Kruiser Jerman Prinz Eugen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi kapal perang lain dengan nama yang sama, lihat SMS Prinz Eugen.
USS Prinz Eugen (IX 300) at sea during Operation "Crossroads". ¾ view STBD forward. - NARA - 80-G-627445.tif
Sebagai USS Prinz Eugen, sebelum ujian bom atom di Atol Bikini
Sejarah
Jerman Nazi
Nama: Prinz Eugen
Bersempena dengan: Prince Eugene dari Savoy
Pembina: Germaniawerft
Dibaringkan: 23 April 1936
Dilancarkan: 22 Ogos 1938
Ditauliah: 1 Ogos 1940
Penghargaan dan
anugerah:
Dua kali disebut dalam Wehrmachtbericht
Takdir: Ditunda ke Atol Kwajalein selepas ujian senjata nuklear, terbalik Disember 1946
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kruiser kelas-Admiral Hipper
Sesaran:
  • Reka bentuk: 16,970 t (16,700 long ton; 18,710 short ton)
  • Muatan penuh: 18,750 long ton (19,050 t)
Panjang: 212.5 m (697 ft 2 in) keseluruhan
Lunas: 21.7 m (71 ft 2 in)
Draft: Muatan penuh: 7.2 m (24 ft)
Jana kuasa:
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 bsj)
Anak kapal:
  • 42 pegawai
  • 1,340 kelasi
Persenjataan:
Perisai:
  • Belt: 70 hingga 80 mm (2.8 hingga 3.1 in)
  • Perisai dek: 20 hingga 50 mm (0.79 hingga 1.97 in)
  • Turet: 105 mm (4.1 in)
Pesawat yang dibawa: 3 Arado Ar 196
Kemudahan penerbangan: 1 katapel
Nota: Angka adalah untuk kapal yang di bina

Prinz Eugen (Sebutan bahasa Jerman: [ˈpʁɪnts ɔʏˈɡeːn]) adalah sebuah kruiser berat kelas-Admiral Hipper, ahli ketiga dari kelas lima kapal. Ia berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Kapal ini mula dibina pada April 1936, dilancarkan pada Ogos 1938, dan memasuki perkhidmatan selepas meletusnya perang, pada Ogos 1940. Ia telah dinamakan sempena Prince Eugene dari Savoy, seorang jeneral abad ke-18 yang berbangsa Austria. Ia dilengkapi dengan lapan laras meriam utama berukuran 20.3 cm (8.0 in) dan, walaupun secara nominal ditetapkan had 10,000-long-ton (10,000 t) oleh Perjanjian Tentera Laut Inggeris-Jerman, sebenarnya mempunyai sesaran lebih 16,000 long ton (16,000 t).

Prinz Eugen dilihat bertempur dalam Operasi Rheinübung, iaitu satu cubaan penerobosan ke Lautan Atlantik bersama kapal tempur Bismarck pada Mei 1941. Kedua-dua kapal itu memusnahkan kruiser tempur HMS Hood British dan merosakkan kapal tempur HMS Prince of Wales dalam Pertempuran Selat Denmark. Prinz Eugen telah dipisahkan dari Bismarck semasa operasi untuk menyerang kapal-kapal dagang Bersekutu, tetapi ia disingkatkan kerana masalah enjin. Selepas memasuki Perancis dan menjalani pembaikian, kapal itu terlibat dalam Operasi Cerberus, iaitu gerakan lintas berani pada waktu siang melalui Selat Inggeris untuk pulang ke Jerman. Pada Februari 1942, Prinz Eugen telah di aturgerak ke Norway, walaupun tempoh untuk ditempatkan disana telah dikurangkan apabila ia di torpedo oleh kapal selam Trident British beberapa hari selepas tiba di perairan Norway. Torpedo itu merosakkan teruk bahagian buritan kapal, yang mana memerlukan pembaikian di Jerman.

Apabila kembali aktif, kapal ini menghabiskan masa beberapa bulan melatih pegawai kadet di Baltik sebelum berkhidmat sebagai artileri sokongan bagi Tentera Darat Jerman yang berundur dari Barisan Timur. Selepas kekalahan Jerman pada Mei 1945, ia telah menyerah kalah kepada Royal Navy British sebelum dipindahkan ke Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai ganjaran perang. Selepas memeriksa kapal itu di Amerika, pihak US Navy menugaskan kruiser tersebut ke ujian nuklear Operasi Crossroads di Atol Bikini. Selepas terselamat dari letupan bom atom, Prinz Eugen telah ditunda ke Atol Kwajalein, dimana ia akhirnya terbalik dan karam pada Disember 1946. Bangkai kapal masih kelihatan di atas air kira-kira dua batu di barat laut Lapangan Terbang Tentera Darat Bucholz, di pinggir Enubuj. Salah satu skru bebalingnya telah diselamatkan dan dipamerkan di Memorial Tentera Laut Laboe di Jerman.

