohnya unta dan tikus) dari Afrika ke Iberia merentasi Selat Gibraltar yang terdedah.

Krisis kemasinan Messina (juga dirujuk sebagai peristiwa Messina, dan pada peringkat akhir dikenali sebagai peristiwa Lago Mare) ialah peristiwa geologi yang melibatkan Laut Mediterranean mengalami kitaran pengeringan yang sama ada separa ataupun hampir lengkap sepanjang bahagian akhir peringkat Messina pada epok Miosen, bermula sekitar 5.96 sehingga ke 5.33 Ma (juta tahun dahulu). Ia berakhir dengan banjir Zankle apabila air lautan Atlantik mula membanjiri semula lembangan Mediterranean yang mengering itu.[1][2]

Sampel mendapan yang tertimbus di bawah dasar laut pada Laut Mediterranean yang termasuk mineral sejat, tanah, serta tumbuhan fosil, menunjukkan bahawa pendahulu Selat Gibraltar tertutup kira-kira 5.96 juta tahun dahulu sehingga memisahkan laut Mediterranean dari lautan Atlantik.[3] Hal ini mengakibatkan tempoh kekeringan sebahagian Laut Mediterranean, dan tempoh kekeringan tersebut merupakan tempoh pertama daripada beberapa tempoh sedemikian semasa akhir epok Miosen.[4] Selepas selat itu ditutup buat kali terakhir sekitar 5.6 Ma, iklim serantau yang secara amnya kering pada masa itu mengeringkan lembangan Mediterranean hampir sepenuhnya dalam masa seribu tahun. Pengeringan besar-besaran ini meninggalkan sebuah lembangan yang kering lagi dalam, mencapai 3 hingga 5 km (1.9 hingga 3.1 bt) jauh di bawah paras laut biasa, dengan beberapa poket hipersalinus yang serupa dengan Laut Mati hari ini. Kemudian, sekitar 5.5 Ma, keadaan iklim yang lebih lembap menyebabkan lembangan menerima lebih banyak air tawar daripada sungai, secara beransur-ansur mengisi dan mencairkan tasik hipersalinus ke dalam poket air payau yang lebih besar (sama seakan Laut Kaspia pada hari ini). Krisis kemasinan Messina berakhir dengan Selat Gibraltar akhirnya dibuka semula 5.33 Ma, apabila air dari lautan Atlantik dengan cepat memenuhi lembangan Mediterranean melalui peristiwa banjir Zankle.[5]

Malah pada hari ini, laut Mediterranean adalah jauh lebih masin berbanding lautan Atlantik Utara, disebabkan oleh keadaannya yang hampir terasing oleh Selat Gibraltar berserta kadar penyejatannya yang tinggi. Jika Selat Gibraltar ditutup semula (yang mungkin berlaku dalam masa terdekat mengikut masa geologi), kebanyakan air pada laut Mediterranean akan sejat dalam kira-kira seribu tahun, selepas itu pergerakan ke utara Afrika yang berterusan boleh melenyapkan kewujudan laut Mediterranean sama sekali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gautier, F., Clauzon, G., Suc, J.P., Cravatte, J., Violanti, D., 1994. Age and duration of the Messinian salinity crisis. C.R. Acad. Sci., Paris (IIA) 318, 1103–1109.
  2. ^ Krijgsman, W (August 1996). "A new chronology for the middle to late Miocene continental record in Spain" (PDF). Earth and Planetary Science Letters. 142 (3–4): 367–380. Bibcode:1996E&PSL.142..367K. doi:10.1016/0012-821X(96)00109-4.
  3. ^ Cunliffe, Sir Barry (2017-09-29). On the Ocean: The Mediterranean and the Atlantic from prehistory to AD 1500 (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 56. ISBN 978-0-19-107534-6. the remnant Tethys became joined to the Atlantic, roughly along the line of what was to become the Strait of Gibraltar. About 5.96 million years ago this gap closed, initiating what is known as the Messinian Salinity Crisis, which lasted for more than half a million years before the Atlantic was reunited once more with the Mediterranean.
  4. ^ Gargani J.; Rigollet C. (2007). "Mediterranean Sea level variations during the Messinian Salinity Crisis". Geophysical Research Letters. 34 (10): L10405. Bibcode:2007GeoRL..3410405G. doi:10.1029/2007gl029885.
  5. ^ Clauzon, Georges; Suc, Jean-Pierre; Gautier, François; Berger, André; Loutre, Marie-France (1996). "Alternate interpretation of the Messinian salinity crisis: Controversy resolved?". Geology. 24 (4): 363. Bibcode:1996Geo....24..363C. doi:10.1130/0091-7613(1996)024<0363:AIOTMS>2.3.CO;2.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. The Messinian Salinity Crisis by Ian West (Internet Archive copy)
  2. A brief history of the Messinian on Sicily by Rob Butler. Archived
  3. Messinian online