Lakaran sebuah kruiser kelas Admiral Hipper

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bercuson, David J.; Herwig, Holger H. (2003). The Destruction of the Bismarck. New York: The Overlook Press. ISBN 978-1-58567-397-1. 
  • Black, A. O. (November 1948). "Effect of Core Material on Magnetic Amplifier Design". Proceedings of the National Electronics Conference. 4: 427–435. 
  • Busch, Fritz-Otto (1975). Prinz Eugen. London: First Futura Publications. ISBN 0-8600-72339. 
  • Delgado, James P. (1996). Ghost fleet: the sunken ships of Bikini Atoll. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-1864-7. 
  • Dörr, Manfred (1996). Die Ritterkreuzträger der Überwasserstreitkräfte der Kriegsmarine—Band 2: L–Z [The Knight's Cross Bearers of the Surface Forces of the Navy—Volume 2: L–Z] (dalam bahasa German). Osnabrück: Biblio Verlag. ISBN 978-3-7648-2497-6. 
  • Friedman, Norman (1994). U.S. Submarines Since 1945: An Illustrated Design History. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-260-5. 
  • Gardiner, Robert; Chesneau, Roger, para penyunting (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-913-9. OCLC 18121784. 
  • Garzke, William H.; Dulin, Robert O. (1985). Battleships: Axis and Neutral Battleships in World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-101-0. 
  • Geyger, William A. (1957) [1954]. "Historical Development of Magnetic-amplifier Circuits". Magnetic-Amplifier Circuits (edisi 2nd). New York: McGraw-Hill Book Company. m/s. 11. Library of Congress Catalog Card Number 56-12532. One reason for the increased interest in magnetic amplifiers in this country was the successful German development work for various military applications, especially for naval fire-control systems, as used on the German heavy cruiser "Prinz Eugen." 
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6. 
  • Hooton, E. R. (1997). Eagle in Flames: The Fall of the Luftwaffe. London: Brockhampton. ISBN 978-1-86019-995-0. 
  • Koop, Gerhard; Schmolke, Klaus-Peter (1992). Die Schweren Kreuzer der Admiral Hipper-Klasse [The Heavy Cruisers of the Admiral Hipper Class] (dalam bahasa German). Bonn: Bernard & Graefe Verlag. ISBN 978-3-7637-5896-8. 
  • Lenihan, Daniel (2003). Submerged: Adventures of America's Most Elite Underwater Archeology Team. New York: Newmarket. ISBN 978-1-55704-589-8. 
  • Mizokami, Kyle (17 September 2018). "The U.S. Nuked This Warship in 1946. Now America Is Trying To Save Its Oil Before It's Too Late." popularmechanics.com. Popular Mechanics. Dicapai 17 September 2018. 
  • Roberts, John, penyunting (1979). "Warship Pictorial: Prinz Eugen". Warship. London: Conway Press. III: 59–65. ISBN 978-0-85177-204-2. 
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-119-8. 
  • Schmalenbach, Paul (1971). "KM Prinz Eugen". Warship Profile 6. Windsor: Profile Publications. m/s. 121–144. OCLC 10095330. 
  • Shavers, Clyde (15 October 2018). "U.S. Navy divers recover oil from wrecked WWII ship Prinz Eugen". www.cfp.navy.mil. Dicapai 19 October 2018. 
  • Slavick, Joseph P. (2003). The Cruise of the German Raider Atlantis. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-537-8. 
  • Weal, John (1996). Focke-Wulf Fw 190 Aces of the Western Front. Oxford: Osprey Books. ISBN 978-1-85532-595-1. 
  • Williamson, Gordon (2003). German Heavy Cruisers 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-502-0. 
  • von Müllenheim-Rechberg, Burkhard (1980). Battleship Bismarck, A Survivor's Story. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-096-9. 
  • Zetterling, Niklas; Tamelander, Michael (2009). Bismarck: The Final Days of Germany's Greatest Battleship. Drexel Hill: Casemate. ISBN 978-1-935149-04-0. 
  • Die Wehrmachtberichte 1939–1945 Band 3, 1. Januar 1944 bis 9. Mai 1945 [The Wehrmacht Reports 1939–1945 Volume 3, 1 January 1944 to 9 May 1945] (dalam bahasa German). München, Germany: Deutscher Taschenbuch Verlag GmbH & Co. KG. 1985. ISBN 978-3-423-05944-2. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Burdick, Charles Burton (1996). The End of the Prinz Eugen (IX300). Menlo Park: Markgraf Publications Group. ISBN 0944109101. 

Koordinat: 8°45′9.85″N 167°40′59.16″E / 8.7527361°N 167.6831000°E / 8.7527361; 167.6831000